Shanksville, Pennsylvania

(Dilencongkan daripada Shanksville)

Shanksville ialah sebuah boro di Kaunti Somerset, negeri Pennsylvania, Amerika Syarikat, yang diduduki 245 orang, mengikut banci 2000. Ia sebahagian kawasan statistik metropolitan Johnstown, Pennsylvania dan juga kawasan Metropolitan Pittsburgh. Shanksville mendapat perhatian antarabangsa ketika serangan 11 September 2001 apabila Penerbangan 93 United Airlines terhempas berdekatannya.

Geografi

sunting

Shanksville terletak di 40°1′2″N 78°54′21″W / 40.01722°N 78.90583°W / 40.01722; -78.90583Hujah-hujah yang tidak sah telah diserahkan kepada fungsi {{#coordinates:}} (40.017182, -78.905891),GR1 dan keluasan boro ini 0.2 batu persegi (0.5 km²). Shanksville merupakan bandar ketujuh tertinggi arasnya di Pennsylvania pada 2,230 kaki (680 m).[1]

Demografi

sunting
 
Kedai serbaneka Ida's

Menurut banci 2000, terdapat 245 orang yang membentuk 96 isirumah dan 69 keluarga yang tinggal di boro ini.GR2 Kepadatan penduduknya adalah 1,391.9 orang sebatu persegi (525.5/km²). Terdapat 100 unit perumahan pada kepadatan purata 568.1 sebatu persegi (214.5/km²). Penduduk boro ini 100.00% berkulit putih.

Daripada 96 isi rumah sahaja, 32.3% ada anak di bawah usia 18 tahun, 54.2% ada pasangan suami isteri yang hidup bersama, 12.5% ada tuan rumah wanita tanpa kehadiran suami, dan 28.1% lagi bukan keluarga. 22.9% isirumah terdiri daripada individu dan 9.4% ada warga berusia 65 tahun ke atas yang hidup sendirian. Purata saiz isirumah adalah 2.55 ahli dan purata saiz keluarga adalah 3.06.

Dalam boro ini, usia kependudukannya terdiri daripada 26.5% di bawah 18 tahun, 10.2% dari 18 hingga 24 tahun, 28.2% dari 25 hingga 44 tahun, 19.6% dari 45 hingga 64 tahun, dan 15.5% yang berusia 65 tahun ke atas. Usia mediannya ialah 36 tahun. Untuk setiap 100 perempuan ada 94.4 lelaki. Untuk setiap 100 perempuan berusia 18 ke atas, terdapat 93.5 lelaki.

Pendapatan median seisirumah dalam boro ini adalah $29,980, manakala pendapatan median sekeluarga adalah $40,833. Lelaki mendapat median $25,250 berbanding median wanita $22,917. Pendapatan per kapita $14,500. Kira-kira 4.8% keluarga dan 9.1% penduduk hidup di bawah garis kemiskinan, termasuk 4.7% di bawah usia 18 tahun dan 12.5% yang berusia 65 tahun ke atas.

Sejarah

sunting

Christian Shank, seorang pendatang dari Jerman, membina sebuah kabin di Stony Creek pada tahun 1798, kemudian membina sebuah kilang biji-bijian dan dua kilang gergaji di perkarangan kabin itu. Emmanuel Shaffer membuka sebuah stor di tapak itu 1828, dan pada tahun berikutnya, Shank mengasaskan pekan Shanksville. Pejabat pos Shanksville dibuka pada tahun 1874. Shanksville diperbadankan sebagai boro pada 25 Januari 1913.[2]

Pada 11 September 2001, ketika serangan pengganas ke atas Amerika Syarikat, Penerbangan 93 Amerika Syarikat terhempas di sebuah padang di Perbandaran Stonycreek, 1.75 batu (2.82 km) di utara pekan Shanksville. Perampas berniat untuk menghempaskan pesawat itu di Washington, D.C. untuk menghancurkan Kapitol atau Rumah Putih.[3]

Peringatan Penerbangan 93

sunting

Tugu Peringatan Kebangsaan Penerbangan 93

sunting
 
George W. Bush dan Laura Bush melawat Shanksville pada 11 September 2002.

Tugu peringatan sementara yang asal buat para penumpang dan kakitangan Penerbangan 93 terletak di sebuah bukit kira-kira 500 ela dari tempat hempasan. Pada 8 Julai 2010, sebuah tugu sementara dan dibuka di kawasan yang dipanggil "The Western Overlook." Di sinilah FBI mendirikan pusat kawalan dan pengunjung mula-mula melihat kesan hempasan dan membawa barang-barang peringatan sendiri untuk ditinggalkan di sini. Pembinaan Tugu Peringatan Kebangsaan Penerbangan 93 yang tetap, termasuk pusat pelawat, akan disiapkan menjelang ulang tahun ke-10 pada tahun 2011. Memorial ini akan dibina di sekitar tempat hempasan, mengikut laluan penerbangan pesawat, serta melindungi kawasan impak yang dikenali sebagai "Sacred Ground" yang hanya boleh dimasuki oleh sanak-saudara mangsa hempasan.

Tugu Peringatan Balai Bomba Shanksville

sunting

Para ahli bomba sukarelawan Shanksville serta kakitangan kecemasan dari bandar-bandar berdekatan di Central City, Somerset, dan lain-lain, bergegas ke tempat hempasan Penerbangan 93 United Airlines untuk mencari mangsa yang terselamat. Ahli bomba Bandar Raya New York mempersembahkan sekeping keluli berbentuk salib yang dibawa dari runtuhan World Trade Center kepada Jabatan Bomba Sukarelawan Shanksville. Dipasang di atas tapak berbentuk Pentagon, ia dipasang di luar balai bomba dan didedikasikan pada 24 Ogos 2008.[4][5]

Rujukan

sunting
  1. ^ "Highest Elevation of Towns in Pennsylvania". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-28. Dicapai pada 2011-07-08.
  2. ^ Wilson, Ruth Hunter, Nelle Shank Hunter, Nancy Hallberg. "History of StonyCreek Township".CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  3. ^ Fouda, Yosri and Nick Fielding (2004). Masterminds of Terror. Arcade Publishing. m/s. 158–159.
  4. ^ Ganassi, Michelle (2008-08-25). "NY firefighter donating steel to Shanksville". Daily American. Dicapai pada 2008-08-22.
  5. ^ Gaskell, Stephanie (2008-08-25). "Pa. site of 9/11 crash gets WTC beam". New York Daily news. Dicapai pada 2008-08-25.

Templat:Somerset County, Pennsylvania Templat:Sept11