Sekolah Menengah Kebangsaan Ledang
Sekolah Menengah Kebangsaan Ledang (singkatan: SMKL atau SMiLe) merupakan sebuah sekolah Menengah yang terletak di Jalan Sialang di dalam daerah Tangkak di negeri Johor.
Sekolah Menengah Kebangsaan Ledang | |
---|---|
Lokasi | |
Bandar Tangkak, Tangkak, Johor Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | Bersusila Teguh Pendirian |
Ditubuhkan | 1953 |
Nombor sekolah | +60 6-978 1266 |
Kod sekolah | JEA9009 |
Pengetua | En. Mohd Narawi bin Mohamed Ali |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Pn. Rohana binti Yunus |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | En. Rosli bin Hussein |
Penolong Kanan Kokurikulum | Pn. Chen Lee Na |
Faks | 069788727 |
Laman sesawang | https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/smk-ledang/home |
Sejarah
suntingSMK Ledang ditubuhkan pada 1953. Nama asalnya ialah Sekolah Menengah Inggeris Ledang (SMiLE) yang pada asalnya menumpang di Sekolah Kebangsaan Ledang. Bangunan baharu SMK Ledang yang pertama siap dibina pada tahun 1963 yang mengandungi dua blok bilik darjah, bilik pejabat pentadbiran, bilik Ekonomi Rumah Tangga (ERT), kantin dan makmal sains. Bangunan ini telah dirasmikan oleh Menteri Pelajaran, YAB En. Mohamed Khir Johari pada 4 April 1965.[1]
Nama SMK Ledang diiambil sempena nama Gunung Ledang yang terletak di daerah ini yang juga merupakan gunung tertinggi di Johor yang terkenal dengan kisah Lagenda Puteri Gunung Ledang.
Pada awal pembinaannya, hanya terdapat seramai 30 orang murid dan 3 orang guru sahaja. Bangunan awalnya hanya terdiri daripada 1 blok bangunan dua tingkat. Kini, SMK Ledang memiliki seramai 1245 orang pelajar dan 104 orang guru serta telah berkembang menjadi 11 buah blok yang mempunyai pelbagai kemudahan.[2]
Logo
suntingLagu sekolah
suntingKami murid-murid sekolah Ledang
Berikrar sentiasa berjuang
Memainkan peranan kami
Sebagai murid yang sejati
Marilah kawan-kawan semua
Bersama bertekun berusaha
Menuntut ilmu hingga berjaya
Menggemblengkan tenaga
Ayuhlah kawanku
Bersamalah kita maju
Ayuhlah kawanku
Kita berganding bahu
Marilah kawan-kawan semua
Negara memerlukan kita
Bersusila teguh pendirian
Akan tetap kami amalkan
Bersusila teguh pendirian
Akan tetap kami amalkan