Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hitam
Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hitam (SMK Ayer Hitam) ialah sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Simpang Empat Kerpan, Ayer Hitam, Kedah. Pada 2009, SMK Ayer Hitam memiliki 912 pelajar lelaki dan 990 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1902 orang. Pada tahun yang sama, jumlah guru ialah seramai 128 orang.
Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hitam | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia Simpang Empat Kerpan, 06150, Ayer Hitam, Kedah Darul Aman Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 6047940226 |
Kod sekolah | KEE4041 |
Pengerusi PIBG | Hj Yahaya b. Ahmad |
Pengetua | Tuan Hj Mohamad Asri Bin Mokhtar |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Pn Hjh Roshadah Bt Hassan |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Pn Wan Ropiah Binti Wan Yusof |
Penolong Kanan Kokurikulum | En Azman Bin Husin |
Faks | 6047948785 |
Sejarah
suntingSekolah ini telah dirasmikan pada 10 Januari 1965.
Sejarah Sekolah
suntingSekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hitam (SMKAH) telah ditubuhkan pada 10 Januari 1965. Penubuhan sekolah ini adalah untuk memenuhi keperluan pendidikan peringkat menengah di kawasan Kubang Pasu Barat. Sekolah ini ialah sekolah menengah yang pertama di kawasan ini. Pada peringkat awal penubuhannya, pelajar-pelajar terpaksa ditempatkan di SK Jerlun. Kemudian apabila bilangan pelajar semakin ramai, bangunan SRJK(C) Yuh Min, SK Alor Janggus dan SMA Nurul Islam terpaksa dipinjam oleh pihak pentadbir sekolah ini.
Bangunan asal SMKAH, iaitu tiga buah bangunan dua tingkat telah siap pada 6 April 1968. Bangunan asal tetap ini telah dirasmikan pada 6 Mei 1969 oleh YB En. Mohamed Khir Johari, Menteri Pendidikan ketika itu.
Pada tahun 1972, sebuah bangunan makmal dua tingkat dan bengkel KHB telah dibina. Seterusnya, asrama telah dibina dalam tahun 1985. Memandangkan bilangan pelajar yang semakin meningkat, bangunan “kilat” dan bangunan tambahan telah dibina pada tahun 1990. Sekolah ini juga telah mendapat sebuah dewan besar yang mula beroperasi pada tahun 2010.
Sekolah ini telah mendapat penghormatan untuk menubuhkan kelas Pra-Universiti. Pada tahun 1994 pula, kelas aliran agama telah diwujudkan. Akhirnya sebagai langkah awal menjadikan SMKAH sebagai sebuah sekolah elit, Kelas Rancanagn Khas yang menempatkan pelajar-pelajar terpilih telah mula beroperasi pada tahun 2001.
Sekolah ini juga telah mendapat dua buah blok bangunan 4 tingkat yang mula dibina pada tahun 2012 bagi menampung pertambahan pelajar yang begitu pesat.
Pencapaian
suntingSekolah ini telah menyambut Jubli Emas pada tahun 2015 yang dirasmikan oleh pengetua sekolah ini iaitu Tn. Haji Mohammad Abdullah.
Alamat
sunting- Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hitam
- Simpang Empat Kerpan
- 06150, Ayer Hitam
- Kedah, Malaysia
- Telefon = 6047940226
- Faks = 6047948785
Lihat juga
sunting
Pautan luar
suntingBahagian ini kosong. Anda boleh bantu dengan menambah isi bahagian ini. |