Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang, Perlis
Rencana ini mengandungi senarai rujukan, bacaan berkaitan atau pautan luar, tetapi sumbernya masih tidak jelas kerana kekurangan petikan dalam baris. (Mei 2018) |
Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang atau nama ringkasnya SMK Sanglang, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Kampong Rama.
Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang | |
---|---|
Lokasi | |
Kampong Rama, 02800, Simpang Empat,, Perlis Indera Kayangan Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 6049809316 |
Kod sekolah | REA0079 [1] |
Faks | 6049805816 |
Laman sesawang | Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang |
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang memiliki 219 pelajar lelaki dan 188 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 407 orang. Ia mempunyai seramai 46 orang guru.2009
Sejarah
suntingSekolah Menengah Kebangsaan Sanglang memulakan sesi persekolahannya pada Disember 1991 dengan menumpang di Sekolah Kebangsaan Sanglang, Perlis. Ia dibuka dengan tujuan untuk memberi kemudahan kepada para pelajar di sekitar kawasan Sanglang yang selama ini terpaksa menyambung pelajaran menengah mereka di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Saffi, Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang, Kedah dan juga Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hitam, Kedah.
Bilangan tenaga pengajar pada sesi 91/92 ialah 11 orang guru. Bilangan pelajar pada tahun itu ialah 79 orang. Pada 6 Julai 1996 pelajar SMK Sanglang telah berpindah ke bangunan baru yang dibina atas tapak seluas 4.2 hektar. Mulai sesi 1997 juga sekolah ini membuka kelas empat aliran teknikal. Kumpulan pertama yang mengambil peperiksaan SPM di sekolah ini ialah pada tahun 1997 iaitu seramai 65 orang.
Pencapaian
suntingAlamat
sunting- Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang
- Kampong Rama
- 02800, Simpang Empat
- Perlis, Malaysia
- Telefon = 6049809316
- Fax = 6049805816