Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara
Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara atau nama ringkasnya SMK Tasek Utara, merupakan sebuah Sekolah Kluster Kecemerlangan (Cluster School of Excellence) yang terletak di Johor.
SMK Tasek Utara khusus bagi membuka peluang kepada anak-anak yang cemerlang dalam peperiksaan untuk bersaing dengan rakan-rakan yang memiliki pencapaian yang setara dengan mereka. SMK Tasek Utara juga merupakan sebuah sekolah cawangan kepada SMK Sultan Ismail (SSI).
Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara | |
---|---|
Lokasi | |
Johor Bahru, Johor Bahru, Johor Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kluster Kecemerlangan, Sekolah Premier |
Moto | Tekun Usaha Jaya |
Ditubuhkan | 5 Januari 1969 |
Nombor sekolah | 07-2361806 |
Kod sekolah | JEA1002 |
Pengetua | Norazlinda Binti Mohd Salleh[1] |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Puan Zahizan Binti Hasrin |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Encik Kamarudin bin Alias |
Penolong Kanan Kokurikulum | Ramesh a/l Ramasamy |
Faks | 07-2378410 |
Laman sesawang | http://smktasekutara.blogspot.com/ |
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google |
Sejarah
suntingSekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara telah ditubuhkan pada 5 Januari 1969. Pada awalnya, sekolah ini merupakan sebuah sekolah cawangan kepada SMK Sultan Ismail, Johor Bahru. Ketika penubuhannya, seramai 844 orang pelajar dan 35 orang guru ditempatkan di bekas bangunan Asrama Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim di Jalan Tasek Utara.
Akibat daripada sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat Bandar Baru UDA dengan pertambahan jumlah pelajar kepada 988 orang, maka pada 1 September 1973, sekolah ini telah dipisahkan daripada sekolah induknya. Sekolah ini kemudiannya menjadi antara sekolah menengah rendah beraliran kebangsaan yang ulung di daerah Johor Bahru setelah bangunan barunya (sekolah sekarang ini) siap dibina di Jalan Tun Abdul Razak Johor Bahru.
Pada tahun 1977, sekolah ini telah menjadi sekolah menengah penuh apabila menerima pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 aliran sastera dengan jumlah pelajarnya menjangkau 1369 orang. Aliran Sains mula dibuka pada tahun 1980 dan pada 1981, pintunya dibuka untuk menerima pelajar-pelajar Kelas Peralihan. Pada tahun 1992, sekolah ini menerima pelajar-pelajar Rancangan Khas Agama. Pelajar-pelajar Aliran Agama ini ditempatkan di Asrama Pusat Putera Johor Bahru. Pada tahun 2005, Kelas Rancangan Khas (KRK) telah dibuka dengan menempatkan seramai 74 orang pelajar. Dua buah kelas telah diperuntukkan bagi pelajar perintis KRK ini.
Sekolah ini terletak di atas sebidang tanah seluas 10 ekar dengan jarak jauhnya dari Bandaraya Johor Bahru kira-kira 7 kilometer. Pada asalnya sekolah ini mempunyai 3 blok bangunan; 2 blok yang terdiri daripada bangunan 3 tingkat dan 1 bangunan 2 tingkat sahaja. Pada tahun 1991, 4 buah bilik bangunan PGR telah siap dan dapat digunakan yang diikuti pulapada tahun 1993 apabila sebuah lagi bangunan KBSM telah siap. Pada akhir 1998, Dewan Besar yang telah didirikan hasil daripada usaha gigih PIBG dengan 90% telah berjaya disiapkan dan dapat digunakan. Usaha untuk menaik taraf dewan tersebut diteruskan dari semasa ke semasa.[Penjelasan diperlukan]
Lagu rasmi sekolah
suntingTekun Usaha Jaya
Cogan kata amalan bersama
Untuk jayakan cita-cita
Berjasa kepada negara.
Sekolah Tasek Utara
Pelajarnya puteri putera
Berikrar kepada negara
Tuntut ilmu dengan segera.
Kita diberi didikan
Dalam segala lapangan
Di bidang seni serta sukan
Sama-sama dipergiatkan.
Dalam segi tatasusila
Kita mesti berwaspada
Jangan terhina dan tercela
Kehormatan ayah bonda.
Hormati guru semua
Yang menjadi pendidik mulia
Bidang pelajaran
Minat mesti ditumpukan
Untuk menghasilkan
Cita-cita yang lumayan.
Guru yang mendidik
Rasa penuh dedikasi
Ilmu yang disemi
Kan berkekalan diwarisi.
Kita ditanam sifat waja
Sedia berbuat jasa
Taat setia pada raja
Khidmat untuk nusa dan bangsa.
Logo dan warna
suntingLogo Sekolah]] Logo SMK Tasek Utara mengandungi dua jenis bentuk tertentu iaitu bentuk perisai dan pita di bahagian bawahnya. Perisai melambangkan satu institusi pengajian di bawah naungan Akta Pelajaran Malaysia. Di bahagian atas perisai terdapat bumbung rumah Melayu yang melambangkan aliran kebangsaan. Perisai yang dibahagikan kepada empat bahagian melambangkan empat buah pasukan rumah sukan iaitu Taming Sari, Sundang, Sempena Riau dan Majapahit.
Huruf-huruf jawi yang bersilang kait, iaitu ‘Ta’, ‘Alif’ dan ‘Jim’, ialah huruf pangkal Tasek Utara Johor juga tulisan Tekun, Usaha, Jaya. Di bahagian bawah perisai terdapat bentuk Tasek sebagai latar belakang kepada perkataan 'Utara'.
Warna keemasan melambangkan kemuliaan darjah-darjah kebesaran Sultan yang berdaulat sebagai yang Dipertua dan penaung rakyat serta ketua hal ehwal agama. Warna biru (firus) pula melambangkan taat setia rakyat kepada Sultan dan negeri juga merupakan pakaian seragam murid-murid sekolah menengah di seluruh Malaysia.
Logo ini telah digunakan pada tahun 1972 semasa sekolah ini di bawah pentadbiran Tuan Sheikh Abdullah bin Abdul Rahman, pengetua sekolah ini mulai 1971 hingga 1988. Logo ini ialah hasil ciptaan En. Md Salleh bin Mohd dari Pejabat Arkitek Jabatan Kerjaraya Johor, Johor Bahru. Beliau juga merupakan Pengerusi Persatuan Pelukis-pelukis Johor (PERLU).
Alamat
sunting- Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara
- Susur 7,Jalan Tun Abdul Razak, 80350 Johor Bahru,
- Johor, Malaysia