Puteri Gunung Ledang

Puteri Gunung Ledang ialah nama seorang puteri legenda yang dikatakan menetap di Gunung Ledang, yang terletak di Daerah Tangkak, Johor, Malaysia.

Pengkisahan

sunting

Kisah Puteri Gunung Ledang termaktub dalam dua buku lama, iaitu "Hikayat Hang Tuah" dan "Sulalatus Salatin".

Hikayat Hang Tuah

sunting

Puteri Gunung Ledang disebutkan sebagai 'anak perempuan sultan' dalam Bab 25 daripada sesuatu epik bernama Hikayat Hang Tuah.[1]

Sejarah Melayu / Sulalatus Salatin

sunting

Dalam Sejarah Melayu, Puteri Gunung Ledang dikatakan amat cantik hingga diingini oleh Sultan Mahmud Shah dari Kesultanan Melaka. Sultan telah mengarahkan dua orang pendekar iaitu Laksamana Hang Tuah dan Tun Mamat ke Gunung Ledang untuk urusan peminangan. Atas faktor usia yang terlalu tua, Hang Tuah tidak dapat meneruskan perjalanan. Rombongan peminangan diteruskan oleh Tun Mamat. Peminangan Sultan telah diterima dengan mengemukakan beberapa syarat, iaitu:

  • Sebuah jambatan emas dari Gunung Ledang ke Melaka.
  • Sebuah jambatan perak dari Melaka ke Gunung Ledang.
  • 7 dulang yang diisi hati nyamuk.
  • 7 dulang yang diisi hati hama.
  • 7 tempayan yang dipenuhi air mata anak dara.
  • 7 tempayan air pinang muda; dan
  • Semangkuk darah Raja Muda Melaka

Peminangan itu akhirnya gagal dan Sultan telah mengubah niatnya untuk memperisterikan puteri[2].

Dalam budaya masyhur

sunting

Adaptasi ke teater dan filem

sunting

Beberapa adaptasi dari kisah puteri ini telah dibuat, semuanya berdasarkan topik yang sama tetapi masing-masing mempunyai kaedah interpretasi tersendiri.

Puteri Gunung Ledang menjadi salah satu watak dalam filem muzikal fantasi Malaysia, Magika terbitan KRU. Watak tersebut dibintangi oleh Ning Baizura[5].

Rujukan

sunting
  1. ^ "HIKAYAT HANG TUAH - Flip eBook Pages 1-50 | AnyFlip". anyflip.com. Dicapai pada 2024-12-21.
  2. ^ Adam Ahmat (2016). Sulalat us Salatin. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan.
  3. ^ "Meme Hang Tuah, Puteri Gunung Ledang hiburkan Tiara Jacquelina". Kosmo. 20 November 2020. Dicapai pada 25 Januari 2022.
  4. ^ FERIDE HIKMET ATAK (28 Februari 2011). "Stephen Rahman Pernah Hampa Dengan KRU". mStar. Dicapai pada 25 Januari 2022.
  5. ^ "Ning Baizura Jadi Puteri Gunung Ledang Dalam Filem MAGIKA". Budiey. 4 Februari 2009. Dicapai pada 25 Januari 2022.