Orang Kenyah

Kaum Kayan berasal dari Usun Apau Sarawak Malaysia
(Dilencongkan daripada Kenyah)

Orang Kenyah ialah salah satu kelompok besar dari orang Dayak yang menetap secara luas di daerah Telang Usan dan Belaga dalam bahagian Miri, Kapit dan Bintulu di Sarawak, Malaysia serta minoriti di Kalimantan, Indonesia. Mereka digolongkan bersama-sama dengan puak-puak asal di Utara Sarawak seperti puak Kayan, Penan, Kelabit, Lun Bawang lalu membentuk golongan yang lebih umum, iaitu puak Orang Ulu. Di Kalimantan pula, orang Kenyah tergolong dalam istilah yang lebih besar iaitu kaum Dayak.

Orang Kenyah
Dayak Kenyah
Keluarga Kenyah muda di Kalimantan Utara, sebelum 1944.
Jumlah penduduk
69,256 (2000)[1]
72,000 (2023) [2]
Kawasan ramai penduduk
Borneo:
 Malaysia (Sarawak)56 600 (2023)[3]
 Indonesia (Kalimantan Timur)34,000 (2020)[3]
Bahasa
Bahasa Kenyah (Kenyah Arus Perdana), Bahasa Indonesia, Bahasa Melayu Sarawak
Agama
Kristian (Majoriti 94,27%), Bungan (Agama rakyat),[4] Islam
Kumpulan etnik berkaitan
Orang Bagai, Kayan, Orang Penan
Tarian Sagak Laki berlatarbelakangkan ukiran Kenyah pada dinding

Kaum Kenyah terdiri daripada kumpulan sub-kaum kecil seperti Kenyah Lirung (Long Nuah), Kenyah Jamok, Kenyah Badeng, Kenyah Lepo' Tau, Lepo' Maut, Uma' Bakah, Lepo' Kulit, Kenyah Uma' Sambop, dan sebagainya. Kaum Kayan dan Penan dikatakan pada asalnya merupakan sub-kaum Kenyah berdasarkan sejarah nenek moyang adalah kacukan antara Lenjau dan Suuh Bawe'. Berikut adalah Nenek Moyang Kaum Kenyah. Di anggarkan populasi 56 600 orang Kenyah di Sarawak.

Asal Usul

sunting

Asal usul Masyarakat Kenyah adalah di Dataran Tinggi Usun Apau sejak sekitar 1400 -1700 Masihi. Kaum Kenyah mula berpecah kepada sub-Kenyah kecil sekitar 1400-1600 Masihi iaitu bangsa Kenyah Jamok,Kenyah Badeng, Lepo' Tau, Lepo' Maut, Uma' Bakah, Lebu' Kulit, Kenyah Uma' Sambop, dan sebagainya. Di antara sub-kaum Kenyah yang ketara sekali berubah dari segi bahasanya ialah Kayan dan Penan. Namun begitu, terdapat sedikit persamaannya yang boleh difahami dan tidak jauh perbezaannya.

Semasa pemerintahan Raja Brooke, Masyarakat Kenyah telah berpecah kerana menentang penguasaan Rajah Brooke ke bahagian pedalaman Sarawak iaitu di Dataran Tinggi Usun Apau. Sebahagian Kenyah telah tinggal di kawasan hulu Baram dan berdamai dengan pemerintahan Rajah Brooke pada ketika itu. Sementara sebahagian lagi tidak mahu dijajah/diperintah oleh Rajah Brooke. Oleh itu, mereka telah diserang oleh Rajah Brooke di Tanah Tinggi Usun Apau.

Penentangan mereka terhadap Rajah Brooke tidak mendapat sokongan kaum lain kerana Rajah Brooke menggunakan orang tempatan untuk menyerang Kaum Kenyah Usun Apau. Namun begitu, Kaum Kenyah dapat mempertahankan tanah air mereka dan dapat berdamai dengan wakil pemerintah Rajah Brooke di Marudi. Walaupun mereka telah berdamai dengan kerajaan pada masa itu, mereka telah diarahkan supaya berpindah lebih dekat dengan pusat bandar Marudi. Oleh kerana mereka tidak mahu diperintah oleh kerajaan pada masa itu, maka sebahagian daripada mereka berpakat untuk berpindah ke sempadan Sarawak-Kalimantan(Apo Kayan). Dari sempadan sekitar selepas konfrontasi Malaysia-Indonesia, mereka telah berpindah balik ke Malaysia iaitu di kawasan Belaga, Bintulu dan Baram. Kini, kaum Kenyah tinggal di sepanjang hulu Sungai Baram, Daerah Belaga, Bintulu dan Kalimantan. Kebudayaan masyarakat Kenyah adalah lebih kurang sama pada keseluruhannya. Penempatan mereka adalah di lembah sungai sepanjang hulu batang Baram, Usun Apau, Balui, kawasan Tinjar, dan ulu batang Rajang.

Pada lewat abad ke-20, bilangan kaum Kenyah dilaporkan terdiri daripada 23,000 orang. Mereka tinggal dekat kuala sungai dipangil Long dan mempunyai perhubungan yang rapat dengan kaum Kayan. Oleh itu, kaum Kenyah mempunyai budaya yang amat serupa dengan kaum Kayan, walaupun bahasa-bahasa mereka berbeza kerana mereka adalah bangsa Kenyah pada asalnya. Ekonomi tradisi Kenyah berdasarkan penanaman padi bukit di lereng/cerang hutan. Pokok-pokok hutan ditebang dan dibakar, dan padi ditanam antara abu-abunya.

Suku Kenyah

sunting
 
Tarian rakyat tradisional semasa Festival Budaya Kenyah di Lung Anai, Kutai Kartanegara, Kalimantan Timur, Indonesia
 
Bahasa Kalimantan, dengan subdialek Kenyah di Kalimantan Utara dan Kalimantan Timur dilabel sebagai Wahau Kenyah (66) dan Kenyah arus perdana (73)

Bangsa Kenyah terdiri daripada pelbagai jenis kumpulan sub-etnik dari dua negara berjiran iaitu Sarawak, Malaysia dan Kalimantan, Indonesia. Antaranya ialah:

Sarawak, Malaysia

sunting
  • Kenyah Badeng or Madang
  • Kenyah Bakung
  • Kenyah Jamok
  • Kenyah Lepo' Abong
  • Kenyah Lepo' Aga
  • Kenyah Lepo' Anan
  • Kenyah Lepo' Bam
  • Kenyah Lepo' Gah
  • Kenyah Lepo' Jalan
  • Kenyah Lepo' Ke'
  • Kenyah Lepo' Kulit
  • Kenyah Lepo' Maut
  • Kenyah Lepo' Sawa'
  • Kenyah Lepo' Tau'
  • Kenyah Lepo' Tepu
  • Kenyah Lepo' Timai
  • Kenyah Long Ulai
  • Kenyah Long Sebatu
  • Kenyah Long Belukun
  • Kenyah Long Tikan
  • Kenyah Uma' Bangan
  • Kenyah Uma' Baka
  • Kenyah Uma' Kelep
  • Kenyah Uma' Lasan
  • Kenyah Uma' Lung
  • Kenyah Uma' Pawa'
  • Kenyah Uma' Sambop
  • Kenyah Uma' Tukung
  • Kenyah Seping
  • Kenyah Lirung (Long Nuah)

Kalimantan, Indonesia

sunting
  • Kenyah Badeng
  • Kenyah Bakung
  • Kenyah Lepo' Bem
  • Kenyah Lepo' Jalan
  • Kenyah Lepo' Tau
  • Kenyah Lepo' Tepu
  • Kenyah Lepo' Ke
  • Kenyah Lepo' Kuda
  • Kenyah Lepo' Ndang
  • Kenyah Uma' Alim
  • Kenyah Uma' Tukung
  • Kenyah Uma' Maut
  • Kenyah Lebu' Timai
  • Kenyah Lebu' Kulit
  • Kenyah Uma' Ujok
  • Kenyah Uma' Lasan
  • Kenyah Uma' Lung
  • Kenyah Uma' Kelep

Tradisi

sunting
 
Seni bina Kenyah, sekitar 1898-1900.

Pada masa lampau, masyarakat asli Kenyah sering diserang oleh kaum-kaum berjiran dan pernah diserang oleh kuasa penjajah Barat(Pemerintahan Brooke) disebabkan penentangan mereka untuk tidak mahu diperintah oleh orang lain. Mereka juga pernah menyerang orang orang luar, seperti orang orang Iban dan sebaliknya, ataupun orang Kenyah sendiri dari daerah lain. Masyarakat asli Kenyah & Masyarakat asli Iban mempunyai ciri peperangan yang agak serupa, di mana masyarakat asli kenyah juga memotong kepala musuhnya dan membawa kepala musuhnya ke kampung dijadikan sebagai cenderamata keperwiraannya. Sekiranya seseorang itu mendapat kepala yang banyak maka orang itu merupakan orang yang disegani di kampung itu dan ramai wanita suka dengannya kerana dia adalah wira kampungnya. Selain itu, kepala yang telah diambil itu juga akan dijadikan bahan upacara 'Ule' Ayau" ketika upacara keramaian Penyembahan dalam adat tradisi.

Tempat menetap

sunting

Pada kebiasaannya, masyarakat asli Kenyah membina rumah panjang mereka berdekatan dengan sungai, dimana sungai ini merupakan jalan untuk menghubung mereka dengan tempat lain mengunakan perahu, melain kan tempat untuk mencari rezeki sambilan, seperti menjala ikan, memasang bubu,memancing dan sebagainya.

Masyarakat asli Kenyah merupakan satu lagi masyarakat yang tinggal di dalam rumah panjang. Rumah panjang ini berfungsi seperti sebuah perkampungan. Biasanya, rumah panjang masyarakat asli Kenyah hanya terdapat satu di tempat yang sama dan segala-galanya diuruskan oleh seorang ketua rumah atau penghulu rumah panjang.

Rumah panjang masyarakat asli Kenyah merupakan sebuah rumah panjang berukuran sehingga 1,200 kaki yang didirikan di atas tiang-tiang kayu keras seperti Kayu Belian. Corak rumah panjang ini mengandungi satu deretan bilik-bilik keluarga di bahagian belakang dan sebuah serambi terlindung yang lebar di depan untuk bertindak sebagai ruang kerja yang umum serta sebagai lorong kampung.

Tetapi, kini dengan era moden yang kian mengembang pesat. Masyarakat moden Kenyah lebih cenderung menetap di bandar besar sebab adanya kemudahan awam seperti sekolah, hospital dan mata pencarian mereka tidak lagi bergantung kepada hasil tanaman dan hasil hutan seperti nenek-moyangnya. Hidup bandar sedikit sebanyak telah mengubah prinsip generasi baru Kenyah yang sudah melupakan asal usul mereka adalah di kawasan pedalaman. Hidup harmoni dengan alam.

Kepercayaan

sunting

Pada tradisinya masyarakat Kenyah merupakan masyarakat yang percaya kepada kepercayaan animisme(ADAT APAU LAGAN DAN BUNGAN) di mana mereka percaya bahawa semua yang ada disisi mereka mempunyai roh yang sendiri. Masyarakat asli Kenyah amat percaya kepada tanda-tanda alam, di mana setiap keanehan alam akan memberi makna atau maksud. Kehidupan harian masyarakat asli Kenyah secara amnya di tentukan oleh kepercayaan tersebut.

Tetapi sejak datangnya mubalih-mubalih Kristian dan menyebar agama Kristian pada mereka, kepercayaan ini tidak lagi di pegang kerana ianya amat susah diikuti, banyak pantang larang berbanding agama Kristen. Pada masa sekarang majoriti masyarakat moden Kenyah kebanyakkan beragama Kristian.

Ekonomi

sunting

Masyarakat asli Kenyah bergantung sistem barter, tetapi terdapat juga kesan sejarah dimana mereka mengunakan mineral asli sebagai matawang. Masyarakat Kenyah juga ada menjumpai besi keluli dan membuat alat parang, kapak dan tombak dari hasil bumi yang dperolehi sendiri. Masyarakat Kenyah juga bergantung kepada hasil tanaman seperti padi bukit, buah-buahan, sayur-sayuran hutan, getah dan sebagainya. Masyarakat asli Kenyah juga memburu dan mereka merupakan pemburu yang cekap di hutan. Hasil buruan akan di kongsi bersama.

Kegiatan Ekonomi

sunting

Masyarakat Kenyah merupakan penanam padi huma yang sangat aktif dan berpengalaman sejak berabad-abad lagi. Penanaman padi huma sangat sesuai untuk dijadikan sumber ekonomi kerana tanaman ini tidak memerlukan sistem saliran yang rumit dan boleh ditanam di kawasan yang berbukit-bukau. Hal ini sangat sesuai dengan keadaan tempat tinggal masyarakat tersebut di pedalaman. Setiap keluarga akan mengusahakan tanah mereka sendiri atau secara berkelompok. Setelah musim menuai, masyarakat ini akan menyambut pesta menuai yang dikenali sebagai Lepa Ajau atau U'o Ajau.

Kegiatan berburu dan memungut hasil hutan juga dijalankan oleh orang Kenyah yang menduduki kawasan pedalaman. Hasil-hasil hutan adalah seperti jelutung, dammar, dan rotan. Mereka akan menukar hasil hutan ini dengan barang keperluan harian termasuk beras dan garam antara suku etnik yang lain. Orang Kenyah yang banyak melibatkan diri dalam kegiatan pertanian ini juga giat menanam jagung, ubi kayu dan tembakau. Sekitar tahun 70-80an masyarakat Kenyah sering terlibat dalam rusuhan terhadap projek balak yang memusnahkan hutan mereka. Penentangan itu menandakan adanya kesedaran yang tinggi dalam kalangan bangsa peribumi di Sarawak. Namun penentangan mereka tidak mendapat perhatian masyarakat luar, malah selalau disalahtafsirkan sebagai pengganggu rancangan ke arah kemajuan. Padahal masyarakat Kenyah dan beberapa bangsa peribumi lain di Sarawak pada waktu itu menentang kerana mereka ingin memelihara hutan yang sekian lama menjadi tempat dan sumber kehidupan mereka.

Kesenian

sunting
 
Seni Kenyah pada dinding rumah masyarakat Kenyah

Masyarakat Kenyah mempunyai nilai kreativiti yang sangat tinggi. Nilai kreativiti ini dapat dilihat melalui bakat kesenian mereka seperti ukiran, tarian, alat muzik, dan lagu-lagu tradisional.

Di kampung mereka, terdapat pelbagai lukisan motif Kenyah pada dinding rumah panjang (terutamanya dinding rumah ketua kampung), tiang, pintu gerbang dan sebagainya. Mereka turut menghasilkan tiang ukiran yang digelar sebagai Belawing. Tiang Belawing ini berdiri megah (kebiasaanya di hadapan rumah panjang) untuk memberi tanda suatu kemenangan dari peperangan dan sebagainya. Sebagai contoh, di Sarawak, wujudnya tiang Belawing yang penuh dengan ukiran di kampung Uma’ Baha, Sungai Asap, Belaga. Tiang tersebut mencatat rekod Malaysia sebagai tiang Belawing yang tertinggi di negara tersebut. Demikian pula, di kawasan Baram, tiang Belawing yang terbaru telah didirikan di kampung Tanjung Tepalit, Telang Usan.

Masyarakat Kenyah juga terkenal dengan tarian-tarian mereka. Antaranya Datun Julud. Hampir setiap majlis-majlis di Sarawak akan disajikan dengan tarian Datun Julud. Tarian ini dipersembahkan oleh sebilangan kaum wanita yang dilengkapi dengan pakaian tradisional kaum Kenyah dan kirip (bulu burung Kenyalang atau Tebengang dalam Bahasa Kenyah) akan disarungkan pada jari-jemari para penari. Saga’ atau Kanjet yang biasa dipersembahkan secara solo dan tarian Kanjet Ajai. Kepelbagaian tarian kaum Kenyah ini menunjukkan mereka sangat berbakat dalam kesenian.

Hal ini juga terpapar jelas dengan kewujudan alat muzik ciptaan mereka. Sambe’ atau Sampe’ (istilah yang lebih dikenali: Sape’) yang sangat popular di seluruh dunia merupakan alat muzik yang tidak dapat dipisahkan dari masyarakat Kenyah. Pelbagai irama yang terkenal seperti Leleng, Suling Apoi, Pemung Jae, dan banyak lagi adalah irama-irama tradisional yang digemari oleh masyarakat Kenyah sejak dahulu lagi sebelum alat muzik ini diperkenalkan dalam peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Akhir sekali, lagu-lagu tradisional. Masyarakat Kenyah merupakan penyanyi-penyanyi tradisional yang hebat. Mereka sering melakukan nyanyian secara berkomuniti pada saat pertemuan, majlis keramaian, ataupun sewaktu kegiatan ekonomi(berladang, mendayung perahu, dll). Pengalaman mereka dalam nyanyian secara komuniti sangat luas sehingga mereka berupaya untuk menciptakan harmoni suara dalam lagu mereka termasuk suara dua(second voice), suara rendah/suara bass dan sebagainya. Antara lagu yang sering dinyanyikan adalah seperti lagu Lan E, Pabat Pibui, Keniruk, Suket, dll.

Persatuan-persatuan yang berkaitan dengan kaum Kenyah

sunting

Sarawak, Malaysia

sunting
  • Persatuan Kebangsaan Kenyah Sarawak (PKKS)
  • Persatuan Kenyah Badeng Sarawak (KEBANA)
  • Persekutuan Persatuan Orang Ulu Sarawak (FORUM)
  • Persatuan Kebangsaan Orang Ulu (OUNA)
  • Dewan Perniagaan dan Perindustrian Orang Ulu (OUCCI)

Lihat Juga

sunting

Pautan Luar

sunting

http://www.pkks.org http://www.kebana.com.my Diarkibkan 2021-01-17 di Wayback Machine http://amaitebun.blogspot.com http://rensraul.blogspot.com

  1. ^ William W. Bevis (1995). Borneo Log: The Struggle For Sarawak's Forests. University of Washington Press. ISBN 9780295974163.
  2. ^ Kenyah, Mainstream language resources | Joshua Project
  3. ^ a b Wil de Jong, Denyse Snelder & Noboru Ishikawa (2012). Transborder Governance of Forests, Rivers and Seas. Routledge. m/s. 54. ISBN 978-11-365-3809-4.
  4. ^ Paul C. Y. Chen, penyunting (1990). Penans: The Nomads of Sarawak. Pelanduk Publications. m/s. 35. ISBN 96-797-8310-3.