Sekolah Kebangsaan Air Jernih
Sekolah Kebangsaan Air Jernih atau nama ringkasnya SK Air Jernih, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kuala Sungai Baru, Melaka. Pada tahun 1999 jumlah pelajar sekolah ini seramai 94 orang murid termasuk pelajar pra sekolah.
Sekolah Kebangsaan Air Jernih | |
---|---|
Lokasi | |
Kuala Sungai Baru, Alor Gajah, Melaka Bandar Bersejarah Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | "Langkah Sederap, Bersama Siap, Hasilnya Mantap" |
Nombor sekolah | 06-3878311 |
Kod sekolah | MBA0013[1] |
Pengerusi PIBG | En. Abu Zarrin bin Ab. Jalil |
Guru besar | En. Md Abu Fadrey bin Md Yusof |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Pn. Hjh Norfaizah binti Ahmad |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Pn. Norisam binti Nasir |
Penolong Kanan Kokurikulum | En. Zainal Abidin bin Ahmad |
Faks | 06-3878311 |
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Air Jernih memiliki 109 orang pelajar lelaki dan 100 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 209 orang. Ia mempunyai seramai 14 orang guru.2009
Pada tahun 2012, ia memiliki kelas Pendidikan Khas. Jumlah guru pula seramai 18 orang pada 2012.
Pada tahun 2017, Sekolah Kebangsaan Air Jernih mempunyai seramai 175 orang murid yang terdiri daripada 97 orang murid lelaki dan 78 orang murid perempuan. Daripada jumlah tersebut terdapat 147 orang murid belajar di kelas perdana, 25 orang murid di kelas Pra Sekolah dan 3 orang murid di kelas Pendidikan Khas. Guru yang berkhidmat di sekolah ini seramai 19 orang yang terdiri daripada 6 orang guru lelaki dan 13 orang guru perempuan. Selain itu, pengurusan pejabat dibantu oleh seorang pembantu tadbir (PT) perempuan dan seorang pembantu operasi (PO) lelaki. Manakala Pra Sekolah dan Pendidikan Khas masing-masing dibantu oleh seorang Pembantu Pengurusan Murid perempuan menjadikan jumlah staf sekolah ini seramai 4 orang.
Sejarah
suntingMenyedari pentingnya pendidikan kepada anak-anak bangsa, demi menjamin masa depan dan maruah mereka, maka penduduk tempatan dengan dipelopori oleh keluarga Allahyarham Encik Dollah bin Kamal telah berjaya mendirikan satu tempat belajar bagi anak-anak mereka di kampung ini. Pada asalnya, bangunan ini berupa sebuah pondok sahaja.
Semenjak dari tahun 1915 bilamana sekolah ini diasaskan hingga terdirinya bangunan yang sedia ada pada masa sekarang, ia telah mengalami beberapa kali perpindahan;
- Tahun 1915, semasa diasaskan muridnya menumpang belajar di atas serambi rumah Encik Aman Bin Dollah untuk belajar al-Quran dan mengira.
- Tahun 1916, muridnya berpindah ke sebuah bangsal yang beratap dan berdindingkan rumbia di atas tanah Lot No. 1063.
- Tahun 1918, muridnya berpindah ke kedai Encik Noh bin Ismail di atas tanah Lot 1070.
- Tahun 1922, muridnya berpindah ke rumah kedai Encik Ang Gau seorang bangsa Cina di atas tanah Lot 1093 kepunyaan Encik Baba bin Deli.
- Tahun 1924, muridnya berpindah di tanah Lot 1082 kepunyaan Encik Lonjang bin Daiman. Bangunannya ialah sebuah pondok yang mana tiangnya kayu bulat yang ditanam, berlantaikan simen serta beratap dan berdindingkan rumbia pada paras 3 kaki dari tanah.
- Pada tahun 1926, muridnya berpindah lagi ke tanah Lot 3191 kepunyaan Tuan Imam Alang kerana sekolah asalnya roboh dipukul ribut. Sekolah ini terletak di tapak rumah guru yang ada sekarang
Tafsiran logo
suntingBuku
suntingMelambangkan sekolah sebagai sumber ilmu yang perlu ditagih oleh semua pelajar yang menuntut di sini.
Obor
suntingLambang semangat yang membara sebagai pelajar yang ingin berjaya dan menuntut ilmu dalam pelbagai bidang.
Bola & Raket Badminton
suntingPeralatan sukan yang melambangkan perlunya menjaga kesihatan dan kecergasan diri bagi menjadi insan yang seimbang dan berketerampilan.
Moto Sekolah
suntingIlmu Suluh Hidup
Ilmu
suntingIlmu ialah perkara yang paling utama bagi setiap manusia sebagai panduan hidup
Suluh
suntingSeseorang manusia hanya dapat dinilai melalui ilmu yang dikuasainya
Hidup
suntingKebahagiaan, kesejahteraan dan kemuliaan hidup seseorang manusia bergantung pada tingginya ilmu seseorang itu.
Visi dan Misi
suntingMISI SEKOLAH
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
VISI SEKOLAH
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
Perkembangan sekolah
suntingPada tahun 1927, sebuah sekolah baru didirikan oleh kerajaan di atas tanah Lot 3187. Bentuk bangunannya bertiang batu dua tingkat, bangunan kayu atap genting, tingkat atas berlantai serta berdinding papan dan tingkat bawahnya berlantaikan simen. Panjang bangunan ini 76 kaki dan lebarnya 29 kaki. Bangunannya dicat hitam. Seramai 65 orang pelajar dalam 5 buah kelas dimuatkan di bangunan ini. Bangunan ini sekarang telah diganti dengan bangunan baru.
Pada tahun 1970, sebuah bangunan satu tingkat mengandungi 3 buah bilik darjah telah didirikan bagi menampung bilangan murid yang bertambah. Seterusnya pada tahun 1988, sebuah lagi bangunan baru telah didirikan daripada peruntukan projek gotong-royong. Pembinaan daripada projek ini menyediakan dua buah bilik darjah dan sebuah bilik untuk pejabat Guru Besar. Sehingga kini di tanah Lot 3187, terdapat 3 bangunan sekolah, sebuah rumah guru, sebuah kantin dan sebuah padang bola sepak.
Guru Besar
sunting- Encik Alias bin Lani (Ditaja oleh masyarakat) - (1915 – 1921)
- Encik Alias bin Lani (Di bawah pentadbiran kerajaan) - (1922 – 1927)
- Encik Mohamad Bin Tambi - (1927 – 1932)
- Encik Jaidin bin Akibon - (1932 – 1940)
- Darurat (penjajahan Jepun) - (1941 – 1945)
- Encik Hashim bin Abd Jalil - (1945 – 1947)
- Encik Bachek bin Bahaudin - (1947 – 1948)
- Encik Mohamad Amin bin Jaidin - (1948 – 1951)
- Encik Mohamad bin Md Nor - (1952 – 1961)
- Encik Mohamad bin Ajum - (1962)
- Encik Tuan Haji Hasim bin Abd Jalil - (1963)
- Encik Othman Bin Shawal - (1964)
- Encik Baba Bin Jais - (1965)
- Encik Tuan Haji Yaakob bin Abu - (1966 – 1970)
- Encik Tuan Haji Abdullah Bin Kassim - (1971 – 1975)
- Encik Kari bin Baba (Memangku Guru Besar) - (1976)
- Encik Baharom bin Rashid - (1977 – 1982)
- Encik Yusof bin Ahmad - (1983 – 1987)
- Encik Abu Bakar bin Othman - (1988 – 1991)
- Encik Ibrahim bin Said BKT, PPN, PJK (Memangku Guru Besar) - (1992)
- Encik Tuan Haji Ismayatim bin Rahimin - (1993)
- Encik Tuan Haji Mohd. Anuar bin Abd Aziz - (1994)
- Encik Mohd Shah bin Haji Achin - (1995)
- Puan Pouziah binti Ghani - (1997)
- Puan Rohani binti Kechil - (?)
- Puan Khadijah binti Said - (16 Disember 2003 – 8 Februari 2007)
- En. Talib bin Ludin (memangku Guru Besar) - (9 Februari 2007 – ?)
- Encik Sapian bin Abd. Rahman - (31 Disember 2007 – ?)
- Encik Haron bin Berahim - (1 Ogos 2008 – 1 April 2012)
- Puan Norhamizah binti Hassan - (1 Julai 2012 – 3 Mac 2013)
- Puan Robiah binti Baba - (4 Mac 2013 – 15 Disember 2016)
- Encik Ramlee bin Mohd - (16 Disember 2016 – kini)
Lagu sekolah
suntingKami warga sekolah yang tercinta
Berikrar dan berjanji
Berusaha gigih mencapai kejayaan
Untuk masa hadapan
Bersama kami tumpahkan setia
Berkorban apa saja
Pada semua guru dan ibu bapa
Doaku kau sejahtera
Ilmu suluh hidup
Menjadi pegangan
Pendorong kejayaan
Bentuk peribadi insan
Generasi berwawasan
Andai nanti kami telah berjaya
Jasamu tak dilupa
Maju bersama mendidik anak bangsa
Sekolahku yang tercinta
Sekolahku yang tercinta
SKAJ yang tercinta
Persekitaran
suntingGaleri Warisan
suntingProgram 2017
suntingSambutan Bulan Kemerdekaan 2017
suntingPencapaian
suntingSenarai pelajar yang mendapat keputusan 5 A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Bil. | Tahun | Nama Murid Cemerlang |
1. | 2001 | Norfadzilah binti Noran |
2. | 2004 | Amirah Adibah binti Adnan |
3. | 2006 | Mohd. Izham bin Mohd. Asri |
4. | 2007 | 1.Nurul Hidayah Intan binti Ab. Rahim |
2.Fatin Nurathirah binti Hanafi | ||
5. | 2010 | Nurhidayah binti Azhar |
6. | 2011 | 1.Ahmad Nizar Farhan bin Azmi |
2.Nur Shamira binti Ramadhan | ||
7. | 2013 | Abd. Halim bin Abd. Hamid |
8. | 2014 | 1.Muhd. Firdaus Alwi bin Mohd. Faizul Nizam |
2.Muhd. Syazwan bin Mohd. Isa | ||
3.Wan Muhd. Aiman bin Wan Rosdi | ||
9. | 2015 | 1.Fatin Najihah binti Idris |
2.Norashikin binti Ibrahim |