Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sri Damansara 1

Koordinat: 3°11′06″N 101°36′15″E / 3.185075°N 101.604199°E / 3.185075; 101.604199


Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sri Damansara 1 atau ringkasnya dikenali sebagai SMK Bandar Sri Damansara 1 merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Selangor, Malaysia. Sekolah ini terletak di Jalan Persiaran Perdana dalam kawasan perbandaran Bandar Sri Damansara dalam Daerah Petaling.[1][2][3] SMK Bandar Sri Damansara 1 merupakan salah satu sekolah yang terletak di bawah authoriti Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Petaling Utama.[2][3]

SMK Bandar Sri Damansara 1
Lokasi
Persiaran Perdana, Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur, Daerah Petaling, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, sekolah kerajaan
Moto"Berilmu Berakhlak Berwawasan"
Autoriti pendidikanPPD Petaling Utama
Nombor sekolah0362740927
Kod sekolahBEA8659
Tenaga pengajar95 orang (Julai 2021)
Jumlah penuntut1390 orang (Julai 2021)
Faks0362741105

Kod sekolah bagi SMK Bandar Sri Damansara 1 ialah BEA8659. Status sekolah ini merupakan sekolah yang terletak di kawasan bandar dan merupakan sekolah kerajaan. Pada Julai 2021, SMK Bandar Sri Damansara 1 memiliki jumlah keseluruhan pelajar sebanyak 1390 orang.[2] Ia terdiri daripada pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Terdapat sebanyak 95 orang guru yang bertugas di SMK Bandar Sri Damansara 1 pada bulan Julai 2021.[2]

Kedudukan

sunting

SMK Bandar Sri Damansara 1 terletak di susur Persiaran Perdana dalam kawasan perbandaran Bandar Sri Damansara di kawasan poskod Kuala Lumpur. Walaupun sekolah ini berada di dalam kawasan poskod Kuala Lumpur, ia masih berada di dalam zon negeri Selangor. SMK Bandar Sri Damansara 1 terletak bersebelahan dengan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Desa Jaya 2. Sekolah ini terletak berhampiran dengan Apartmen Sri Damansara Tiara (Sri Damansara Tiara Apartment), kawasan perumahan Damar (SD 15), Margosa (SD 10), Tanjung dan Meranti (SD 13), dan Kenanga (SD 9), Taman Central Spine Bandar Sri Damansara, kondominium Paradesa Tropika dan kondominium Paradesa Rustica.[1] Kedudukan koordinat geografi bagi SMK Bandar Sri Damansara 1 pula terletak di 3°11′06″N 101°36′15″E / 3.185075°N 101.604199°E / 3.185075; 101.604199.[2]

SMK Bandar Sri Damansara 1 dapat dicapai dengan menggunakan bas percuma yang disediakan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), PJ City Bus (dijenamakan semula, nama asalnya ialah bas Smart Selangor), laluan PJ06 dari Terminal Bas Bandar Utama ke Damansara Damai; dengan melewati sekolah ini. Hentian bas SJKC Desa Jaya (kod hentian – PJ23) merupakan hentian bas paling hampir dengan sekolah ini.[4]

Sejarah

sunting

SMK Bandar Sri Damansara 1 dibuka secara rasmsi pada 20 November 2003. Perintis utama bagi pembukaan SMK Bandar Sri Damansara 1 terdiri daripada sembilan orang yang membabitkan empat orang pentadbir sekolah dan selebihnya, lima orang merupakan guru. Empat orang pentadbir itu ialah Tuan Haji Tamrin bin Zaharuddin (selaku Mantan Penolong Kanan), Puan Siti Zubaidah binti Mohd Said (selaku Mantan Penolong Kanan Kokurikulum), Puan Azlina binti Mohd Ali (selaku Mantan Penolong Kanan HEM) dan Puan Asmakiah (selaku Kaunselor). Lima orang guru yang terbabit ialah Puan Najibah, Puan Shiamala, Puan Lechumi, Puan Chan Mok Kiew dan Puan Jamaliah.[5]

Rujukan

sunting
  1. ^ a b "Peta Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sri Damansara 1". MyGeoMap. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Februari 2023.
  2. ^ a b c d e "Senarai Sekolah Rendah dan Menegah Jun 2021". Kementerian Pendidikan Malaysia. 30 November 2021. Diarkibkan daripada yang asal (XLXS) pada 24 September 2022. Dicapai pada 30 Disember 2023.
  3. ^ a b "Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sri Damansara 1, Kuala Lumpur". APAC Directory (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 Februari 2024.
  4. ^ "MyRapid - Bus Kiosk | PJ06" [MyRapid - Hentian Bas | PJ06]. Rapid KL (dalam bahasa Inggeris). 18 Januari 2024. Dicapai pada 18 Januari 2024.
  5. ^ Unknown (12 April 2014). "Sejarah SMK Bandar Sri Damansara 1". galerisejarahbsd1.blogspot.com. Blog Galeri Sejarah SMK Bandar Sri Damansara 1. Dicapai pada 16 Februari 2024.

Pautan luar

sunting