Garis kemiskinan adalah paras pendapatan minimum yang sangat diperlukan untuk sara diri yang mencukupi. Pemahamam lazim mengenai garis kemiskinan adalah ia tinggi di negara maju berbanding di negara membangun.

Hampir setiap masyarakat mempunyai rakyat yang hidup dalam kemiskinan. Garis kemiskinan berguna sebagai alat untuk mengukur rakyat miskin dan keberkesanan pembaharuan sosio-ekonomi seperti program kebajikan dan peningkatan ekonomi untuk membasmi kemiskinan.

Penentuan garis kemiskinan lazimnya dibuat dengan mencari jumlah kos untuk sumber-sumber asas yang diguna oleh seorang dewasa dalam satu tahun. Penilaian dibuat berdasarkan perbelanjaan asas yang diperlukan untuk kehidupan yang mencukupi. Di negara membangun contohnya, sumber yang paling mahal adalah sewa apartmen. Oleh itu ahli ekonomi akan mengambil perhatian pasaran hartanah dan harga rumah kerana pengaruh besar faktor terbabit dalam menentukan garis kemiskinan.

Pautan luar

sunting