Sekolah Menengah Sains Miri
Sekolah Menengah Sains Miri (disingkatkan SM Sains Miri) ialah sebuah Sekolah Berasrama Penuh yang terletak di Miri, Sarawak, Malaysia. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1990[2]; pada tahun 2020, ianya mempunyai 460 orang , iaitu 222 pelajar lelaki dan 228 pelajar perempuan, serta 52 orang guru.[perlu rujukan] Pengetua semasa ialah Dayang Laila binti Haji Kahar.[3]. Sekolah ini juga telah berjaya mencatatkan beberapa rekod yang amat membanggakan dari sukan ,sahsiah dan pencapaian akademik. Sekolah ini juga merupakan Sekolah Berprestasi Tinggi KOHORT 2 pada tahun 2011, setelah berjaya mengukir sejarah dalam memperoleh keputusan SPM yang amat dibanggakan.
Sekolah Menengah Sains Miri | |
---|---|
Lokasi | |
Miri, 98000, Sarawak Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Berprestasi Tinggi |
Moto | Berusaha Berilmu Beramal |
Ditubuhkan | 1 Januari 1990 |
Nombor sekolah | 085-421371 |
Kod sekolah | YEA4104[1] |
Pengerusi PIBG | En. Jamari bin Amin |
Pengetua | Pn. Dayang Laila binti Haji Kahar |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Pn. Dayang Safinaz binti Abang Bohari |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | En. Muhammad Bin Ismail |
Faks | 085-411050 |
Lokasi
Sekolah Menengah Sains Miri terletak di Jalan Bakam iaitu di sebuah tapak seluas 18.55 hektar (45.8 ekar) kira-kira sepuluh kilometer dari pusat bandar Miri, sebuah bandar di negeri Sarawak, Malaysia. Sekolah ini bersebelahan dengan Kampus Sarawak bagi Institut Pendidikan Guru Malaysia. Ianya juga terletak berhampiran dengan Lapangan Terbang Miri.
Lagu Sekolah
Seperti sekolah-sekolah yang lainnya, Sainsri juga mempunyai lagu yang menunjukkan imej sekolah tersebut dengan mempamerkan setiap kata yang digunakan untuk mencerminkan sekolah tersebut.
Sungguh indahnya alam di sekitar
Di tepi laut angin pun bertiup
Itulah dia sekolah kami
Sekolah Menengah Sains Miri
Putih kuning biru warna bendera Berusaha berilmu beramal sentiasa Itulah lambang sekolah ini Kami rasa sungguh bangga
Kami di sini berbilang kaum Hidup bersama bersatu padu Bersopan santun, bekerjasama Bentuk akhlak yang mulia
Kami di sini bersemangat tinggi Untuk mencapai matlamat SBP Kami berjuang dengan sepenuh hati Menuju wawasan murni
Menara gading matlamat kami tuju Terima kasih pada sekolah tercinta Merealisasi cita-cita semua Kami tidak akan lupa
Tingkatan
Sekolah ini mengambil pelajar tingkatan satu hingga lima sahaja. Setiap tingkatan disediakan 4 buah kelas iaitu Iltizam, Usaha, Maju dan Jaya, menjadikan jumlah kelas 20 buah.
Asrama
Sekolah ini mempunyai 8 buah blok asrama. 5 daripadanya merupakan asrama putera manakala 3 lagi ialah asrama puteri. Nama-nama asrama diambil sempena nama universiti utama di Malaysia. Berikut ialah senarai asrama:
Asrama Putera
- Universiti Putra Malaysia (UPM)
- Universiti Utara Malaysia (UUM)
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
- Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
- Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Asrama Puteri
- Universiti Malaya (UM)
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
- Universiti Sains Malaysia (USM)
Terdapat blok asrama putera yang dinamakan Universiti Malaysia Sabah (UMS), namun ia dikhaskan kepada pelawat luar yang ingin menginap di sekolah ini atau dijadikan tempat untuk pelajar berehat ketika sakit.Blok asrama ini juga telahpun dijadikan sebagai pejabat penyelia asrama.
Sejarah
Sekolah Menengah Sains Miri ditubuhkan pada 1 Januari 1990 dan ianya merupakan sekolah berasrama penuh yang pertama di Sarawak. Kemasukan pertama pelajar ialah bagi tingkatan satu, empat dan enam bawah. Sementara itu, pada mulanya hanya terdapat lima orang guru termasuk pengetua namun diikuti oleh 13 orang guru pada bulan seterusnya. Pada tahun 1995, pengambilan pelajar tingkatan enam bawah telah dihentikan dan digantikan dengan pengambilan pelajar bagi Matrikulasi Universiti Kebangsaan Malaysia seramai 26 orang sebelum kolej matrikulasi dibina di Labuan. Walau bagaimanapun, program matrikulasi tersebut telah dihentikan pada tahun 2000 setelah diambil alih oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pentadbiran dan pelajar
Sejak penubuhannya, Sekolah Menengah Sains Miri telah ditadbir oleh tujuh orang pengetua, iaitu:
- Zakiah binti Haji Omar (1 Januari 1990 - 15 Julai 1992)
- Baharin bin Harun (16 September 1992 - 18 Julai 1997)
- Rosey binti Haji Yunus (16 September 1997 - 2 Mei 2006)
- Lily binti Morni (16 Jun 2006 - 5 Mei 2009)
- Hajah Serina binti Sauni (10 Ogos 2009 - 22 Februari 2015)
- Mohd Dzul Badzli bin Abdullah (12 Jun 2015 - 5 Julai 2020)
- Dayang Laila binti Haji Kahar (25 September 2020 - sekarang)
Pengetua turut dibantu oleh Badan Bertindak Tertinggi Sekolah (BBTS) yang dianggotai oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar, Penolong Kanan Kokurikulum, Guru Kanan Bahasa, Guru Kanan Kemanusiaan, Guru Kanan Vokasional dan Teknikal, Guru Kanan Sains dan guru-guru kaunseling. Selain itu, pengetua juga dibantu oleh staf bukan akademik untuk mengurus pentadbiran sekolah.
Tenaga pengajar di sekolah mempunyai ahli seramai 55 orang dan dibahagikan kepada panitia mengikut mata pelajaran yang diajar masing-masing. Guru-guru yang mengajar di Sekolah Menengah Sains Miri merupakan guru-guru berijazah.
Pelajar-pelajar sekolah ini terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India dan peribumi Sarawak seperti Iban, Kayan, Kenyah dan lain-lain. Selain itu, pelajar tajaan bersama Yayasan Sarawak-Yayasan Sabah turut mengisi barisan pelajar sekolah ini. Terdiri daripada 20 buah kelas (empat buah kelas bagi setiap tingkatan), sekolah ini mempunyai 460 pelajar berdaftar setakat Mac 2020.
Mata pelajaran
Terdapat banyak mata pelajaran berasaskan Kemahiran Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kemahiran Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang diajar di sekolah ini namun, cuma 7/8 mata pelajaran sahaja diambil bagi Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) iaitu;
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Sains
- Matematik
- Pendidikan Islam
- Geografi
- Sejarah
- Reka Bentuk dan Teknologi atau Asas Sains Komputer
dan 9 mata pelajaran bagi Sijil Pelajaran Malaysia iaitu;
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral
- Sejarah
- Matematik Tambahan
- Fizik
- Kimia
- Biologi
Bahasa asing seperti Bahasa Perancis, Bahasa Jepun , Bahasa Arab dan Bahasa Cina turut diajar di sekolah ini menurut piawai antarabangsa. Pelajar yang cemerlang dalam bidang bahasa asing akan digalakkan untuk mengambil Proficiency Test bagi Bahasa Jepun dan Diploma Pendidikan Bahasa Perancis DELF bagi pelajar Bahasa Perancis.
Kemudahan
Sekolah ini mempunyai 20 unit kelas, satu makmal komputer, satu pusat sumber, dua blok makmal sains, satu blok kantin dan koperasi, satu blok bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu, satu makmal Bahasa Jepun, satu bilik Bahasa Perancis, satu makmal Bahasa Arab, satu blok pentadbiran, satu blok dewan, satu dewan terbuka, satu blok dewan makan, satu stor sukan, lapan blok asrama termasuk tandas, lima unit berek pekerja, tiga unit flat guru, dua unit rumah pentadbir, satu blok astaka, padang bola sepak dan rugbi, padang hoki, padang kriket, gelanggan tenis, gelanggan bola keranjang, gelanggan bola jaring, gelanggan badminton, gelanggan rejam lembing, lontar peluru, lempar cakera, sukan memanah, meja ping pong dan trek balapan berturap. Selain itu, dobi dan kemudahan Internet juga disediakan.
Alamat
- Sekolah Menengah Sains Miri Jalan Bakam, 98000 Miri, Sarawak.
- Tel : 085-421371
- Fax : 085-411050
Rujukan
- ^ "Senarai Sekolah Mengikut Kumpulan Jenis Dan Negeri". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-10. Dicapai pada 2018-05-22.
- ^ "SEBELAS LAGI SEKOLAH BERASRAMA PENUH UNTUK GOLONGAN MISKIN". Bernama (dalam bahasa Malay). Kuala Lumpur. 1993-10-12. Dicapai pada 2024-11-19.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "SM Sains Miri pencapaian kedua terbaik di Sarawak". Dicapai pada 2018-05-22.
Pautan luar
Koordinat: 4°19′09″N 113°57′55″E / 4.319225°N 113.965312°E