Serangan kelab malam Istanbul 2017
Satu serangan tembakan besar-besaran berlaku di sebuah kelab malam di daerah Beşiktaş, Istanbul pada 1 Januari 2017, menyebabkan sekurang-kurangnya 39 terbunuh.[1] Kejadian itu berlaku kira-kira jam 01:15 FET (UTC+3) di kelab malam Reina di Ortaköy, ketika beratus-ratus orang sedang menyambut Tahun Baru. Sekurang-kurangnya 69 orang lagi tercedera dalam kejadian itu.
Serangan kelab malam Istanbul 2017 | |
---|---|
Lokasi | Istanbul, Turki |
Koordinat | 41°03′00″N 29°01′57″E / 41.049922°N 29.03262°E |
Tarikh | 1 Januari 2017 01:15 (FET) |
Sasaran | Pelanggan di kelab malam |
Jenis serangan | Tembakan besar-besaran |
Senjata | AK 47, bom tangan |
Kematian | 39[1] |
Tercedera | 69 |
Pelaku | 1 bebas |
sunting · sunting di Wikidata |
Latar belakang
suntingSerangan itu berlaku ketika tempoh langkah-langkah keselamatan yang meningkat dalam bandar, dengan 17,000 pegawai polis sedang bertugas,[2][3] berikutan beberapa serangan pengganas sejak beberapa bulan yang lalu. Kebanyakannya didalangi oleh kumpulan pengganas ISIS dan Kurdish.[4]
Serangan
suntingSeorang penembak dilaporkan berpakaian seperti Santa Claus, menembak secara terbuka di kelab malam kira-kira 1:15 pagi. Dia dilaporkan membawa AK-47 dan memasuki kelab malam selepas membunuh seorang pegawai polis dan saksi kejadian di pintu masuk.[1][5][6][7] Penyerang itu bertutur dalam bahasa Arab[8] dan masih bebas.[9] Pihak berkuasa sebelumnya mendakwa bahawa seorang lelaki bersenjata memasuki kelab malam dan kemudiannya dibunuh oleh polis, manakala beberapa kenyataan saksi dalam media berbahasa Turki mengatakan terdapat lebih daripada seorang penyerang.[10] Pemerintah Turki telah mengarahkan sekatan media sementara atas alasan kebimbangan keselamatan dan ketenteraman awam.[4]
Ketika waktu serangan, kira-kira 700 orang berada di kelab malam itu untuk menyambut Tahun Baru.[11][4][2] Sekurang-kurangnya 39 orang terbunuh[12][13][14] (termasuklah 15 orang asing)[15] dan sekurang-kurangnya 69 lagi tercedera.[16] Polis turut mendirikan kepungan di sekitar kelab itu[17] dan beberapa orang didapati melompat ke Bosphorus untuk melarikan diri daripada serangan.[18][2]
Reaksi
suntingGabenor Istanbul Vasip Şahin berkata serangan itu merupakan serangan pengganas.[19] Disebabkan masa dan sasaran serangan, perkhidmatan keselamatan melaporkan bahawa ISIS terlibat dalam kejadian itu.[20] Menteri Dalam Negeri Turki Süleyman Soylu berkata penyerang tersebut melarikan diri dan pencarian untuk memburu penyerang tersebut giat dijalankan.[1]
Mangsa
suntingNegara | Maut | Tercedera | Ruj. |
---|---|---|---|
Turki | 5 | Tidak diketahui | [21] |
Tunisia | 2 | Tidak diketahui | [22] |
Israel | 1 | 1 | [23][24] |
Belgium | 1 | 0 | [25] |
Perancis | 3 | [26] | |
Lubnan | 3 | [27] | |
Bulgaria | 1 | [28] | |
Tidak diketahui | 30 | 61 | [21] |
Jumlah | 39 | 69 | [21] |
Rujukan
sunting- ^ a b c d "TERKINI: 39 terbunuh serangan di kelab malam Turki". Berita Harian. 1 Januari 2017. Dicapai pada 2017-01-01 – melalui bharian.com.my.
- ^ a b c "35 maut serangan kelab malam di Turki". Sinar Harian. 1 Januari 2017. Dicapai pada 2017-01-01 – melalui sinarharian.com.my.
- ^ Bilginsoy, Zeynep. "2 reported dead in New Year's attack on Istanbul nightclub". AP News. Dicapai pada 2017-01-01.
- ^ a b c "Istanbul Reina nightclub attack 'leaves 39 dead'". BBC News. BBC. 1 Januari 2017. Dicapai pada 2017-01-01.
- ^ "35 killed in armed attack at Istanbul nightclub". aa.com.tr. Anadolu Agency. Dicapai pada 2016-12-31.
- ^ "Son Dakika: Ünlü gece kulübüne silahlı saldırı". Hürriyet. Dicapai pada 2016-12-31.
- ^ "One attacker still inside Istanbul nightclub: CNN Turk". reuters.com. Reuters. Dicapai pada 2017-01-01.
- ^ "Gece Kulübü Reina'ya Terör Saldırısı Vali Şahin: 1 Polis Şehit, 35 Sivil Hayatını Kaybetti". sondakika.com. Dicapai pada 2017-01-01.
- ^ Russell, Graham (1 Januari 2017). "Istanbul nightclub attack: 16 foreigners among 39 killed, says minister – live updates". Dicapai pada 2017-01-01 – melalui The Guardian.
- ^ Shaheen, Kareem (1 Januari 2017). "Turkey nightclub shooting: Istanbul on alert after armed gunman kills dozens". The Guardian. The Guardian. Dicapai pada 2017-01-01.
- ^ "İstanbul'da Reina gece kulübünde silahlı saldırı: 2 ölü, çok sayıda yaralı var". Cumhuriyet. Dicapai pada 2017-01-01.
- ^ "Istanbul nightclub attack 'leaves 35 dead'". 1 Januari 2017. Dicapai pada 2017-01-01 – melalui www.bbc.co.uk.
- ^ "At least 35 shot dead in Istanbul 'terror attack'". euronews.com. 1 Januari 2017. Dicapai pada 2017-01-01.
- ^ Griffien, Andrew. "Istanbul nightclub attack: Several injured after gunman opens fire on New Year's Eve". independent.co.uk. The Independent. Dicapai pada 2017-01-01.
- ^ "The Latest: Turkey lowers number of foreign fatalities". nbc12.com. Dicapai pada 2017-01-01.
- ^ "Istanbul nightclub attack: At least 35 dead after gunmen open fire at New Year's Eve party". Dicapai pada 2017-01-01.
- ^ Graham, Chris (31 Disember 2016). "Istanbul attack: Gunmen 'dressed as Santa' open fire at nightclub in Turkey". The Telegraph. Dicapai pada 2017-01-01.
- ^ "İstanbul'da gece kulübünde silahlı saldırı". Habertürk. Dicapai pada 2016-12-31.
- ^ "At least 35 shot dead in Istanbul 'terror attack'". euronews. 1 Januari 2017. Dicapai pada 2017-01-01.
- ^ "Istanbul attack: Dozens dead at Reina nightclub". Al Jazeera. 1 Januari 2017. Dicapai pada 2017-01-01.
- ^ a b c "Manhunt underway after 39 killed in Istanbul nightclub terrorist attack (GRAPHIC VIDEOS)". Dicapai pada 2017-01-01.
- ^ "Terrorism takes the lives of two Tunisians in Istanbul". Dicapai pada 2017-01-01.
- ^ "Israeli woman hurt in Istanbul club attack; another missing". Dicapai pada 2017-01-01.
- ^ "ישראלית נהרגה בפיגוע בטורקיה. "אמרנו לה לא לנסוע בגלל המצב"". Walla!News. Dicapai pada 2017-01-01. Unknown parameter
|trans_title=
ignored (bantuan) - ^ "Au moins un Belge parmi les 39 morts de l'attaque d'Istanbul". 1 Januari 2017. Dicapai pada 2017-01-01.
- ^ "Attentat d'Istanbul : au moins trois Français blessés, le tireur toujours en fuite". Le Figaro. Dicapai pada 2017-01-01.
- ^ "Foreign Ministry: 3 Lebanese injured in Istanbul terror attack". Dicapai pada 2017-01-01.
- ^ "Българка е сред пострадалите при атентата в Истанбул - Dnes.bg". Dicapai pada 2017-01-01.