Shadow Tower (シャドウタワー, Shadou Tawā) merupakan sebuah permainan video berperanan aksi menggunakan pandangan perspektif pertama ciptaan From Software dan dikeluarkan pada tahun 1998. Judulnya berkongsi banyak elemen dengan siri King's Field, dan digantikan dengan judul sambungan, iaitu Shadow Tower Abyss yang dikeluarkan eksklusif di Jepun untuk konsol PlayStation 2.

Shadow Tower
PembangunFrom Software
PenerbitAgetec Inc.
KomposerKota Hoshino
PlatformPlayStation
Pelepasan
      GenrePermainan video berperanan konsol
      ModSeorang pemain

      Gaya permainan

      sunting

      Shadow Tower menggunakan seorang pemain dan satu watak dalam sistem ala-RPG. Pertarungan adalah dalam masa nyata (real-time). Shadow Tower adalah sebuah judul dungeon crawler; arasnya adalah sama setiap kali dikunjungi pemain.

      Antara ciri-ciri menonjol judul ini:

      • Tidak mempunyai muzik.
      • Berbeza daripada judul RPG yang lain, Shadow Tower tidak mempunyai mata pengalaman mahupun level, tetapi statistik watak akan meningkat setiap kali musuh ditewaskan. Statistik berbeza dapat dinaikkan bergantung kepada jenis musuh yang ditewaskan.
      • Setiap jenis alatan mempunyai daya ketahanan tersendiri dan akan mula lusuh dan rosak apabila digunakan dengan kerap, namun boleh dibaiki.
      • Tiada AutoMap.

      Latar tempat

      sunting

      Terdapat beberapa dunia yang muncul dalam Shadow Tower:

      • Dunia Manusia
      • Dunia Bumi
      • Dunia Api
      • Dunia Air
      • Dunia Ilusi
      • Dunia Raksasa
      • Dunia Kematian

      Pautan luar

      sunting