Shadow Tower Abyss

Shadow Tower Abyss (シャドウタワーアビス) merupakan sebuah judul permainan video RPG, dibangun dan diterbitkan oleh From Software di Jepun untuk konsol PlayStation 2. Judul ini merupakan pengganti kepada judul Shadow Tower, dan memiliki banyak ciri, genre dan elemen mekanikal yang boleh ditemui dalam siri seperti Demon's Souls dan King's Field. Shadow Tower Abyss diumumkan pada 22 Ogos 2001 dan dikeluarkan pada 23 Oktober, 2003.[1][2] Sebuah versi bahasa Inggeris pernah berada dalam proses penterjemahan oleh Agetec, namun projeknya dibatalkan oleh Sony Computer Entertainment America (SCEA), penerbitnya, sebelum sempat ditamatkan.[3]

PembangunFrom Software
PenerbitFrom Software
SiriKing's Field
PlatformPlayStation 2
Pelepasan13 Oktober 2003
GenrePermainan video berperanan
ModSeorang pemain

Gaya permainan

sunting

Shadow Tower Abyss dimainkan sepenuhnya menerusi pandangan orang pertama, dan para pemain harus menggerakkan wataknya menerusi beberapa kubur bawah tanah, gua-gua dan jalan yang terbuka untuk menaiki menara yang menjadi latar utama judul ini. Terdapat beberapa kawasan di dalam kubu, termasuklah hutan bawah tanah, gua-gua yang mengerikan, air terjun, dan kamar menyerupai kuil.[4] Semasa mengembara, para pemain akan menemui beberapa watak yang seakan-akan ganas atau baik, dan mengumpul kunci, perisai dan jenis-jenis senjata yang berbeza (terdapat 500 jenis berbeza).[5] Tambahan lagi, Shadow Tower Abyss mempunyai ciri menggunakan dua senjata pada waktu yang sama, membenarkan para pemain mengubah serangan dengan mudah daripada sepucuk pistol kepada keris, misalnya. Berbeza daripada Shadow Tower, sambungannya tidak memiliki mod berbilang pemain.

Dunia permainan videonya dipenuhi oleh 68 jenis-jenis raksasa dan NPC, yang "memiliki jadual dan aktiviti biasa--bergantung kepada tindakan seseorang--misalnya seperti membakar unggun api dan berbicara di antara diri masing-masing."[5] Majoriti musuhnya adalah ganas dan agresif, dan menyerang watak utama apabila muncul dihadapan mereka, manakala terdapat juga yang menyalurkan maklumat dan membantu mengembangkan plotnya.[4] Dalam pertarungan, para pemain dapat memutuskan bahagian tubuh musuh dengan pisau dan memutuskannya juga dengan beberapa butir peluru yang ditembak pada tubuh mereka.[5] Musuh yang berada di udara juga boleh menjadi sasaran menggunakan senapang penembak curi, mengakibatkan mereka gugur ke tanah. Selain itu, sistem Artificial Intelligence (A.I.) judul ini mengakibatkan musuh melarikan diri apabila dicederakan oleh watak pemain.

Shadow Tower Abyss memiliki ciri sistem statistik watak. Berbeza daripada kebanyakan sistem permainan video RPG lain, watak utama tidak menerima mata pengalaman (ataupun experience points), tetapi 'berkembang' dengan memusnahkan musuh menara tersebut dan menyerap roh-roh mereka. Justeru, dalam jangka masa yang tertentu para pemain akan menjadi lebih berkuasa dan mampu melakukan serangan yang lebih kuat.[5] Mekanik 'perkembangan' ini juga dapat ditemui dalam judul pendahulunya, dan bertujuan untuk menggalakkan para pemain untuk mengembara dalam dunianya sebanyak yang mungkin. Hit points ataupun HP mewakili nyawa watak pemain, dan MP ataupun magic points mewakili tenaga untuk melakukan sihir, manakala Strength dapat mengubah berat maksima yang dapat dibawa oleh watak. Break, Pierce dan Slash merupakan jenis serangan jarah dekat (melee) para pemain, sama ada menggunakan penukul, kapak ataupun keris.

Meskipun terdapat senjata api di dalam dunianya, peluru adalah sukar ditemui, dan setiap senjata jarak dekat mempunyai daya ketahanan.[4] Misalnya, jika para pemain menggunakan kapak mereka dengan kerap, kualiti kapak tersebut akan menurun sehinggalah akhirnya pecah atau rosak. Meskipun senjata pengganti boleh ditemui dalam kotak-kotak ataupun diambil daripada mayat yang ditemui, Shadow Tower Abyss memberi pilihan kepada pemain untuk berjual beli di kedai-kedai yang diwakili oleh beberapa struktur kristal berlampu.[6][4] 'Cunes' merupakan mata wang yang digunakan dalam judul ini, dan seringkali ditemui daripada cadavres.[4] Selain itu, terdapat juga kawasan -kawasan untuk menyimpan data permainan (save points) yang diwakili oleh kristal cyan.

Rujukan

sunting
  1. ^ "From Software mengumumkan senarai keluaran tahun 2002". GameSpot. Dicapai pada 19 Mac 2010. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  2. ^ "Ringkasan Shadow Tower Abyss". GameSpot. Dicapai pada 19 Mac 2010. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  3. ^ "SCEA menolak Shadow Tower: Abyss". Gaming-Age.com. Dicapai pada 19 Mac 2010. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  4. ^ a b c d e Fukuda, Taro (16 Oktober 2003). "Previu Shadow Tower Abyss (Bahasa Jepun)". GameWatch. Dicapai pada 20 Mac 2010. Check date values in: |accessdate= dan |date= (bantuan)
  5. ^ a b c d Niizumi, Hirohiko (23 September 2003). "Shadow Tower Abyss Impressions". Dicapai pada 19 Mac 2010. Check date values in: |accessdate= dan |date= (bantuan)
  6. ^ "Silent Shore Area". Kings-Field.com. Dicapai pada 19 Mac 2010. Check date values in: |accessdate= (bantuan)

Pautan luar

sunting