Sel dasar

(Dilencongkan daripada Sel tunjang)

Dalam organisma multisel, sel dasar, juga dikenali sebagai sel tunjang, merupakan sel-sel yang tidak mengalami pembezaan sel atau hanya mengalami pembezaan sel pada tahap separa. Sel-sel tersebut boleh dibezakan kepada pelbagai jenis sel dan membahagi tanpa had untuk menghasilkan jenis sel dasar yang sama. Sel dasar ini merupakan jenis sel yang terawal dalam nasabah sel.[1] Sel-sel ini dapat dijumpai pada organisma pada tahap embrio atau dewasa, tetapi kelainan tahap organisma mempengaruhi sifat sel dasar tersebut. Sel-sel tersebut biasanya dibezakan daripada sel progenitor yang tidak boleh membahagi selama mana mungkin, mahupun dibezakan daripada sel pelopor atau sel blas yang biasanya tertumpu untuk membezakan diri terhadap hanya sejenis sel.

Sel dasar
Gambaran mikrograf elektron penghantaran suatu sel tunjang dewasa yang menunjukkan ciri ultrastruktur yang umum.
Butiran
Pengenalpastian
nama bahasa LatinCellula praecursoria
MeSHD013234
THH1.00.01.0.00028, H2.00.01.0.00001
FMAFMA:63368
Terminologi anatomi

Dalam haiwan mamalia, kira-kira 50–150 sel membentuk jisim sel dalam, yakni sekitar hari 5–14 pada tahap perkembangan embrio secara spesifiknya peringkat blastosista. Sel-sel pada jisim sel dalam ini mempunyai keupayaan sel dasar. Sel-sel tersebut secara in vivo akhirnya mengalami pembezaan menjadi semua jenis sel badan (menjadikan sel pada jisim sel dalam tersebut bersifat pluripotensi). Proses ini bermula dengan pembezaan kepada tiga lapisan germa – ektoderm, mesoderm dan endoderm – pada peringkat penggastrulan . Walau bagaimanapun, apabila sel-sel dari jisim sel dalam itu diasingkan dan dikultur secara in vitro, maka sel-sel tersebut dapat dikekalkan dalam peringkat sel dasar, dan sel-sel ini dikenali sebagai sel dasar embrio (ESC).

Sel dasar dewasa ditemui di beberapa kedudukan terpilih dalam badan, yang secara spesifik dikenali sebagai cerukan sel dasar, seperti di sumsum tulang atau gonad. Sel-sel ini wujud untuk mengisi semula jenis sel yang hilang dengan pantas, dan sel-sel tersebut kebiasaannya bersifat multipotensi atau unipotensi, bermakna ia hanya dapat mengalami pembezaan kepada beberapa jenis sel atau satu jenis sel sahaja. Dalam haiwan mamalia, antara sel-sel dasar dewasa adalah termasuklah sel dasar hematopoiesis yang mengisi semula sel-sel darah dan sel-sel imun, sel asas yang mengekalkan epitelium kulit, dan sel dasar mesenkima yang mengekalkan struktur tulang, rawan, sel otot dan lemak. Sel dasar dewasa hanya terdiri daripada sebilangan kecil sahaja dan jauh lebih sedikit bernading sel-sel progenitor dan sel-sel yang lengkap pembezaannya.[2]

Penyelidikan berkaitan sel dasar berkembang daripada penemuan oleh ahli biologi Kanada Ernest McCulloch, James Till dan Andrew J. Becker di Universiti Toronto dan Institut Kanser Ontario pada tahun 1960-an.[3][4] Sehingga ke tahun 2016, satu-satunya terapi perubatan menggunakan sel tunjang yang sudahpun mantap ialah pemindahan sel dasar hematopoiesis,[5] dengan pertama kali dilakukan pada tahun 1958 oleh pakar onkologi Perancis Georges Mathé. Namun sejak tahun 1998, sudah ada kemungkinan untuk mengkultur dan membezakan sel dasar embrio manusia (dalam melalui titisan sel dasar). Proses mengasingkan sel-sel ini telah menjadi kontroversi, kerana ia biasanya mengakibatkan kemusnahan embrio. Sumber untuk mengasingkan ESC telah dihadkan di beberapa negara Eropah dan Kanada, tetapi beberapa negara lain seperti UK dan China telah mempromosikan penyelidikan berkaitannya.[6] Pemindahan nuklear sel somatik ialah kaedah pengklonan yang boleh digunakan untuk mencipta embrio klon untuk kegunaan sel dasar embrionya dalam terapi sel dasar.[7] Pada tahun 2006, pasukan penyelidikan Jepun yang diketuai oleh Shinya Yamanaka menemui kaedah untuk menukar sel badan matang kembali kepada sel dasar. Sel-sel hasil daripada proses tersebut dipanggil sel stem pluripotensi teraruh (iPSCs).[8]

Rawatan

sunting

Terapi sel dasar melibatkan penggunaan sel-sel dasar untuk merawat atau mencegah sesebuah penyakit. Pemindahan sumsum tulang ialah satu bentuk terapi ini yang telah digunakan selama bertahun-tahun tanpa terzahirnya sebarang kontroversi, dan tidak adanya terapi sel stem lain selain kaedah pemindahan tersebut yang digunakan secara meluasnya.[9][10]

Penyakit dan keadaan yang ditujukan rawatan sel tunjang dalam penyelidikan berkaitan termasuk:

Rujukan

sunting
  1. ^ Atala A, Lanza R (2012). Handbook of Stem Cells (dalam bahasa Inggeris). Academic Press. m/s. 452. ISBN 978-0-12-385943-3.
  2. ^ Atala A, Lanza R (2012). Handbook of Stem Cells (dalam bahasa Inggeris). Academic Press. m/s. 452. ISBN 978-0-12-385943-3.
  3. ^ "Cytological demonstration of the clonal nature of spleen colonies derived from transplanted mouse marrow cells". Nature. 197 (4866): 452–454. February 1963. Bibcode:1963Natur.197..452B. doi:10.1038/197452a0. PMID 13970094. |hdl-access= requires |hdl= (bantuan)
  4. ^ "The distribution of colony-forming cells among spleen colonies". Journal of Cellular and Comparative Physiology. 62 (3): 327–336. December 1963. doi:10.1002/jcp.1030620313. PMID 14086156. |hdl-access= requires |hdl= (bantuan)
  5. ^ "Hematopoietic Stem Cells in Regenerative Medicine: Astray or on the Path?". Transfusion Medicine and Hemotherapy. 43 (4): 247–254. July 2016. doi:10.1159/000447748. PMC 5040947. PMID 27721700.
  6. ^ Ralston, Michelle (17 July 2008). "Stem Cell Research Around the World". Pew Research Center's Religion & Public Life Project.
  7. ^ Tuch, B. E. (September 2006). "Stem cells: a clinical update". Australian Family Physician. 35 (9): 719–721. PMID 16969445. ProQuest 216301343.
  8. ^ Ferreira, Leonardo (2014-01-03). "Stem Cells: A Brief History and Outlook". Stem Cells: A Brief History and Outlook – Science in the News. WordPress. Dicapai pada 3 December 2019.
  9. ^ Ian Murnaghan for Explore Stem Cells. Dikemaskini pada 16 Disember 2013 Why Perform a Stem Cell Transplant?
  10. ^ Bone Marrow Transplantation and Peripheral Blood Stem Cell Transplantation In National Cancer Institute Fact Sheet web site. Bethesda, MD: Institut Kesihatan Negara Amerika Syarikat, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Kemanusiaan A.S, 2010. Dipetik pada 24 Ogos 2010
  11. ^ Stem Cell Basics: What are the potential uses of human stem cells and the obstacles that must be overcome before these potential uses will be realized? Diarkibkan 2017-02-24 di Wayback Machine. In Stem Cell Information World Wide Web site. Bethesda, MD: National Institutes of Health, U.S. Department of Health and Human Services, 2009. Dipetik pada hari Ahad, 26 April 26, 2009
  12. ^ Steinberg, Douglas (November 2000) Stem Cells Tapped to Replenish Organs thescientist.com
  13. ^ ISRAEL21c: Israeli scientists reverse brain birth defects using stem cells December 25, 2008. (Researchers from the Hebrew University of Jerusalem-Hadassah Medical led by Prof. Joseph Yanai)
  14. ^ "A 37-year-old spinal cord-injured female patient, transplanted of multipotent stem cells from human UC blood, with improved sensory perception and mobility, both functionally and morphologically: a case study". Cytotherapy. 7 (4): 368–73. 2005. doi:10.1080/14653240500238160. PMID 16162459.
  15. ^ "Therapeutic potentials of stem cells in cardiac diseases". Minerva Cardioangiol. 57 (2): 249–67. 2009. PMID 19274033.
  16. ^ Stem Cells Tapped to Replenish Organs thescientist.com, Nov 2000. By Douglas Steinberg
  17. ^ Hair Cloning Nears Reality as Baldness Cure WebMD November 2004
  18. ^ "Stem cells and tooth tissue engineering". Cell Tissue Res. 331 (1): 359–72. 2008. doi:10.1007/s00441-007-0467-6. PMID 17938970.
  19. ^ "Gene therapy is first deafness 'cure'". New Scientist. February 14, 2005.
  20. ^ "Stem cells used to restore vision". BBC News.
  21. ^ Hanson, Charles; Hardarson, Thorir; Ellerström, Catharina; Nordberg, Markus; Caisander, Gunilla; Rao, Mahendra; Hyllner, Johan; Stenevi, Ulf (2013-03-01). "Transplantation of human embryonic stem cells onto a partially wounded human cornea in vitro". Acta Ophthalmologica. 91 (2): 127–130. doi:10.1111/j.1755-3768.2011.02358.x. ISSN 1755-3768. PMC 3660785. PMID 22280565.
  22. ^ Vastag B (2001). "Stem Cells Step Closer to the Clinic: Paralysis Partially Reversed in Rats with ALS-like Disease". JAMA: The Journal of the American Medical Association. 285 (13): 1691–1693. doi:10.1001/jama.285.13.1691. PMID 11277806.
  23. ^ Anderson, Querida (2008-06-15). "Osiris Trumpets Its Adult Stem Cell Product". Genetic Engineering & Biotechnology News. Mary Ann Liebert, Inc. m/s. 13. Dicapai pada 2008-07-06. (subtitle) Procymal is being developed in many indications, GvHD being the most advanced
  24. ^ "Progress and potential for regenerative medicine". Annu. Rev. Med. 58: 299–312. 2007. doi:10.1146/annurev.med.58.082405.095329. PMID 17076602. Bone marrow transplantation is, as of 2009, the only established use of stem cells.
  25. ^ "Stem Cell Therapies for Male Infertility: Where Are We Now and Where Are We Going?". Biennial Review of Infertility. 2015. Bone marrow transplantation is, as of 2009, the only established use of stem cells.

Pautan luar

sunting