Petaling
Petaling merupakan satu daerah di Negeri Selangor, Malaysia. Ia terletak di Lembah Klang di antara daerah Klang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Daerah ini berkeluasan 484 kilometer persegi dan mempunyai penduduk seramai 2,298,130 orang menjadikannya sebagai daerah paling ramai penduduk di Malaysia.
Petaling ڤتاليڠ 八打灵县 பெட்டாலிங் | |
---|---|
![]() | |
Negara | ![]() |
Negeri | ![]() |
Pusat | Subang Jaya |
Bandar terbesar | Petaling Jaya |
Pihak berkuasa tempatan | Majlis Bandaraya Petaling Jaya (Timur) Majlis Bandaraya Shah Alam (Barat) Majlis Bandaraya Subang Jaya (Selatan) |
Pentadbiran | |
• Orang Besar Daerah | Emran Kadir |
• Pegawai Daerah | Jusni Hashim |
Keluasan | |
• Jumlah | 484.32 km2 (187.00 batu persegi) |
Penduduk (2020) | |
• Jumlah | 2,298,130 |
• Kepadatan | 4,700/km2 (12,000/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+8 (WPM) |
Kod kawasan | 03 |
Pendaftaran kenderaan | B |
Daerah Petaling dipecahkan kepada tiga kawasan pihak berkuasa tempatan, masing-masing ialah Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Subang Jaya, dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Antara petempatan yang utama dalam daerah Petaling adalah, Shah Alam (ibu negeri), Subang Jaya (ibu daerah), Puchong, Seri Kembangan, Damansara, Petaling Jaya dan Sungai Buloh.
Etimologi
suntingDipercayai pada masa lalu terdapat banyak pokok 'petaling' di kawasan ini. Oleh kerana banyaknya pokok petaling yang tumbuh, maka tempat ini pun dinamakan Petaling. Walau bagaimanapun, pada masa kini pokok petaling ini sudah pupus dan sukar didapati lagi.
Sejarah
suntingPetempatan di Petaling bermula sebagai kawasan perlombongan bijih timah. Peneroka-peneroka awal mendapati kawasan ini mempunyai prospek untuk berkembang walaupun pada masa itu kawasan ini masih dipenuhi hutan belantara. Kawasan Petaling di mana aktiviti perlombongan bijih timah ini di jalankan dikenali sebagai Petaling Tin yang meliputi kawasan-kawasan seperti Sungai Way, Subang Jaya dan Puchong.
Perkembangan aktiviti perlombongan bijih timah ini telah menarik perhatian banyak pedagang yang berdagang keperluan asas kepada pelombong-pelombong bijih ini. Para pedagang pun mula membina kedai-kedai mereka di Kuala Sungai Klang dan Sungai Gombak. Perkembangan aktiviti perlombongan telah memberikan impak yang besar kepada pertumbuhan dan merancakkan pembangunan sekitar kawasan Petaling ketika itu.
Namun segalanya berubah pada 1 Februari 1974, Kuala Lumpur yang pada mulanya merupakan sebuah daerah, ibu negeri, ibu negara dan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia dan ibu Pejabat Kerajaan Negeri Selangor (kini menempatkan di Shah Alam sejak tahun 1980 dan Putrajaya sejak tahun 1999) telah dipisahkan dari peta negeri Selangor yang kemudiannya menubuhkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kesan daripada pemisahan ini, Petaling telah disusun semula yang merangkumi sebahagian mukim Bukit Raja dan Damansara (dari daerah Klang) serta mukim Sungai Buloh dan Petaling (dari daerah Kuala Lumpur). Dengan penyusunan semula tersebut, Petaling dengan secara rasminya diisytiharkan sebagai sebuah daerah baru sehingga hari ini.
Pentadbiran
suntingDaerah Petaling dibahagikan kepada empat mukim, sembilan bandar dan 23 pekan.[2]
Jenis | Kod | Nama |
---|---|---|
Mukim | 01 | Bukit Raja |
02 | Damansara | |
03 | Petaling | |
04 | Sungai Buloh | |
Bandar | 40 | Petaling Jaya |
41 | Shah Alam | |
42 | Damansara | |
43 | Glenmarie | |
44 | Petaling Jaya Selatan | |
45 | Saujana | |
46 | Sri Damansara | |
47 | Subang Jaya | |
48 | Sunway | |
Pekan | 70 | Batu Tiga |
71 | Merbau Sempak | |
72 | Puchong | |
74 | Serdang | |
75 | Sungai Buloh | |
76 | Sungai Penchala | |
77 | Cempaka | |
78 | Country Height | |
79 | Desa Puchong | |
80 | Pekan Hicom | |
81 | Kayu Ara | |
82 | Kinrara | |
84 | Pekan Baru Hicom | |
85 | Pekan Baru Subang | |
86 | Pekan Baru Sungai Besi | |
87 | Pekan Baru Sungai Buloh | |
88 | Penaga | |
89 | Puchong Jaya | |
90 | Puchong Perdana | |
91 | Subang | |
92 | Subang Jaya |
Wakil Rakyat
suntingSenarai wakil rakyat di dalam daerah Petaling, Selangor.
Ahli Parlimen
sunting- Ahli Parlimen Puchong
- YB Puan Yeo Bee Yin
- Ahli Parlimen Petaling Jaya
- YB Tuan Lee Chean Chung
- Ahli Parlimen Damansara
- YB Tuan Gobind Singh Deo
- Ahli Parlimen Sungai Buloh
- YB Dato' Ramanan Ramakrishnan
- Ahli Parlimen Shah Alam
- YB Tuan Azli Yusof
- Ahli Parlimen Kota Raja
- YB Datuk Seri Mohamad Sabu
Ahli Dewan Negeri (ADN)
sunting- ADN Seri Kembangan
- YB Puan Wong Siew Ki
- ADN Seri Serdang
- YB Tuan Abbas Azmi
- ADN Kinrara
- YB Tuan Ng Sze Han
- ADN Subang Jaya
- YB Puan Michelle Ng Mei Sze
- ADN Seri Setia
- YB Tuan Dr. Fahmi Ngah
- ADN Taman Medan
- YB Tuan Dr. Afif Bahardin
- ADN Bukit Gasing
- YB Tuan Rajiv Rishyakaran
- ADN Kampung Tunku
- YB Puan Lim Yi Wei
- ADN Bandar Utama
- YB Puan Jamaliah Jamaluddin
- ADN Bukit Lanjan
- YB Puan Pua Pei Ling
- ADN Paya Jaras
- YB Tuan Dr. Ab Halim Tamuri
- ADN Kota Damansara
- YB Tuan Izuan Kasim
- ADN Kota Anggerik
- YB Tuan Najwan Halimi
- ADN Batu Tiga
- YB Tuan Danial Al-Rashid
- ADN Sentosa
- YB Tuan Gunarajah George
- ADN Sungai Kandis
- YB Tuan Wan Dzahanurin Ahmad
Demografi
suntingBerdasarkan bancian Malaysia 2020 jumlah penduduk di Daerah Petaling ialah seramai 2,298,130 orang dengan kepadatan penduduk 4,719 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sangat padat. Lebih separuh daripada penduduk di daerah ini merupakan Bumiputera, membentuk 52.6 peratus penduduk. Kaum kedua terbesar merupakan kaum Cina diikuti India . Sebanyak 9.2 peratus penduduk merupakan bukan warganegara.[3]
Nisbah penduduk lelaki kepada penduduk wanita ialah 113:100. Terdapat 679,812 tempat kediaman dengan sebanyak 617,686 isi rumah. Purata saiz isi rumah pula dicatatkan seramai empat orang dalam sebuah rumah. Lebih sejuta penduduk dalam kalangan umur bekerja, 665 ribu dalam golongan muda dan selebihnya 71 ribu orang merupakan warga tua.
Kewarganegaraan | Kaum | Jumlah |
---|---|---|
Warganegara Malaysia | Bumiputera | 1,096,926 |
Cina | 762,735 | |
India | 211,756 | |
Lain-lain | 14,121 | |
Bukan warganegara | N/A | 15,811 |
Agama
suntingMajoriti penduduk beragama Islam iaitu 53.4 peratus (1,227,247 orang) dari jumlah penduduk, diikuti Buddha seramai 27.2 peratus (625,077 orang), Hindu sebanyak 9.7 peratus (222,562 orang), Kristian sebanyak 7.6 peratus (175,618 orang) dan lain-lain sebanyak 1.1 peratus (26,215 orang). Sebanyak 21,411 orang (0.9 peratus) tidak beragama.[3]
Infrastruktur
suntingPada tahun 2020, terdapat sekitar 225 institusi pendidikan (sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan), sebuah hospital kerajaan iaitu Hospital Sungai Buloh, 49 balai polis (termasuk ibu pejabat polis) dan sembilan balai bomba.[3]
Rujukan
sunting- ^ "Portal Rasmi PDT Petaling Sejarah Daerah Petaling". www2.selangor.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-05-26. Dicapai pada 2018-05-16.
- ^ "KOD DAN NAMA SEMPADAN PENTADBIRAN TANAH_SELANGOR" (PDF).
- ^ a b c https://www.dosm.gov.my/mycendash/