Sekolah Kebangsaan Leftenan Adnan

Sekolah Kebangsaan Leftenan Adnan atau nama ringkasnya SK Leftenan Adnan, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Sungai Ramal Luar.

Sekolah Kebangsaan Leftenan Adnan
Lokasi
SUNGAI RAMAL LUAR, KAJANG, SELANGOR
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoRajin Usaha Berjaya
Ditubuhkan1 Disember 1915 (Sebagai Sekolah Melayu Sungai Ramal)
1982
Nombor sekolah03-87395207
Kod sekolahBBA4012
Guru besarZAIDY BIN SALMAN
GPK Pentadbiran dan AkademikMOHAMAD ISMAIL FAHAMI BIN IDRIS
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridMARDIANA BINTI SARIP @ MAAROF
Penolong Kanan KokurikulumNOR AZWANA BINTI NASARUDIN
Laman sesawang
Map


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Leftenan Adnan memiliki 537 pelajar lelaki dan 543 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1080 orang. Ia mempunyai seramai 64 orang guru.2009

Sejarah

sunting

Sekolah ini telah dibuka pada 1 Disember 1915 dengan nama Sekolah Melayu Sungai Ramal. Pengasas sekolah ini ialah Encik Arshad Bin. Talib, PJK, selaku Pengerusi Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) pada masa itu. Guru Besar yang pertama Encik Dacap Bin Zainal. Jumlah murid pada waktu itu adalah seramai 26 orang sahaja.

Pada tahun 1982, Sekolah Melayu Sungai Ramal telah ditukar kepada nama Sekolah Kebangsaan Leftenan Adnan, sempena nama seorang murid sekolah ini yang gugur sebagai seorang wira dalam Pertempuran Bukit Candu. Beliau adalah Leftenan Adnan Bin Saidi, anak jati Kajang. Beliau telah terkorban di Bukit Candu, Singapura pada 14 Februari 1942, sehari sebelum Tentera Bersekutu di bawah pimpinan Jeneral Percival menyerah diri kepada tentera Jepun di bawah pimpinan Jeneral Yamashita.

Pada penghujung tahun 1982, bilangan murid sekolah ini meningkat kepada 300 orang. Pada tahun 1994, Bangunan baru 8 buah bilik darjah telah dibina untuk menampung pertambahan murid. Dalam tahun 1995, sekolah ini telah dinaik taraf sebagai sekolah gred A dengan bilangan murid melebihi 700 orang.

Seterusnya sekitar tahun 1999, bangunan Blok C pula didirikan. Bangunan ini mempunyai 10 buah bilik darjah, sebuah makmal sains, sebuah pusat sumber dan makmal komputer. Pada tahun 2002, sebuah surau telah didirikan bagi menampung keperluan semua warga islam.

Sehingga sekarang SK Leftenan Adnan semakin berkembang maju menuju kecemerlangan pendidikan.

Pencapaian

sunting

Alamat

sunting
Sekolah Kebangsaan Leftenan Adnan
Sungai Ramal Luar, 43000 Kajang
Selangor,   Malaysia
Telefon = 0387395207
Blog: http://www.sklakj.blogspot.com/

Pautan luar

sunting