Sekatan terhadap Iraq
Tolong bantu menterjemahkan sebahagian rencana ini. Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila membantu, bahan-bahan boleh didapati di Iraq sanctions (Inggeris). Jika anda ingin menilai rencana ini, anda mungkin mahu menyemak di terjemahan Google. Walau bagaimanapun, jangan menambah terjemahan automatik kepada rencana, kerana ini biasanya mempunyai kualiti yang sangat teruk. Sumber-sumber bantuan: Pusat Rujukan Persuratan Melayu. |
Iraq dikenakan embargo kewangan dan perdagangan yang hampir menyeluruh oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, mulai 6 Ogos 1990, empat hari selepas Iraq menyerang Kuwait, dan kekal berkuatkuasa hingga Mei 2003 (setelah Saddam Hussein digulingkan),[1] tidak lupa juga kewajiban untuk membayar pampasan dan sebagainya kepada Kuwait yang berterusan sampai sekarang.[2][3]
Dinyatakan bahawa tujuan asal sekatan ini adalah memaksa Iraq untuk berundur dari Kuwait, membayar pampasan serta mendedahkan dan menghapuskan sebarang senjata pemusnah besar-besaran.
Pada asalnya, Majlis Keselamatan PBB mengenakan sekatan ekonomi yang ketat ke atas Iraq melalui penerimaan dan penguatkuasaan Resolusi 661.[4] Selepas berakhirnya Perang Teluk 1991, sekatan-sekatan itu dilanjutkan dan diterangkan lebih lanjut, termasuklah menyentuh senjata pemusnah besar-besaran oleh Resolusi 687.[5][6] Sekatan-sekatan tersebut mengharamkan segala perdagangan dan sumber kewangan kecuali perubatan dan makanan "atas perkara kemanusiaan".[4]
Anggaran lebihan kematian orang awam sepanjang tempoh sekatan itu adalah sekitar 100,000 hingga 1.5 juta.[7]
Matlamat
suntingResolusi PBB menerangkan matlamatnya untuk menghapuskan senjata pemusnah besar-besaran dan peluru berpandu balistik berjarak jauh, mengharamkan sebarang sokongan kepada pengganas, dan memaksa Iraq untuk membayar pampasan perang dan semua hutang luar negara.
Sesetengah pihak percaya bahawa sekatan ini ada satu matlamat tersirat iaitu menggulingkan Saddam Hussein. Hal ini didedahkan dalam Akta Pembebasan Iraq 1998 yang diluluskan oleh Presiden Bill Clinton,[8] bahawa dasar AS adalah "menggantikan rejim itu" di Iraq,[9] untuk menggulingkan Saddam Hussein, tetapi ini tidak disebut dalam resolusi-resolusi tersebut. Pada tahun 1991, Paul Lewis menulis dalam akhbar New York Times: "Semenjak sekatan perdagangan dikenakan pada 6 Ogos selepas serangan ke atas Kuwait, Amerika Syarikat membangkang sebarang pengenduran terlalu awal atas kepercayaan bahawa dengan menyukarkan hidup rakyat Iraq, lama-kelamaan ini akan mendorong mereka untuk mengguling menggulingkan Presiden Saddam Hussein."[10] Walau bagaimanapun, sekatan-sekatan itu gagal menggulingkan Saddam, malah mungkin membantu memperkukuh penguasaannya.[11]
Perancang dasar perang AS, Douglas J. Feith berhujah bahawa sekatan-sekaan itu melemahkan tentera Iraq dari segi senjata pemusnah besar-besaran dan keupayaannya untuk menyerang negara-negara jirannya kerana bekalannya dipotong.[12] Dalam rencana jurnal Foreign Affairs 2004, George A. Lopez dan David Cortright mengatakan bahawa sekatan-sekatan ini "memaksa Iraq untuk menerima pemeriksaan dan pengawasan; meraih konsesi dari Baghdad dalam isu-isu politik seperti pertikaian sempadan dengan Kuwait; menghalang pembinaan semula pertahanan Iraq selepas Perang Teluk Parsi; dan menyekat pengimportan bahan-bahan dan teknologi yang mustahak untuk penghasilan senjata pemusnah besar-besaran."[13] Cortright dan Lopez berhujah lagi, "aturan sekatan dikuatkuasa PBB yang begitu teruk itu sebenarnya ... membantu menghancurkan jentera perang Saddam Hussein dan keupayaannya untuk menghasilkan senjata."[14][15] Hussein memberitahu penyoal-siasat FBI-nya [16] bahawa persenjataan Iraq "telah dihapuskan oleh sekatan PBB."[17]
Tadbir urus
suntingSeperti yang diterangkan oleh United Nations Office of the Iraq Programme,[18] Resolusi 661 mengenakan sekatan-sekatan yang menyeluruh ke atas Iraq ekoran tindakan negara itu menyerang Kuwait, termasuk had-had yang ketat ke atas barang-barangan yang boleh diimport dan dieksport oleh Iraq.
Rujukan
sunting- ^ "Resolution 1483 - UN Security Council - Global Policy Forum". Globalpolicy.org. Dicapai pada 2011-06-01.
- ^ "UN lifts sanctions against Iraq (BBC)". BBC News. 2010-12-15.
- ^ "United Nations Security Council Resolution 1956 (December 2010)" (PDF).
- ^ a b "UN Security Council Resolution 661". Fas.org. Dicapai pada 2009-06-15.
- ^ "United Nations Security Council Resolution 687".
- ^ "UN Security Council Resolutions relating to Iraq".
- ^ See Infant and child death rates and Estimates of sanctions-related deaths
- ^ Keen, Judy (2002-08-26). "Code phrase gets retooled for Saddam". Usatoday.Com. Dicapai pada 2009-05-30.
- ^ "H.R.4655; Title: Iraq Liberation Act of 1998". Thomas.loc.gov. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-07-03. Dicapai pada 2010-06-21.
- ^ Lewis, Paul (1991-03-22). "After The War; U.N. Survey Calls Iraq'S War Damage Near-Apocalyptic - New York Times". New York Times. Dicapai pada 2009-05-30.
- ^ Harford, Tim (2007). Undercover Economist. m/s. 213.
- ^ Feith, Douglas J. (2008). War and Decision: Inside the Pentagon at the Dawn of the War on Terrorism. New York: HarperCollins. m/s. 193. ISBN 0060899735.
- ^ Cortright, David (2004-06-19). "Containing Iraq: Sanctions Worked". Fourthfreedom.org. Dicapai pada 2009-05-30.
- ^ Cortright, David (2001). "A Hard Look at Iraq Sanctions". The Nation. Unknown parameter
|month=
ignored (bantuan) - ^ Cortright, David (2001-09-11). "Containing Iraq: Sanctions Worked". Fourthfreedom.org. Dicapai pada 2009-05-30.
- ^ "Saddam Hussein Talks to the FBI". Gwu.edu. Dicapai pada 2009-07-06.
- ^ Kessler, Glenn (2009-07-02). "Saddam Hussein Said WMD Talk Helped Him Look Strong to Iran". washingtonpost.com. Dicapai pada 2009-07-06.
- ^ "Fact Sheet". Office of the Iraq Oil-For-Food Programme. 2003-11-21. Dicapai pada 2011-06-07.