Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu

Sekolah asrama harian di Selangor, Malaysia

Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu (SMK Sungai Pusu) terletak di Batu 7, Jalan Gombak, Selangor, Malaysia. Ia telah dirasmikan pada 1999 yang memperlihatkan pengetua sekolah yang pertama ialah Pn. Hajah Fuzi bt Miar Ahmad. SMK Sungai Pusu merupakan sebuah sekolah asrama harian yang menempatkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dari sekitar daerah Gombak. Di samping itu, SMK sungai Pusu juga menerima pelajar-pelajar harian daripada Sekolah Kebangsaan Gombak Utara dan Sekolah Kebangsaan Sungai Pusu. SMK Sungai Pusu merupakan sebuah Sekolah Bestari, daripada sejumlah 88 buah Sekolah Bestari di seluruh negara.

Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu
Lokasi
Km11 Jalan Gombak, Kuala Lumpur, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoTekun, Taat, Taqwa
Ditubuhkan1999
Nombor sekolah0361861701
Kod sekolahBEA7616[1]
Pengerusi PIBGEn. Mohd Jaini Bin Mohd @ Amat
PengetuaUstaz Mohd Rohan bin Sidek
GPK Pentadbiran dan AkademikPn. Jamaliah binti Hj Ghazali
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn. Rosmazarah binti Sulong
Penolong Kanan KokurikulumPn. Norazah binti Bari
Penolong Kanan Pentadbiran Sidang PetangPn. Noor Suliza binti Sulaiman
Faks0361871512
Laman sesawang


Sejarah

sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu mula dibina pada pertengahan tahun 1997 di atas tanah seluas 15.4 hektar dengan anggaran kos sebanyak RM 7 juta. Sekolah ini mempunyai 12 buah bangunan iaitu 3 blok bilik darjah, 1 blok makmal, 1 blok bengkel kemahiran hidup, 1 blok rumah pertanian, 2 blok asrama, kantin, dewan makan, dewan besar dan surau. Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu berstatus sekolah asrama harian yang pertama di daerah Gombak. Asrama ini didiami oleh pelajar-pelajar daripada rancangan khas.

Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu ini mula beroperasi pada 5 Disember 1998. Semua kerja-kerja pentadbirannya dijalankan buat sementara di pejabat Sekolah Kebangsaan Sungai Pusu sehingga 28 Disember 1998. Urusan pendaftaran pelajar-pelajar tingkatan satu bermula pada 21 Disember 1998 hingga 28 Disember 1998. Pada 28 Disember 1998 urusan pentadbiran berpindah ke pejabat baru sekolah ini. Pada Januari 1999, sejumlah 260 orang pelajar tingkatan satu mula belajar di 8 buah kelas di sekolah ini. Seterusnya pada Julai 1999, Sekolah ini telah dipilih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk dijadikan salah sebuah Sekolah Bestari di dalam Projek Rintis Sekolah Bestari.

Moto sekolah

sunting

Tekun, Taat, Taqwa

Tekun dalam konteks kesungguhan mencari ilmu untuk dunia dan akhirat;

Taat dalam konteks kepatuhan kepada Tuhan , ibu bapa, guru dan peraturan sekolah;

Taqwa dalam konteks mengamalkan suruhan Tuhan dengan penuh ikhlas berdasarkan apa yang dipelajari

Visi, Misi dan Slogan

sunting

Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera

Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara

Slogan

sunting

Kami pemimpin terbilang.

Objektif sekolah

sunting
  • Mengutamakan dan mengamalkan 3T (tekun, taat, taqwa)
  • Mementingkan program 3K (kebersihan, keceriaan, keselamatan) pada setiap masa
  • Melahirkan pelajar yang berdikari dalam memperoleh ilmu pengetahuan baru yang diminati.
  • Melahirkan pelajar yang berdaya fikir kritis dan kreatif serta cekap dalam teknologi maklumat.
  • Meningkatkan kecemerlangan akademik dari semasa ke semasa untuk semua pelajar.
  • Melahirkan pelajar yang berilmu, beramal dan berakhlak mulia.
  • Menggalakkan penglibatan pelajar dalam kokurikulum melalui pengurusan kokurikulum yang lebih aktif dan bermakna dengan memberi peluang kepada semua warga sekolah.
  • Meningkatkan usaha untuk pembangunan diri pelajar yang seimbang melalui amalan budaya ilmu, tertib, sopan, iltizam dan sentiasa mengejar kemajuan.
  • Melibatkan semua guru, ibu bapa, masyarakat, badan koprat dan swasta setempat secara padu, kukuh, ikhlas dan prihatin untuk membantu dan membimbing pelajar ke arah kecemerlangan akademik, kokurikulum dan pembangunan sahsiah.

Falsafah sekolah

sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu akan menyediakan pendidikan untuk dunia dan akhirat.

Melalui pendidikan ini akan melahirkan insan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Melalui usaha murni ini juga dapat melahirkan pelajar-pelajar yang berketerampilan melalui pemupukan dan sokongan padu guru-guru yang profesional.

Warga sekolah ini sentiasa berusaha untuk mencari pengetahuan dan menjadi rakyat yang bertanggungjawab, berbudaya tinggi dan berbudi pekerti mulia.

Diharapkan warga SMKSP juga sentiasa memberi sumbangan kepada keluarga, sekolah, masyarakat dan negara.

Piagam pelanggan sekolah

sunting

Kami Warga SMK Sungai Pusu dengan penuh kesedaran beriltizam untuk:

  1. Menyediakan peluang pendidikan ke arah melahirkan warga sekolah yang berilmu, beramal dan berakhlak mulia.
  2. Menyediakan persekitaran pendidikan yang lengkap dan kondusif.
  3. Mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan pembangunan sahsiah.
  4. Bekerjasama dengan ibu bapa, masyakarat, dan pihak-pihak berkepentingan secara padu, kukuh dan iklhas dalam suasana hubungan yang harmoni.

Logo sekolah

sunting

Lencana SMK Sungai Pusu telah diubahsuai daripada lencana asal yang telah dicipta oleh Mohd Fadli bin Che Arbi dalam satu pertandingan mencipta logo sekolah yang diadakan pada tahun 1999.

Tiang kanan
Melambangkan tiang agama dengan 5 Rukun Islam Lencana SMKSP.
Tiang kiri
Melambangkan tiang Rukun Negara dengan 5 Prinsip Rukun Negara.
Al-Quran/Buku
Melambangkan nilai-nilai Islam dan kecemerlangan akademik pelajar.
Obor
Melambangkan semangat dan kesungguhan pelajar dan warga sekolah dalam mencapai kejayaan.
Motif awan larat
Melambangkan landasan budaya Melayu.
Garisan Putih yang membahagikan warna merah dan kuning
Melambangkan keseimbangan insan.
Garisan berselang kuning dan merah (cahaya obor)
Melambangkan semangat pelajar dan guru demi kecemerlangan sekolah.
Warna hijau
Melambangkan Islam dan kesuburan minda.
Warna kuning
Melambangkan kebudayaan dan ketaatan.
Warna merah
Melambangkan keberanian.

Lagu Sekolah

sunting

SMK Sungai Pusu,

Berwawasan bergerak maju,

Warganya beriltizam,

Capai kecemerlangan,

Tekun, taat dan taqwa,

Motto sekolah kita,

Rajin, cekal, berusaha,

Pastinya kan berjaya,

Tuntut ilmu jangan jemu,

Ikrar setia pada guru,

Harapan ayah ibu,

Ingatilah selalu.

Kelas-kelas

sunting

Kelas-kelas yang ada di SMK Sungai Pusu:

1. Kelas Aliran Agama (KAA):

sunting
  • 1 Ar-Razi
  • 1 Al-Farabi
  • 1 Al-Baihaqi
  • 2 Ar-Razi
  • 2 Al-Farabi
  • 2 Al-Baihaqi
  • 3 Ar-Razi
  • 3 Al-Farabi
  • 3 Al-Baihaqi

Jumlah: 9

2. Menengah Atas 2021:

sunting
  • 4 Al-Balkhi
  • 4 Al-Dinawari
  • 4 Al-Farisi
  • 4 Al-Jazari
  • 4 Al-Haitham
  • 4 Al-Jahiz
  • 4 Al-Idrisi
  • 4 Al-Halabi
  • 4 Al-Khasib
  • 4 Al-Karaji
  • 4 Al-Kashi
  • 5 Al-Balkhi
  • 5 Al-Dinawari
  • 5 Al-Farisi
  • 5 Al-Haitham
  • 5 Al-Jahiz
  • 5 Al-Idrisi
  • 5 Al-Halabi
  • 5 Al-Khasib
  • 5 Al-Karaji
  • 5 Al-Samu

Jumlah: 21

3.Menengah Rendah :

sunting
  • 1 Bestari
  • 1 Arif
  • 1 Excel
  • 1 Analog
  • 1 Pentium
  • 1 Intel
  • 1 Linux
  • 1 Digital
  • 1 Modem
  • 2 Bestari
  • 2 Arif
  • 2 Excel
  • 2 Analog
  • 2 Pentium
  • 2 Intel
  • 2 Linux
  • 2 Digital
  • 2 Modem
  • 3 Bestari
  • 3 Arif
  • 3 Excel
  • 3 Analog
  • 3 Pentium
  • 3 Intel
  • 3 Linux
  • 3 Digital
  • 3 Modem

Jumlah : 27

Jumlah Keseluruhan: 57

Kokurikulum

sunting

Kokurikulum terbahagi kepada tiga iaitu:

Unit Beruniform

sunting

SMK Sungai Pusu mempunyai 7 unit beruniform, iaitu:

  1. Kadet Polis
  2. KRS
  3. Bulan Sabit Merah
  4. Pengakap
  5. Puteri Islam
  6. Pandu Puteri
  7. Silat

Persatuan

sunting

SMK Sungai Pusu mempunyai 16 persatuan, iaitu:

  1. Video dan Fotografi
  2. Kelab Kaunseling
  3. Bahasa Melayu
  4. Persatuan Bahasa Inggeris
  5. Kelab Sains Dan Matematik
  6. Kelab Seni/Kebudayaan
  7. Persatuan Pendidikan Islam
  8. KKQ
  9. Persatuan Kemahiran Hidup
  10. Persatuan Lanskap Dan Keceriaan
  11. Rukun Negara Dan Sejarah
  12. Persatuan Geografi Dan Pencinta Alam
  13. Koperasi
  14. Persatuan Pengguna
  15. Kelab Komputer
  16. Kelab Pencegah Jenayah

Permainan

sunting

Permainan di SMK Sungai Pusu mempunyai sebanyak 10 sukan, iaitu:

  1. Bola Jaring
  2. Bola Baling
  3. Bola Sepak
  4. Bola Tampar
  5. Catur
  6. Hoki
  7. Permainan Dalaman Dan Luaran
  8. Sofbol
  9. Hoki
  10. Olahraga

Rumah Sukan

sunting

Rumah sukan yang terdapat di SMK Sungai Pusu adalah sebanyak 5 rumah, iaitu:

  1. Rumah Sukma
  2. Rumah Olimpik
  3. Rumah Sukom
  4. Rumah Sea
  5. Rumah Sukses

Rekod Pencapaian Rumah Sukan SMK Sungai Pusu (Setakat 2015)

sunting
Keputusan Keseluruhan Kejohanan Balapan Dan Padang
1 3 2 4 5
2013 Sea Sukses Olimpik Sukma Sukom
2014 Sukses Sea Olimpik Sukom Sukma
2015 Sukses Sukom Sea Sukma Olimpik
Keputusan Perbarisan Rumah Sukan Kejohanan Balapan
1 2 3 4 5
2013 Sukma Sea Sukses Sukom Olimpik
2014 Sukses Sukma Sea Olimpik Sukom
2015 Sukses Sukma Olimpik Sukom Sea
Keputusan Kejohanan Larian Sebestari
1 2 3 4 5
2013 Sea Olimpik Sukses Sukom Sukma
2014 Sukses Sukma Olimpik Sea Sukom
2015 Sukses Olimpik Sea Sukma Sukom
Keputusan Rasmi Maskot Terbaik
Johan
2013 Sukma
2014 Sukses
2015 Sukses


Alamat

sunting
Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu
Km11 Jalan Gombak
Selangor,   Malaysia
Telefon = 361861701
Fax = 361871512

Rujukan

sunting
  1. ^ Oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Senarai Sekolah Mengikut Kumpulan Jenis Dan Negeri Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Januari 2018. Diambil 03 Disember 2018

Pautan luar

sunting