Setiausaha Hal Ehwal Veteran Amerika Syarikat
Setiausaha Hal Ehwal Veteran Amerika Syarikat ialah ketua Jabatan Hal Ehwal Veteran Amerika Syarikat, jabatan yang mengutamakan faedah veteran, penjagaan kesihatan dan memorial peringatan dan makan veteran negara. Setiausaha ialah anggota Kabinet. Jawatan ini berada pada tempat kedua terakhir pada pewarisan kepada jawatan presiden (kedudukan terakhir sehingga penambahan Jabatan Keselamatan Tanah Air Amerika Syarikat pada tahun 2006[2]). Sehingga pelantikan David Shulkin pada tahun 2017, semua pelantikan dan pemangku yang dilantik ke jawatan itu adalah veteran tentera Amerika Syarikat tetapi itu bukan syarat untuk mengisi jawatan tersebut.
Setiausaha Hal Ehwal Veteran Amerika Syarikat | |
---|---|
Jabatan Hal Ehwal Veteran Amerika Syarikat | |
Gelaran | Tuan Setiausaha (tidak rasmi) Yang Berhormat (rasmi) |
Anggota bagi | Kabinet Amerika Syarikat |
Lapor kepada | Presiden Amerika Syarikat |
Bidang kuasa | Amerika Syarikat |
Institusi | Jabatan Hal Ehwal Veteran Amerika Syarikat |
Kediaman | Washington |
Pusat | Washington, D.C. |
Dilantik oleh | Presiden dengan persetujuan dan nasihat Senat |
Tempoh jawatan | Tiada had |
Dibentuk | 15 Mac 1989 |
Pemegang pertama | Ed Derwinski |
Penggantian | Ke-17[1] |
Tapak web | VA.gov |
sunting · sunting di Wikidata |
Apabila jawatan Setiausaha kosong, Timbalan Setiausaha Hal Ehwal Veteran Amerika Syarikat atau orang lain yang dilantik oleh Presiden berperanan sebagai Pemangku Setiausaha sehingga Presiden mencalonkan setiausaha yang baharu dan Senat Amerika Syarikat mengesahkan pelantikannya.
Penyandang terkini Setiausaha Hal Ehwal Veteran ialah Denis McDonough, di bawah pentadbiran presiden Joe Biden.