Idris Hashim

Pelakon seniman Melayu (1912-1990)

Idris Hashim (1912–1990) merupakan seorang pelakon di Malaysia. Beliau terkenal sebagai Komeng dalam filem Nasib Do Re Mi arahan P. Ramlee.

Idris Hashim
Kelahiran
Idris bin Hashim

1912 (1912)
Meninggal dunia1990 (berumur 77–78)
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Puah Sentul, Gombak, Selangor
PekerjaanPelakon, pengarah
Tahun aktif1964–1986
Terkenal keranaWatak Komeng dalam filem Nasib Do Re Mi
PasanganAminah Sameon
Anak-anak6 (termasuk Tamam, Anuar dan Kamal Idris)

Kehidupan awal

sunting

Idris bin Hashim dilahirkan di Pulau Pinang pada tahun 1912.

Kerjaya

sunting

Sewaktu zaman persekolahannya di Sekolah Sungai Gelugor, Pulau Pinang, beliau merupakan seorang pelajar yang pintar hinggakan beliau dan 5 orang lagi rakannya. telah terpilih untuk melanjutkan pelajaran di Tanjung Malim untuk mengikuti kursus perguruan. Namun atas desakan hidup beliau tidak dapat menghabiskan persekolahannya.

Semasa berada di Taiping, Perak pada tahun 1930an, beliau seringkali menonton persembahan bangsawan dan telah mencuba-cuba nasib untuk menceburi bidang itu. Disana beliau telah bertemu jodoh dengan seorang pelakon bangsawan juga yang dikenali sebagai Aminah Sameon.

Setelah pemergian isteri tercinta, anak-anakknya telah dijaga oleh ibu mertuannya dan beliau telah merantau mencari rezeki dengan kumpulan bangsawannya. Dari kumpulan bangsawan, beliau mula memperkembangkan lagi bakatnya dengan menceburi bidang perfileman.

Beliau telah mengikat kontrak dengan Studio Merdeka Kuala Lumpur bersama beberapa orang pengarah terkenal seperti P. Ramlee, Omar Rojik, M. Amin, S. Kadarisman dan Hussein Abu Hassan. Mengikut rekod dikatakan bahawa beliau merupakan di antara pelakon yang terbanyak berlakon di bawah arahan P. Ramlee dengan filem pertamanya Sitora Harimau Jadian pada tahun 1964.

Di Studio Merdeka, selain Idris Hashim ada juga beberapa orang pelakon lain dari Utara Semenanjung yang memasuki dunia perfileman tempatan seperti Ahmad Dadida (Pak Jebon), Nor Jin (Mr Hercules), Chik (Mak si Norkiah Hanum), Mahmud Jun (Pak Maon), Yahya Sulong, Sharifah Hanim (Norkiah Hanum) dan beberapa orang pelakon baru bagi menyerikan lagi dunia perfileman tempatan.

Filem terakhir lakonan Idris Hashim ialah Si Jantung Hati (1986) arahan AR Badul yang turut memegang watak sebagai Komeng.

Begitulah juga yang berlaku terhadap anak-anak Idris Hashim. Bakat dan darah seni Idris Hashim telah diwarisi oleh 4 orang anaknya. Antaranya Mohammad Idris dan Anuar Idris adalah pemuzik dengan RTM. Manakala Tamam Idris dan Kamal Idris pula menjadi pelakon dengan Studio Merdeka.

Apa yang menariknya, anak-anak Idris tidak pernah bersandarkan populariti ayah mereka untuk mencipta nama sebagai seorang penggiat seni.[1][2]

Kehidupan peribadi

sunting

Hasil perkahwinannya itu telah dikurniakan dengan 6 orang anak diantaranya, Tamam Idris turut bergiat aktif dalam bidang lakonan.[3]

Namun, ajal dan maut telah ditetapkan yang Maha Esa, isterinya Aminah Sameon telah meninggal dunia di saat perkahwinannya berusia 14 tahun.

Kematian

sunting

Idris Hashim meninggal pada tahun 1990 di rumah anaknya Anuar Idris di Sentul, Kuala Lumpur dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Puah Sentul Gombak.

Filemografi

sunting
Tahun Tajuk Watak Catatan
1964 Sitora Harimau Jadian Pendekar Amin Filem pertama
Ragam P. Ramlee Bujang Segmen: "Damaq"
1965 Dajal Suchi Alang
Masam-Masam Manis Guru Besar / Mohd. Basar bin Muhammad
1966 Sabarudin Tukang Kasut Putar Alam Shah
Do Re Mi Majikan Kaya
Nasib Do Re Mi Komeng, Dato Hercules / Hang Tuah
1967 Keluarga 69 Abu Samah
1968 Ahmad Albab Jin penjaga harta
Anak Bapak Mr. Secretary
Amok Tok Nading Datuk
Gerimis Jalil
Miang-Miang Keladi Tok Dukun
1969 6 Jahanam Mahaguru Sanggabuana
Kanchan Tirana Tok Penghulu Darmaji
1970 Dr. Rushdi Senator Alauddin
Gelora Ayah Tiri Rizman
Pancha Indera Harimau Berantai Kiyai Wijaya
1971 Pedang Sakti Guntor
Jangan Tinggal Daku Encik Jamal
Putus Sudah Kasih Sayang Bapa Misnah
1972 Pendekar Sakti Datuk Bendahara
Laksamana Do Re Mi Penasihat Diraja Kerajaan Pasir Dua Butir Filem terakhir bersama P. Ramlee
1973 Satria Pak Guru
1974 Anak Setan Budiman
1975 Si Buta Datuk Temenggong
Bunga Padi Berdaun Lalang Tok Penghulu
1978 Gila-Gila Tok Kadi
1981 Si Luncai Pak Endut
Da Di Du Penduduk Hutan
Sumpah Semerah Padi Penghulu Alang Daik
1983 Bertunang Datuk
1984 Di Ambang Kasih Dato' Rusdi
1986 Si Jantung Hati Komeng Filem terakhir
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1972 Rantau Selamat TV1 Drama pertama
1973 Demang Lebar Daun
1985 Tragedi Sri Mersing Drama terakhir, sebagai pengarah

Rujukan

sunting
  1. ^ Bangau Tube (2021-10-30), Idris Hashim - Komeng, dicapai pada 2025-02-16
  2. ^ "IDRIS HASHIM". Facebook.
  3. ^ "Tamam Idris belajar tinju bukan silat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-02-11. Dicapai pada 2018-12-29.

Pautan luar

sunting