Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Indah
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Indah atau nama ringkasnya SMK Bukit Indah atau lebih dikenali sebagai SEMINDA, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Taman Bukit Indah, Ampang, Selangor. Luas sekolah ini beranggaran 33,960 m² atau 3.4 hektar
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Indah | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia Taman Bukit Indah, 68000, Ampang, Selangor Malaysia | |
Maklumat | |
Nama lain | SEMINDA |
Jenis sekolah | Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | Berilmu, Beramal, Berwawasan |
Autoriti pendidikan | PPD Gombak |
Nombor sekolah | 03-342964989 |
Kod sekolah | BEA4619[1] |
Pengetua | Encik Mohamad Salleh Jamaludin |
Kelas | 40 |
Kawasan | 33,960 m² |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Puan Megawati binti Ali |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Puan Ani Ismail |
Penolong Kanan Kokurikulum | Puan Solah Hiyah binti Mohd Idris |
Faks | 03-342965157 |
Sekolah ini mula ditubuhkan pada 1999. Pn Arfah binti Abd Rahmah merupakan pengetua pertama sekolah ini sehingga perpindahan beliau pada tahun 2009. Jawatan pengetua kemudiannya disandang oleh En Sajoli Bin Masdor pada tahun 2010.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Indah memiliki 695 pelajar lelaki dan 654 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1349 orang.2009 Ia mempunyai seramai 79 orang guru.2010
Pada 1 Mac 2021, SMKBI menerima pengetua yang baharu iaitu, Tuan Mohamad Salleh Bin Jamaludin.
Infrastruktur
suntingSekolah ini mempunyai 5 blok bangunan (4 blok sekolah, iaitu Anggerik, Bakawali, Cempaka dan Dahlia serta satu bangunan makmal komputer), mengandungi 40 buah kelas, 6 buah makmal sains, 6 buah bengkel RBT, sebuah bilik seni, sebuah bilik kesihatan, sebuah bilik guru, pejabat sekolah, pusat sumber sekolah, kantin, surau kecil, 2 musollah guru, 3 dewan (Dewan SEMINDA, Dewan Amal dan Dewan Ar-Razi) serta 10 bilik-bilik khas dan kemudahan-kemudahan asas. Untuk memudahkan pergerakan warga SEMINDA, 9 aliran tangga disediakan.
Untuk aktiviti kesukanan, sekolah ini mempunyai padang serbaguna (bola sepak, hoki, lapangan memanah, ragbi dan olahraga) yang beranggaran 12,300 m² atau 1.23 hektar, lapangan golf, gelanggang serbaguna (futsal dan bola tampar), gelanggang bola keranjang, 4 set gelanggang badminton dan sebuah bilik gym.
Keunikan sekolah
suntingSejak tahun 2010, beberapa pembaharuan telah dilaksanakan oleh pengetua SEMINDA, En Sajoli bin Masdor. Antaranya ialah:
Padang Golf
suntingSEMINDA merupakan sekolah pertama di negeri Selangor yang membina padang golf. Kerja asas pembinaan padang golf yang membabitkan pembelanjaan sebanyak RM 10,000 melalui usaha PIBG dan sokongan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor. Kos pembinaan padang ini juga disumbangkan oleh badan koporat dan penggemar sukan golf. Keluasan padang golf ini seluas 2.2 Hektar dan diubahsuai menjadi lapangan golf lima lubang. Projek pembinaan padang ini dimulakan pada awal 2010 dan siap pada bulan Julai 2010. Padang golf ini digunakan oleh Kelab Golf Seminda sebagai sebahagian daripada aktiviti kelab.
Penanaman Nenas
suntingHasil daripada cetusan idea Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SEMINDA, Pn Raja Norhanizah binti Raja Shahminan, projek penanaman nenas telah dijalankan. Projek ini dilaksanakan sebagai usaha mewujudkan persekitaran sekolah yang dikelilingi oleh taman botani. Sebanyak 900 pokok nenas telah ditanam disekeliling pagar sekolah dengan keluasan seluas hampir 1000 meter persegi dengan kerjasama Prof Madya Dr. Mohammad Selamat, Ketua Unit Biji Benih MARDI Serdang.
Sukan
suntingSekolah ini mempunyai 5 buah rumah sukan yang dinamakan berdasarkan jenis-jenis batu unik. Antaranya:
- Nilam (Biru)
- Mutiara (Ungu)
- Delima (Merah)
- Zamrud (Hijau)
- Topaz (Kuning)
Kesemua rumah sukan ini beraksi ketika Merentas Desa dan kemuncaknya pada Sukan Tahunan dalam usaha untuk melahirkan atlet baru.
Kelas
suntingSekolah ini mempunyai 8 kelas untuk tingkatan 1 hingga 3, iaitu:
1. Mumtaz
2. Arif
3. Bestari
4. Cemerlang
5. Dedikasi
6. Gemilang
7. Inovatif
8. Jujur
Bagi melayakkan diri untuk memasuki kelas Mumtaz, iaitu kelas agama Islam, murid tingkatan 1 yang beragama Islam dihendaki menduduki ujian. Murid yang berjaya memasuki kelas Mumtaz akan kekal di kelas tersebut sepanjang sesi menengah rendah. Kelas Mumtaz akan mempelajari subjek tambahan yang tidak dipelajari oleh kelas lain, iaitu Kemahiran Al-Quran dan Bahasa Arab.
Tingkatan 4 dan 5 juga mempunyai 8 kelas, iaitu:
1. Sains (SN)
2. Sains Kejuruteraan (SK)
3. Perakaunan 1 (AK1/PA1)
4. Perakaunan 2 (AK2/PA2)
5. Ekonomi (EKO)
6. Tasawwur (TWR)
7. Pendidikan Seni Visual 1 (PSV1)
8. Pendidikan Seni Visual 2 (PSV2)
Pencapaian
suntingAkademik
suntingDalam keputusan PMR 2009 yang lalu, seramai 39 orang pelajar telah mencapai keputusan semua A. Matapelajaran yang mencapai peratusan lulus terbaik ialah Kemahiran Hidup Bersepadu dan Bahasa Cina dengan masing-masing 100%.
Dalam keputusan SPM pula, seorang pelajar telah mencapai keputusan 10A+ iaitu Grace Gan Oon Bee. Matapelajaran yang mencapai peratusan lulus terbaik ialah Biologi, Bahasa Tamil dan Kesusasteraan Tamil (100%). Grace Gan Oon Bee telah dipilih sebagai Permata SEMINDA dalam Majlis Anugerah Cemerlang 2010.
Ko-kurikulum
sunting1. Menjadi johan peringkat sekolah daerah Gombak dalam pertandingan bola sepak bawah-15 tahun pada tahun 2002, di SMK Sungai Pusu dan pada tahun 2018.
2. Menjadi naib juara peringkat sekolah daerah Gombak dalam pertandingan hoki bawah-15 tahun pada tahun yang sama, 2002. Pertandingan diadakan di Stadium Hoki Jalan Duta.
3. Menjadi naib juara peringkat sekolah daerah Gombak dalam pertandingan Ragbi bawah 15 dan 18 pada tahun 2008 dan 2010 di SMK Gombak Setia dan SMK Sungai Kertas, Gombak.
Unit Beruniform
sunting- Kadet Polis
- Kadet Pertahanan Awam Malaysia(KASPA)
- Kadet Remaja Sekolah
- Pandu Puteri
- Pengakap
- PPIM (Puteri Islam)
- BBSM (Bulan Sabit merah
- St John (Dibubarkan)
Sukan Dan Permainan
sunting- Badminton
- Olahraga
- Bola Sepak
- Hoki (Dibubarkan pada tahun 2024)
- Silat (Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia).
- Taekwando (WTF)
- Sepak Takraw
Kelab Persatuan
sunting1.Pencegahan Jenayah (Hanya utk Pengawas Sahaja)
2. Kelab Bahasa Tamil
3. Kelab Bahasa Arab
4. Kelab Pendidikan Islam
5. Kelab Sejarah
6.Kelab Rukun Negara
Sejarah Penubuhan Silat.
suntingPenubuhan Silat Pertama di SMKBI Ialah P.S.S.K.A.H.P.M
Pengasas dan penggerak utama Silat Kegayongan Acheh Helang Putih adalah Abdul Aziz Mohd Ali (Dengan gelaran: Raja Aziz Laksamana Hoja Andak) yang kini menetap di Kampung Dusun Tua, Batu 18 Hulu Langat, Selangor. Beliau mula menuntut ilmu warisan keluarganya ini sejak berumur 12 tahun. Selain daripada Silat Helang Putih, Raja Aziz juga pernah mempelajari Silat Sheikh Baginda Ali, Silat Harimau dan Silat Sendeng Kuno di Johor dan Indonesia. Di samping itu beliau juga pernah mempelajari Judo dan Tai Chi di Jalan Hicks, Kuala Lumpur.
Penubuhan Kedua Silat
PSSCM adalah penubuhan kedua selepas Silat helang putih, Silat cekak merupakan sebuah seni silat Melayu asli yang pernah diamalkan oleh panglima kanan kerajaan Kedah di zaman di zaman Kesultanan Sultan Ahmad Tajuddin II. Ia mempunyai hanya 21 buah matapelajaran, yang mana ia menekankan kepada 99% mempertahankan diri dan 1% menyerang.
"Hidup Cekak."
Identiti Sekolah
suntingVisi
sunting"Sekolah Unggul Menjana Generasi Terbilang Menjelang 2015"
Misi
sunting"Membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti"
Piagam Sekolah
suntingKami warga SMK Bukit Indah berikrar secara kolektif untuk merealisasikan pendidikan berkualiti demi kecemerlangan pelajar. Menyemai budaya mulia, semangat kekitaan di kalangan guru dan kakitangan sekolah. Peka dan prihatin terhadap gejala teguran dan pandangan demi kecemerlangan pendidikan. Menjalin hubungan terpuji dikalangan guru, ibu bapa dan masyarakat setempat demi pembangunan pendidikan di peringkat sekolah.
Lagu Sekolah
suntingSMK Bukit Indah
Mendukung cita wawasan
Nilai diri diutamakan
Nilai murni dijadikan amalan
Maju jaya segala lapangan
Taat setia pada agama
Bersatu hati bekerjasama
Demi kepentingan Negara
Berilmu, Beramal, Berwawasan
Sebagai panduan
Beikrar kearah kejayaan
Di bidang pendidikan
SMK Bukit Indah
Mendukung cita wawasan
Namamu tetap jadi sebutan
Untuk kejayaan masa depan
Badan Khas Murid
sunting1. Pengawas Sekolah
2. Pembimbing Rakan Sebaya
3. Pengawas Pusat sumber
4. Pengawas Cyber
5. Pengawas Koko
6. Pengawas Siaraya
7. Pengawas SPBT
8. Unit Ketua Kelas
Alamat
sunting- Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Indah
- Taman Bukit Indah
- Selangor, Malaysia
- Telefon = 03-342964989
- Fax = 03-342965157