Bill Clinton

Presiden Amerika Syarikat ke-42

William Jefferson Clinton (lahir sebagai William Jefferson Blythe III; 19 Ogos 1946; Tulisan Jawi: ويليئم جيفرسن کلينتن) juga dikenali sebagai Bill Clinton ialah ahli politik dan peguam Amerika yang berkhidmat sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke-42, berkhidmat daripada tahun 1993 sehingga tahun 2001.

Bill Clinton
بيل کلينتن
Potret rasmi, 1993
Presiden Amerika Syarikat ke-42
Dalam jawatan
20 Januari 1993 – 20 Januari 2001
Naib PresidenAl Gore
Didahului olehGeorge H. W. Bush
Digantikan olehGeorge W. Bush
Gabenor Arkansas ke-40 dan 42
Dalam jawatan
11 Januari 1983 – 12 Disember 1992
LeftenanWinston Bryant (1983-1991)
Jim Guy Tucker (1991-1992)
Didahului olehFrank D. White
Digantikan olehJim Guy Tucker
Dalam jawatan
9 Januari 1979 – 19 Januari 1981
LeftenanJoe Purcell
Didahului olehJoe Purcell
Digantikan olehFrank D. White
Pengerusi Persatuan Gabenor Kebangsaan
Dalam jawatan
26 Ogos 1986 – 28 Julai 1987
Didahului olehLamar Alexander
Digantikan olehJohn H. Sununu
Naib Pengerusi Persatuan Gabenor Kebangsaan
Dalam jawatan
6 Ogos 1985 – 26 Ogos 1986
Didahului olehLamar Alexander
Digantikan olehJohn H. Sununu
Ketua Peguam Negeri Arkansas ke-50
Dalam jawatan
3 Januari 1977 – 9 Januari 1979
Gabenor
  • David Pryor
  • Joe Purcell (pemangku)
Didahului olehJim Guy Tucker
Digantikan olehSteve Clark
Maklumat peribadi
Lahir (1946-08-19) 19 Ogos 1946 (umur 78)
Hope, Arkansas, A.S.
Parti politikDemokrat
PasanganHillary Rodham (k. 1975)
Anak1, Chelsea
Pekerjaan
TandatanganTandatangan

Beliau juga berkhidmat sebagai Gabenor negeri Arkansas untuk empat penggal tetapi tidak berturut-turut. Sebagai Gabenor, beliau telah membuat reformasi pendidikan negeri dan menjadi pengerusi Persatuan Gabenor Kebangsaan. Pada pilihan raya presiden 1992, tiket beliau berjaya mengalahkan presiden George H. W. Bush dari parti Republikan.

Beliau adalah ahli Parti Demokrat, dan di bawah pimpinan beliau, Parti Demokrat bergerak kepada "pertengahan" politik Amerika. Antara keutamaan kerajaan A.S. semasa kepresidenan beliau termasuk sistem kesihatan sejagat dan memperbaiki sistem pendidikan Amerika Syarikat. Isteri beliau, Hillary Rodham Clinton merupakan bekas Senator dari negeri New York sehingga tahun 2009, bekas setiausaha negara Amerika Syarikat dan calon presiden dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat pada tahun 2016.

Kehidupan peribadi

sunting

Awal hidup dan kerjaya awal

sunting

Clinton dilahirkan dan dibesarkan di Arkansas dan bersekolah di Universiti Georgetown, University College, Oxford, dan Yale Law School. Beliau bertemu dengan Hillary Rodham di Yale dan mereka berkahwin pada tahun 1975. Setelah lulus dari sekolah undang-undang, Clinton kembali ke Arkansas dan memenangi pemilihan sebagai peguam negara negeri, diikuti jawatan dua penggal tidak berturut-turut sebagai gabenor Arkansas. Sebagai gabenor, beliau merombak sistem pendidikan negeri dan menjawat sebagai Pengerusi Persatuan Gabenor Kebangsaan.

 
Clinton memainkan saksofon di hadapan presiden Rusia Boris Yeltsin, 1994

Clinton juga seorang pemain saksofon.[1]

Pembedahan arteri

sunting

Pada 12 Februari 2010, Bill Clinton selamat menjalani pembedahan jantung bagi membersihkan saluran darah arteri yang tersumbat. Selepas keluar dari Hospital New York Presbyterian , beliau berehat di Chappaqua, New York. Pada 2004, beliau menjalani pembedahan pintasan jantung untuk merawat empat arteri tersumbat.[2]

Kepresidenan (1993-2001)

sunting

Perlantikan

sunting

Clinton dipilih sebagai presiden pada tahun 1992 , mengalahkan Presiden Republikan George H. W. Bush. Pada usia 46 tahun, beliau menjadi presiden termuda ketiga dalam sejarah. Naib presiden beliau ialah Al Gore, Senator A.S. dari Tennessee yang dipilih Clinton ketika Konvensyen Demokrat 1992.

Beliau mula bertugas sebagai Presiden pada tengah hari 20 Januari, 1993.

Sebagai Presiden

sunting
 
Presiden Clinton dan Naib Presiden Gore, 10 Ogos 1993

Clinton mengetuai jangka masa pengembangan ekonomi terpanjang dalam sejarah Amerika.[3][4][5] Beliau menandatangani undang-undang Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA) dan Undang-Undang Pengendalian Jenayah Kekerasan dan Penguatkuasaan Undang-Undang, tetapi gagal meloloskan rancangannya untuk reformasi penjagaan kesihatan kebangsaan.

 
Clinton pada tahun 1993
 
Clinton bertemu Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad pada tahun 1994

Dalam pilihan raya umum 1994, Parti Republikan menguasai semula Kongres buat pertama kalinya dalam 40 tahun. Pada 1996, Clinton memenangi semula pemilihan Presiden. Beliau berjaya meluluskan reformasi kesejahteraan dan Program Insurans Kesihatan Anak Negeri, serta langkah-langkah pembatalan peraturan kewangan. Biau juga melantik Ruth Bader Ginsburg dan Stephen Breyer ke Mahkamah Agung A.S..

Selama tiga tahun terakhir kepresidenan Clinton, Pejabat Anggaran Kongres melaporkan lebihan belanjawan - lebihan pertama sejak 1969. Dalam dasar luar, Clinton memerintahkan campur tangan ketenteraan A.S. dalam Perang Bosnia dan Kosovo, menandatangani perjanjian Damai Dayton, menandatangani Akta Pembebasan Iraq yang bertentangan dengan Saddam Hussein, mengambil bahagian dalam Perjanjian Oslo I dan Kem David Summit untuk memajukan proses damai Israel-Palestin , dan membantu proses perdamaian Ireland Utara.

Pada tahun 1998, Clinton telah dicabar oleh Dewan Perwakilan, menjadi presiden A.S. kedua yang dicabar selepas Andrew Johnson. Pendakwaan itu didasarkan pada tuduhan bahawa Clinton melakukan sumpah palsu dan menghalang keadilan dengan tujuan menyembunyikan skandal seksualnya dengan Monica Lewinsky, seorang pelatih yang bertugas di Rumah Putih yang berusia 22 tahun. Beliau dibebaskan daripada semua pertuduhan oleh Senat dan menamatkan penggal kedua kepresidenannya pada 20 Januari 2001.[6][7][8]

Pasca kepresidenan

sunting
 
Bekas presiden Bush dan Clinton di perpustakaan Rumah Putih, Januari 2005
 
Clinton berkempen untuk isteri beliau, Hillary Clinton untuk presiden pada tahun 2016
 
Clinton berucap di Konvensyen Demokrat Kebangsaan 2016

Sejak meninggalkan Rumah Putih pada 2001, Clinton aktif bergiat dalam aktiviti kemanusiaan, memberi ucapan-ucapan dan mengasaskan yayasan-yayasan.[9][10]

Pada Januari 2004, bersama dengan bekas presiden ke-41 Bush, Clinton menjadi penyelaras bantuan kepada mangsa taufan Katrina.[11]

Beliau juga bergiat aktif dalam berkempen untuk isteri beliau, Hillary Clinton dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat 2008, yang di mana Clinton dikalahkan oleh Senator A.S. dari Illinois, Barack Obama dan pilihan raya Presiden Amerika Syarikat 2016 di mana beliau juga dikalahkan oleh calon Republikan, Donald Trump.[12][13] Beliau juga hadir memberi ucapan beliau pada beberapa konvensyen Demokrat kebangsaan.[14]

Rujukan

sunting
  1. ^ "Bill Clinton Turned 70 This Week. Here Are 5 Moments That Defined His Career". WBEZCHICAGO. 2016-08-22. Dicapai pada 2021-05-19.
  2. ^ Clinton selamat jalani pembedahan jantung
  3. ^ Baker, Peter (February 3, 2008). "Bill Clinton's Legacy". The Washington Post. Dicapai pada July 13, 2010.
  4. ^ "Bill Clinton". History.com. Dicapai pada February 22, 2020.
  5. ^ Stevenson, Richard (February 8, 2000). "The Battle of the Decades; Reaganomics vs. Clintonomics Is a Central Issue in 2000". The New York Times. Dicapai pada March 15, 2011.
  6. ^ Tumulty, Karen; Mettler, Katie (November 17, 2017). "Abuse allegations have revived scrutiny of Bill Clinton—and divided Democrats". The Washington Post. Diarkibkan daripada yang asal pada November 19, 2017. Dicapai pada November 19, 2017.
  7. ^ Flanagan, Caitlin. "Bill Clinton: A Reckoning". The Atlantic. Diarkibkan daripada yang asal pada November 18, 2017. Dicapai pada November 19, 2017.
  8. ^ Wolf, Z. Byron (November 17, 2017). "Should Democrats turn their backs on Bill Clinton?". CNN. Diarkibkan daripada yang asal pada November 19, 2017. Dicapai pada November 19, 2017.
  9. ^ Gerstein, Josh (January 17, 2006). "Clinton Eligible, Once Again, To Practice Law". The New York Sun. Dicapai pada August 30, 2011.
  10. ^ Corasaniti, Nick; Williams, Josh (September 5, 2012). "Bill Clinton's Democratic Convention Speeches". The New York Times. Dicapai pada July 30, 2019.
  11. ^ "2006 Philadelphia Liberty Medal Award". Constitutioncenter.org. Dicapai pada August 26, 2011.
  12. ^ "Election Center 2008: Delegate Scorecard". CNN. June 4, 2008. Dicapai pada July 6, 2008.
  13. ^ "Bill Clinton Rallies for Hillary in Wilmington". WWAY News. October 26, 2016. Dicapai pada February 2, 2017.
  14. ^ Corasaniti, Nick; Williams, Josh (September 5, 2012). "Bill Clinton's Democratic Convention Speeches". The New York Times. Dicapai pada July 30, 2019.

Pautan luar

sunting