Senarai gempa bumi di Malaysia

rencana senarai Wikimedia

Gempa Bumi yang berlaku di Malaysia, memiliki kekerapan dengan majoriti di Wilayah Sabah, terutama di Bahagian Tawau, Sandakan dan Kudat dan juga Bahagian Pantai Barat dan Pedalaman, selain Wilayah Sabah, gempa bumi juga pernah berlaku di Negeri Johor, Pahang dan Selangor, dan baru-baru ini di WP Labuan dan Wilayah Sarawak, di Bahagian Limbang, walaupun tidak sebanyak di Sabah.

Lalu di Kawasan negara Jiran seperti di Aceh, Sumatera Barat dan Sumatera Utara di Indonesia, lalu juga seperti Mindanao dan Kepulauan Sulu di Filipina dan di laut sekitar seperti di Lautan Hindi dan Laut Sulawesi, juga memiliki gempa bumi yang secara tidak langsung boleh dirasakan di Malaysia.

Perihal

sunting

Lokasi geografi negara Malaysia secara seluruhnya berada di kawasan lempengan Eurasia, yang tidak terlalu dekat kepada sempadan antara lempengan India+Australia, Eurasia, Lautan Filipina, dan Lautan Pasifik, dan bukan dilokasi Cincin Api Pasifik, membuat insiden gempa jarang berlaku di negara tersebut, walaupun tetap ada berlakunya gempa di dalam Malaysia, dengan contoh di Wilayah Sabah, dibandingkan kawasan lainnya di Malaysia, seperti Negeri Pahang/Johor/Selangor, WP Labuan dan Wilayah Sarawak.

Kekerapan gempa bumi di Wilayah Sabah juga berpunca dari lokasi yang tak terlalu jauh dari sempadan antara lempengan Eurasia, dengan lempengan Laut Filipina.

Seperti contoh pada tahun 2022, bulan 10, berlakunya gempa dengan 3.2 Skala ritcher di kawasan Kunak, yang membuat penduduk panik [1] berpunca dari gegeran gempa yang jarang berlaku di Sabah, Malaysia [2], namun tiada korban jiwa ataupun kerosakan bangungan yang ada di kawasan tersebut.

dengan kini gempa bumi pada tahun 2024, pada bulan 6, berlaku gempa dengan 3.3 Skala ritcher di kawasan Semporna, [3] walaupun tiada mengambil korban jiwa dan tiada kerosakan yang ketara [3].

Senarai Gempa bumi

sunting

Nota: senarai ini memuatkan kesemua gempa bumi yang pernah berlaku di kawasan Malaysia dan sekitar, dengan sebagai berikut:

Negara / Kawasan Tarikh (UTC) Lokasi Mag. MMI Kematian Kecederaan Ulasan Nota
  Malaysia Gempa Bumi Johor 1922 (1922-01-31)   Johor 5.4 Tiada Data Tiada Data Tiada Data MI  Magnitud yang diperoleh daripada taburan keamatan gegaran. Kerosakan kecil.[4] Gempa Bumi yang berlaku di kawasan Malaysia.
  Malaysia Gempa Bumi Johor 1922 (1922-02-07)   Johor 5.0 Tiada Data Tiada Data Tiada Data MI  Magnitud yang diperoleh daripada taburan keamatan gegaran. Kerosakan kecil.[4] Gempa Bumi yang berlaku di kawasan Malaysia.
  Malaysia Gempa Bumi Lahad Datu 1923 (1923-08-11) Daerah Lahad Datu,   Sabah 6.3 Tiada Data Tiada Data Tiada Data Tiada Data Gempa Bumi yang berlaku di kawasan Malaysia.
  Indonesia Gempa Bumi Aceh 1936 (1936-09-19) Aceh 7.1 Tiada Data Tiada Data Tiada Data Mw .[5] Jubin bumbung tertanggal di Teluk Intan. Beberapa bangunan retak di Georgetown, Kuala Lumpur, dan Sitiawan.[4] Gempa Bumi yang berlaku di kawasan Indonesia, namun dekat dengan kawasan Malaysia.
  Malaysia Gempa Bumi Kudat 1951 (1951-06-02) Daerah Kudat,   Sabah 6.1 Tiada Data Tiada Data Tiada Data Tiada Data Gempa Bumi yang berlaku di kawasan Malaysia.
  Malaysia 1976-07-26 Daerah Kudat,   Sabah 6.2 Tiada Data Tiada Data Tiada Data Kerosakan kecil Gempa Bumi yang berlaku di kawasan Malaysia.
  Malaysia Gempa Bumi Ranau 1991 (1991-05-26) Daerah Ranau,   Sabah 5.4 VII[6] 1 Tiada Data Kerosakan setempat Gempa Bumi yang berlaku di kawasan Malaysia.
  Indonesia Gempa bumi Sumatera 2002 (2002-11-02) Simeulue, Sumatera Utara 7.2 V Tiada Data Tiada Data Kerosakan kecil bangunan di Pulau Pinang dan Pelabuhan Klang. Sangat dirasai oleh orang ramai di bangunan tinggi, menyebabkan orang ramai panik.[7] Tiga orang maut, 65 cedera dan 994 bangunan rosak di Simeulue, Indonesia.[8] Gempa Bumi yang berlaku di kawasan Indonesia, namun dekat dengan kawasan Malaysia.
  Indonesia 2004-12-26 Aceh 9.0 Tiada Data 68 Tiada Data Kematian yang dikaitkan dengan tsunami di Pulau Pinang, Langkawi (Kedah) dan tanah besar Kedah.[9]
Lihat juga: Dampak Gempa Bumi Lautan Hindi 2004 kepada Malaysia
Gempa Bumi di Lautan Lepas yang berlaku di kawasan Indonesia, namun dekat dengan kawasan Malaysia.
Laut Lepas Gempa Bumi Laut Sulawesi 2005 (2005-02-05) Laut Sulawesi 7.1 III 2 Tiada Data Tiada kerosakan Gempa bumi di Lautan Lepas, Namun dekat dengan kawasan Malaysia.
  Malaysia Gempa Bumi Bukit Tinggi, Selangor-Pahang 2007-08 (2007-11-30–2008-05-25) Bukit Tinggi, sempadan   Selangor  Pahang 1.7–3.7 Tiada Data Tiada Data Tiada Data Sedikit terasa dan tiada kerosakan. Dua puluh tiga gempa bumi antara Mw  1.7 hingga 3.7. Gempa bumi gelincir di sepanjang bahagian Sesar Bukit Tinggi sepanjang 120 km (75 bt) yang aktif semula.[10] Gempa Bumi yang berlaku di kawasan Malaysia.
Laut Lepas 2012-04-11 Lautan Hindi 8.6 [11] Tiada Data Belum dikenal Pasti Belum dikenal Pasti Gempa bumi bermagnitud 8.6 (Mw) tersebut berlaku pada 11 April, 08:38 UTC dengan kedalaman 33 kilometer [12], (lebih tepatnya ialah dengan kedalaman 22.9 KM [11]), dengan masa dari 3 hingga 5 minit [13], Gegaran berlaku kira-kira 434 km (269 bt) barat daya Banda Aceh, Indonesia. Pada awalnya magnitud gempa dicatatkan sebanyak 8.9 (Mw). Phillip Charlesworth, ketua Pertubuhan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa di Jakarta berkata bahawa gempa bumi tersebut berkocak selama tiga minit. Gegaran turut dirasai di Padang.

Di Malaysia, gegaran dirasai pada kira-kira jam 4:50 petang di hampir semua negeri di Semenanjung Malaysia. Orang ramai yang berada di dalam rumah-rumah dan juga premis-premis bergegas keluar setelah merasa gegaran.[14]

Gempa bumi di Lautan Lepas, Namun dekat dengan kawasan Malaysia.
  Malaysia 2015-06-05 Daerah Ranau,   Sabah 6.0 VI 18 11 Kerosakan teruk Gempa Bumi yang berlaku di kawasan Malaysia.
  Indonesia 2022-02-25 Sumatera Barat 6.2 II 0 0 Di Port Dickson, hospital swasta dan bangunan kerajaan ada kerosakan kecil.[15] Gempa Bumi yang berlaku di kawasan Indonesia, namun dekat dengan kawasan Malaysia.
  Indonesia Gempa bumi Sumatera 2022 (2022-10-06) Sumatera Utara 4.6 Tiada Data Tiada Data Tiada Data Gempa yang berMagnitud 4.6, berjarak 165 KM barat daya dari Sabak Bernam.[16] Gempa Bumi yang berlaku di kawasan Indonesia, namun dekat dengan kawasan Malaysia.
  Malaysia Gempa bumi Kunak 2022 (2022-10-12) Kunak,   Sabah 3.2 [17] I 0 0 Gempa yang berMagnitud 3.2 dengan masa beberapa saat, berjarak 13 KM barat daya dari Kunak [18][19][20][21][22], gegaran dirasai disekitar Kunak, tiada kerosakan yang dilaporan [23]. Gempa Bumi yang berlaku di kawasan Malaysia.
  Malaysia Gempa bumi Beluran 2023 (2023-04-20) laut dekat Beluran,   Sabah [24] 3.5 [24] I 0 0 Gempa bumi ringan berukuran 3.5 pada skala Richter dikesan di laut Beluran, Sabah pada 9.07 pagi Khamis [25], Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), dalam satu kenyataan, berkata gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer (km) [26], pada koordinat 6.6 darjah utara dan 117.4 darjah timur [27], pusat Gempa tersebut berjarak sejauh 37 km tenggara dari Pitas, Sabah dan sejauh 365 km utara dari kawasan negara jiran iaitu Tarakan, Indonesia [28], walaupun gempa itu berlaku di dalam kawasan Malaysia, namun ia tidak memberi ancaman Tsunami ke negara Malaysia [29]. Gempa Bumi yang berlaku di kawasan Malaysia.
  Malaysia Gempa bumi Semporna 2023 (2023-06-07) di kawasan Semporna,   Sabah [30][31] 2.6 [30] I 0 0 Gempa bumi ringan berukuran 2.6 pada skala Richter dikesan di Kawasan Semporna, Sabah pada 7.39 malam Rabu [30][32], Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), dalam satu kenyataan, berkata gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 3 kilometer (km) [33], pada koordinat 4.5 darjah Utara dan 118.7 darjah Timur [33][34], walaupun gempa itu berlaku di dalam kawasan Malaysia, namun ia tidak memberi ancaman Tsunami ke negara Malaysia. Gempa Bumi yang berlaku di kawasan Malaysia.
  Malaysia Gempa bumi Ranau 2023 (2023-08-31) di kawasan Ranau,   Sabah [35] 3.7 [35] I 0 0 gempa bumi lemah bermagnitud 3.7 berlaku di Ranau, Sabah pada 7.13 pagi, Khamis. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa bumi itu dengan kedalaman 5 kilometer (km) iaitu 13 km barat laut dari Ranau. [35] Gempa Bumi yang berlaku di kawasan Malaysia. [35]
  Malaysia Gempa bumi Semporna 2024 (2024-06-02) di kawasan Semporna,   Sabah [3] 3.3 [3] I 0 0 gempa bumi lemah berlaku di Semporna, Sabah, dengan ukuran 3.3 skala Richter sejauh 50 km dari Semporna, pada masa 2.49 Petang.
Pusat gempa bumi tersebut berada di koordinat 4.4° Utara dan 118.9° Timur dengan kedalaman 10 km. [36]
Gempa Bumi yang berlaku di kawasan Malaysia. [3]
  Filipina Gempa bumi Mindanao 2024 (2024-07-11) [37] Mindanao [38] 6.6 III 0 0 Gempa bumi yang berlaku di Mindanao, dengan 154 kilometer tenggara dari Bandar Isabela, Filipina, pada 10.13 Pagi [39], lalu di Malaysia [40], dengan di Sabah [41] terutamanya Kota Kinabalu [42] dan Tawau [43], serta di Labuan [44] dan di Sarawak terutamatnya Limbang [45] dan sekitar, penduduk tempatan panik dengan kaki tidak stabil semasa berdiri dan bergegas ketempat yang selamat, berpunca dari bangunan yang bergegar selama beberapa saat, tetapi tiada korban jiwa ataupun kerosakan bangunan yang berlaku . Gempa Bumi yang berlaku di kawasan Filipina, namun dekat dengan kawasan Malaysia.
Nota: Hanya peristiwa yang membawa kerosakan, kecederaan, atau maut patut dirakamkan, terkecuali mengenai Gempa Lemah boleh dirakamkan.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Ibrahim, Tabir (14 Oktober 2022). "Quake causes panic in Kunak as tremors felt". www.dailyexpress.com.my (dalam bahasa Inggeris). Daily Express (Malaysia). Dicapai pada 16 Oktober 2022.
  2. ^ "Kunak residents feel tremor". www.theborneopost.com (dalam bahasa Inggeris). The Borneo Post (Malaysia). 13 Oktober 2022. Dicapai pada 16 Oktober 2022.
  3. ^ a b c d e BERNAMA (2 Jun 2024). "Gempa bumi lemah dikesan berdekatan Semporna". www.bharian.com.my. Berita Harian (Malaysia). Dicapai pada 4 Julai 2024. Satu gempa bumi lemah berukuran 3.3 pada skala Richter dikesan 50 kilometer (km) dari Semporna, Sabah pada jam 2.49 petang tadi.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  4. ^ a b c Yu Wang; Muzli Muzli; Shengji Wei (2020). "The 1922 Peninsula Malaysia Earthquakes: Rare Intraplate Seismicity within the Sundaland Block in Southeast Asia". Seismological Research Letters. 91 (5): 2531–2545. doi:10.1785/0220200052.
  5. ^ ISC (27 June 2022), ISC-GEM Global Instrumental Earthquake Catalogue (1900–2009), Version 9.1, International Seismological Centre
  6. ^ Tongkul, Felix (2015). "The 2015 Ranau Earthquake: Cause and Impact". The Sabah Society Journal. 32 (28).
  7. ^ Hendriyawan, A. A.; Irsyam, M. (2002). "Effect on the latest Sumatra earthquake to Peninsula Malaysia" (PDF). Jurnal Kejuruteraan Awam. 15 (2).
  8. ^ "M 7.4 - 50 km NW of Sinabang, Indonesia". United States Geological Survey. Dicapai pada 2 October 2022.
  9. ^ Marto, A.; Soon, T. C.; Kasim, F.; Zurairahetty, N.; Yunus, N. Z. M. (22 May 2013). "Seismic impact in Peninsular Malaysia". The 5th International Geotechnical Symposium-Incheon. doi:10.13140/2.1.3094.9129. https://www.researchgate.net/publication/266676019_Seismic_impact_in_Peninsular_Malaysia.
  10. ^ Shuib, M. K. (2009). "The recent Bukit Tinggi earthquakes and their relationship to major geological structures" (PDF). Bulletin of the Geological Society of Malaysia. 55: 67–72.
  11. ^ a b "Magnitude 8.6 – OFF THE WEST COAST OF NORTHERN SUMATRA". United States Geological Survey. 11 April 2012. Dicapai pada 11 April 2012.
  12. ^ name="aljaz"
  13. ^ (Inggeris)"Indian Ocean tsunami alert lifted after Aceh quake". BBC News. 11 April 2012. Dicapai pada 11 April 2012.
  14. ^ "Gempa Bumi Kuat Gegar Aceh, Gegaran Dirasai Di Semenanjung Malaysia". Bernama. 11 April 2012. Dicapai pada 12 April 2012.
  15. ^ "Sumatra quake tremors: Hairline cracks found, but buildings in Negri safe so far". thestar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 25 Februari 2022. Dicapai pada 2022-02-27.
  16. ^ "MetMalaysia: North Sumatra hit by quake, tremors may be felt in parts of Malaysia". www.thestar.com.my (dalam bahasa Inggeris). The Star (Malaysia). 6 Oktober 2022. Dicapai pada 13 Oktober 2022.
  17. ^ Juwan, Riduan (13 Oktober 2022). "Gempa 3.2 Richter gegar Kunak". www.hmetro.com.my. Harian Metro (Malaysia). Dicapai pada 13 Oktober 2022.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  18. ^ "Penduduk Kunak rasai gegaran gempa bumi lemah". www.hmetro.com.my. Harian Metro (Malaysia). 13 Oktober 2022. Dicapai pada 13 Oktober 2022.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  19. ^ "Penduduk Kunak rasai gegaran gempa bumi lemah". www.astroawani.com. Astro Awani (Malaysia). 13 Oktober 2022. Dicapai pada 13 Oktober 2022.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  20. ^ "Gempa bumi lemah landa Kunak malam tadi". www.freemalaysiatoday.com. Free Malaysia Today (Malaysia). 13 Oktober 2022. Dicapai pada 13 Oktober 2022.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  21. ^ "Kunak residents feel tremor of weak earthquake". www.sinardaily.com.my (dalam bahasa Inggeris). Sinar Daily (Malaysia). 13 Oktober 2022. Dicapai pada 13 Oktober 2022.
  22. ^ "Weak quake hits Kunak". www.dailyexpress.com.my (dalam bahasa Inggeris). Daily Express (Malaysia). 13 Oktober 2022. Dicapai pada 13 Oktober 2022.
  23. ^ STEPHANIE, LEE (13 Oktober 2022). "Mild quake in Sabah's Kunak district, no damage reported". www.thestar.com.my (dalam bahasa Inggeris). The Star (Malaysia). Dicapai pada 13 Oktober 2022.
  24. ^ a b "MetMalaysia: Mild earthquake in Beluran, no threat of tsunami". www.malaymail.com (dalam bahasa Inggeris). Malay Mail (Malaysia). 20 April 2023. Dicapai pada 20 April 2023. A mild earthquake measuring 3.5 on the Richter scale was detected in the sea off Beluran, Sabah at 9.07am today.
  25. ^ "Mild earthquake in Beluran, no threat of tsunami, says MetMalaysia". www.thestar.com.my (dalam bahasa Inggeris). The Star (Malaysia). 20 April 2023. Dicapai pada 20 April 2023. A mild earthquake measuring 3.5 on the Richter scale was detected in the sea off Beluran, Sabah at 9.07am on Thursday
  26. ^ "Mild earthquake in Beluran, Sabah: MetMalaysia". www.thesundaily.my (dalam bahasa Inggeris). The Sun Daily (Malaysia). 20 April 2023. Dicapai pada 20 April 2023. The Malaysian Meteorological Department (MET Malaysia), in a statement, said the earthquake struck at a depth of 10 kilometres (km)
  27. ^ "MetMalaysia: Mild earthquake in Beluran, no tsunami threat". www.theborneopost.com (dalam bahasa Inggeris). The Borneo Post (Malaysia). 20 April 2023. Dicapai pada 20 April 2023. at coordinate 6.6 degrees north and 117.4 degrees east.
  28. ^ "Gempa bumi lemah di Beluran, tiada ancaman tsunami – MET Malaysia". malaysiagazette.com. Malaysia Gazette (Malaysia). 20 April 2023. Dicapai pada 20 April 2023. “Gempa tersebut berjarak 37 km tenggara dari Pitas, Sabah dan 365 km utara dari Tarakan, Indonesia,”(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  29. ^ "Gempa bumi lemah di Beluran, tiada ancaman tsunami - METMalaysia". www.astroawani.com. Astro Awani (Malaysia). 20 April 2023. Dicapai pada 20 April 2023. Bagaimanapun, ia tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  30. ^ a b c Wartawan MalaysiaGazette (7 Jun 2023). "Gempa bumi lemah di Semporna". malaysiagazette.com. Malaysia Gazette (Malaysia). Dicapai pada 10 Jun 2023. Gempa bumi lemah bermagnitud 2.6 telah berlaku di Semporna, Sabah pada pukul 7.39 malam tadi.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  31. ^ BERNAMA (7 Jun 2023). "Gempa bumi lemah Semporna: Gegaran dirasai, tiada kejadian buruk - Bomba". www.bharian.com.my. Berita Harian (Malaysia). Dicapai pada 10 Jun 2023. "Pihak kami tidak menerima sebarang laporan kejadian tidak diingini dan akan terus memantau keadaan di Semporna. Semua pihak termasuk JBPM sentiasa dalam keadaan siap siaga dan penduduk tidak perlu bimbang," katanya ketika dihubungi BERNAMA, malam ini.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  32. ^ BERNAMA (7 Jun 2023). "Gempa bumi lemah di Semporna, Sabah". www.astroawani.com. Astro Awani (Malaysia). Dicapai pada 10 Jun 2023. Gempa bumi lemah dengan magnitud 2.6 melanda Semporna, Sabah pada 7.39 malam tadi.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  33. ^ a b TUAN NURHIDAYAH TUAN AB.GHANI (7 Jun 2023). "Gempa bumi lemah gegar Semporna, Sabah". www.kosmo.com.my. Kosmo (Malaysia). Dicapai pada 10 Jun 2023. Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, kejadian gempa itu berlaku di 4.5 darjah Utara dan 118.7 darjah Timur manakala kedalamannya adalah tiga kilometer (km).(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  34. ^ BERNAMA (7 Jun 2023). "Gempa bumi lemah landa Semporna". www.hmetro.com.my. Harian Metro (Malaysia). Dicapai pada 10 Jun 2023. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan gempa itu berlaku dengan kedalaman tiga kilometer.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  35. ^ a b c d Mstar (31 Ogos 2023). "Gempa bumi lemah di Ranau". www.mstar.com.my. Mstar (Malaysia). Dicapai pada 13 September 2023. SATU gempa bumi lemah bermagnitud 3.7 berlaku di Ranau, Sabah pada 7.13 pagi, Khamis.
    Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa bumi itu dengan kedalaman 5 kilometer (km) iaitu 13 km barat laut dari Ranau.
    (dalam bahasa Bahasa Melayu)
  36. ^ FMT Reporters (2 Jun 2024). "Gempa bumi lemah landa pantai Sabah". www.freemalaysiatoday.com. Free Malaysia Today (Malaysia). Dicapai pada 4 Julai 2024. Pusat gempa bumi di 4.4° Utara dan 118.9° Timur dengan kedalaman 10 km. 50km timur dari Semporna, Sabah(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  37. ^ Bernama (11 Julai 2024). "Gempa bumi kuat 6.6 skala richter landa Mindanao, Filipina". www.astroawani.com. Astro Awani (Malaysia). Dicapai pada 3 Ogos 2024. Gempa bumi kuat berukuran 6.6 pada skala Richter melanda Mindanao, Filipina pada 10.13 pagi tadi.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  38. ^ Berita RTM (11 Julai 2024). "Gempa bumi kuat 6.6 skala richter landa Mindanao, Filipina". berita.rtm.gov.my. Radio Televisyen Malaysia (Malaysia). Dicapai pada 3 Ogos 2024. Gempa bumi kuat berukuran 6.6 pada skala Richter melanda Mindanao, Filipina pada 10.13 pagi tadi.
    Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan gempa berpusat di koordinat 6.1 darjah Utara dan 123.3 darjah Timur itu berlaku pada kedalaman 632 kilometer.
    Pusat gempa terletak kira-kira 154 kilometer tenggara dari Isabela City, Filipina.
    (dalam bahasa Bahasa Melayu)
  39. ^ Bernama (11 Julai 2024). "Gempa bumi kuat 6.6 skala richter landa Mindanao, Filipina". www.astroawani.com. Astro Awani (Malaysia). Dicapai pada 3 Ogos 2024. Gempa bumi kuat berukuran 6.6 pada skala Richter melanda Mindanao, Filipina pada 10.13 pagi tadi.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  40. ^ Vivi Olviana Najurus (11 Julai 2024). "Rasa kaki tidak stabil rupanya kesan gempa kuat di Mindanao, Filipina". www.utusanborneo.com.my. Utusan Borneo (Malaysia). Dicapai pada 3 Ogos 2024. Seorang pekerja swasta terkejut sebaik terkesan dengan gegaran gempa bumi kuat yang berlaku di Mindanao, Filipina kira-kira jam 10 pagi Khamis.
    Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Hakimi Nordin, 43, berkata ketika kejadian kira-kira jam 10 pagi dia berada di luar bangunan kerana baru selesai berurusan dengan pelanggannya di sebuah pejabat berhampiran KK Times Square di sini.
    (dalam bahasa Bahasa Melayu)
  41. ^ SH (11 Julai 2024). "Gegaran gempa bumi cetus panik di Sabah". www.sinarharian.com.my. Sinar Harian (Malaysia). Dicapai pada 3 Ogos 2024. Kakitangan yang bekerja di bangunan sekitar pusat bandar raya ini panik seketika selepas merasai gegaran selama beberapa saat sebelum bertindak keluar daripada bangunan masing-masing.
    Gegaran tersebut dipercayai susulan daripada kejadian gempa bumi kuat yang berlaku di Mindanao, Filipina, pada jam 10.13 pagi Khamis.
    (dalam bahasa Bahasa Melayu)
  42. ^ IVAN AMIRUL (11 Julai 2024). "Gempa bumi Mindanao gegarkan bangunan tinggi sekitar Kota Kinabalu". www.kosmo.com.my. Kosmo (Malaysia). Dicapai pada 3 Ogos 2024. Warga bandar raya gempar apabila beberapa bangunan tinggi sekitar Kota Kinabalu dilapor mengalami gegaran ekoran dipercayai kesan gempa bumi kuat di Mindanao, Filipina pagi tadi.
    Dalam kejadian sekitar pukul 10.13 pagi itu, antara bangunan yang mengalami gegaran termasuklah Menara Kinabalu, Menara Tun Mustapha, Wisma Wnaita, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Wisma Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).
    (dalam bahasa Bahasa Melayu)
  43. ^ Bernama (11 Julai 2024). "Gempa bumi Mindanao: Gegaran dirasai di Kota Kinabalu dan Tawau". www.astroawani.com. Astro Awani (Malaysia). Dicapai pada 3 Ogos 2024. Gegaran dirasai di beberapa kawasan di pantai barat dan pantai timur negeri ini, antaranya Kota Kinabalu dan Tawau dipercayai susulan kejadian gempa bumi kuat berukuran 6.6 pada skala Richter yang melanda Mindanao, Filipina, pada pukul 10.13 pagi tadi.
    Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah ketika dihubungi berkata pihaknya menerima panggilan mengenai gegaran itu pada pukul 10.45 pagi tadi sebelum tiga pasukan digerakkan untuk melakukan pemantauan.
    (dalam bahasa Bahasa Melayu)
  44. ^ Bernama (11 Julai 2024). "Gempa bumi kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Sabah". api.hmetro.com.my. Harian Metro (Malaysia). Dicapai pada 3 Ogos 2024. Gegaran turut dirasai di sekitar Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dilaporkan bagi Malaysia.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  45. ^ TVS (11 Julai 2024). "Gegaran gempa bumi di Mindanao turut dirasai di Limbang". tvsarawak.my. TVS (Malaysia). Dicapai pada 3 Ogos 2024. Ratusan kakitangan kerajaan yang berada di bangunan Limbang Plaza di sini bergegas keluar sebaik merasai gegaran akibat gempa bumi berukuran 6.6 pada skala Richter melanda Mindanao, Filipina hari ini.
    Gegaran lebih kurang seminit itu berlaku sekitar jam 10 pagi kuat dirasai kakitangan kerajaan di tingkat lapan yang menempatkan pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR), tingkat tujuh (Jabatan tanah dan Survei), tingkat enam (Pejabat Daerah dan Residen) sehingga tingkat lima dan empat.
    (dalam bahasa Bahasa Melayu)

Sumber lainnya

sunting

Sumber