Kabinet Amerika Syarikat

Kabinet Amerika Syarikat ialah sebuah badan yang terdiri daripada naib presiden dan ketua-ketua jabatan eksekutif (istilah persamaan bagi Menteri) persekutuan daripada cawangan eksekutif kerajaan persekutuan Amerika Syarikat yang dianggap sebagai penasihat utama kepada Presiden Amerika Syarikat.[1]

Kabinet Amerika Syarikat
Terkini: Kabinet Joe Biden
Mohor Besar Amerika Syarikat
Kabinet terkini Presiden Joe Biden, 2021
Intisari badan penasihat
DibentukMac 4, 1789
(235 tahun yang lalu)
 (1789-03-04)
JenisBadan penasihat
Ibu pejabatBilik Kabinet, Rumah Putih, Washington, D.C.
Kakitangan23 ahli:
Eksekutif badan penasihat
Dokumen penting
  • Klausa Pendapat (disimpulkan)
Laman sesawang
Laman web Rumah Putih

Presiden tidak secara rasmi ialah anggota Kabinet. Ketua-ketua jabatan, yang dilantik oleh presiden dan disahkan oleh Senat, adalah anggota Kabinet, dan pemangku ketua jabatan juga duduk dalam mesyuarat Kabinet sama ada mereka telah dicalonkan secara rasmi untuk pengesahan Senat. Presiden boleh melantik ketua agensi lain dan anggota Pejabat Eksekutif Presiden Amerika Syarikat yang tidak disahkan Senat sebagai anggota peringkat Kabinet.

Kabinet terkini

sunting

Kabinet secara tetap merangkumi naib presiden dan ketua-ketua 15 jabatan eksekutif, yang disenaraikan di sini mengikut urutan perwarisan jawatan presiden. Speaker Dewan dan presiden pro tempore senat mengikuti naib presiden dan mendahului setiausaha negara dalam urutan berturut-turut, tetapi kedua-duanya berada dalam cabang perundangan dan bukan sebahagian daripada Kabinet.

Kabinet
Pejabat Penjawat kini Mula menjawat
 
Naib Presiden
 
Kamala Harris
20 Januari 2021
 
Setiausaha Negara
 
Antony Blinken
26 Januari 2021
 
Setiausaha Perbendaharaan
 
Janet Yellen
25 Januari 2021[2]
 
Setiausaha Pertahanan
 
Lloyd Austin
22 Januari 2021
 
Peguam Negara
 
Merrick Garland
11 Mac 2021
 
Setiausaha Dalam Negeri
 
Deb Haaland
16 Mac 2021
 
Setiausaha Pertanian
 
Tom Vilsack
23 Februari 2021[3]
 
Setiausaha Perdagangan
 
Gina Raimondo
3 Mac 2021
 
Setiausaha Buruh
 
Marty Walsh
23 Mac 2021
 
Setiausaha Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia
 
Xavier Becerra
19 Mac 2021
 
Setiausaha Perumahan dan Pembangunan Bandar
 
Marcia Fudge
10 Mac 2021
 
Setiausaha Pengangkutan
 
Pete Buttigieg
3 Februari 2021
 
Setiausaha Tenaga
 
Jennifer Granholm
25 Februari 2021
 
Setiausaha Pendidikan
 
Miguel Cardona
2 Mac 2021
 
Setiausaha Hal Ehwal Veteran
 

Denis McDonough

9 Februari 2021[4]
 
Setiausaha Keselamatan Tanah Air
 
Alejandro Mayorkas
2 Februari 2021

Pegawai peringkat Kabinet

sunting

Presiden boleh menetapkan jawatan tambahan untuk menjadi anggota Kabinet, yang boleh berbeza-beza di bawah setiap presiden. Mereka tidak berada dalam turutan perwarisan jawatan presiden dan tidak semestinya pegawai Amerika Syarikat.[5]

Pegawai peringkat Kabinet
Pejabat Penjawat kini Mula berkhidmat
 
Pentadbir Agensi Perlindungan Alam Sekitar
 
Michael Regan
11 Mac 2021
 
Pengarah Pejabat Pengurusan dan Bajet
 
Shalanda Young
24 Mac 2021
 
Pengarah Perisikan Kebangsaan
 
Avril Haines
21 Januari 2021
 
Wakil Perdagangan
 
Katherine Tai
18 Mac 2021
 
Duta besar ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
 
Linda Thomas-Greenfield
23 Februari 2021
 
Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi
 
Cecilia Rouse
12 Mac 2021
 
Pentadbir Pentadbiran Perniagaan Kecil
 
Isabel Guzman
17 Mac 2021
 
Pengarah Pejabat Dasar Sains dan Teknologi
Penasihat Kanan Sains kepada Presiden

Alondra Nelson
18 Februari 2022
pemangku
 
Ketua Staf Rumah Putih
 
Ron Klain
20 Januari 2021

Rujukan

sunting
  1. ^ Kirk Bailey. "What is the President's Cabinet?". dummies. Dicapai pada 2021-01-25.
  2. ^ Rappeport, Alan (2021-01-25). "Senate Confirms Yellen as Treasury Secretary as Stimulus Talks Loom". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada 2021-01-25.
  3. ^ CNN (2021-02-23). "Tom Vilsack Confirmed Agriculture Secretary". Dicapai pada 2021-04-19.
  4. ^ Clare Foran and Ted Barrett. "Senate confirms Denis McDonough as secretary of Veterans Affairs". CNN. Dicapai pada 2021-02-09.
  5. ^ The White House. "The Cabinet". Dicapai pada February 6, 2021.

Pautan luar

sunting