Sejahtera, (adjektif, sĕ-jah-tĕ-ra dalam ejaan jawi - سجهترا ) adalah perkataan yang berasal daripada beberapa patah perkataan Sanskrit, bermaksud keseimbangan, keharmonian dan hidup rukun damai bersama. Ia membawa erti akan cara kehidupan yang sederhana, serta aman dan makmur sebagai satu bentuk kehidupan bermasyarakat yang mesra.[1] Ia juga sinonim dengan lega, berbahagia, sentosa, rukun, karar, sakinat, damai, jernih, dan selamat.[2] Umumnya kini, sejahtera digunakan sebagai satu bentuk salam dikalangan anggota masyarakat Melayu ("salam sejahtera") sebagai tanda hormat, beradab dan bertegur sapa.[1] Kebelakangan ini, sejahtera sering digunakan untuk melambangkan kedudukan sesuatu keadaan atau kaitan diantara satu aspek dengan yang lain[3]. Ataupun dalam program peranti seperti MySejahtera yang diperkenalkan semasa pandemik Covid-19 (lihat subtema dibawah) tempoh hari bagi kegunaan awam. Jadi, maksud asal dalam bahasa Sanskrit mula berkembang dan bercambah dari masa ke masa. Ini lebih bertumpu dalam bahasa Melayu berpaksi kepada satu kerangka yang tiada atau jauh kaitannya dengan bahasa Sanskrit[4].

Gubahan Rimba Sejahtera di Korea, 2023. Sumber: Dzulkifli Abdul Razak

Terjemahan sejahtera kedalam bahasa lain seperti "happy" dalam bahasa Inggeris sering dilakukan, tetapi ia kurang tepat[5], mungkin juga mengelirukan[6]. Ini adalah kerana maksud sejahtera amat mendalam dan membawa pelbagai makna dari berbagai sudut serta dimensi seperti yang dihuraikan dibawah (lihat Konsep dalam Kelestarian). Mengikut Kamus Dewan (Edisi Keempat misalnya) sahaja, sejahtera merangkumi: aman dan makmur, senang dan tenteram, terpelihara daripada bencana (kesusahan, gangguan dan lain-lain). Apapun, konsep serta kefahaman tentang sejahtera tidak terhad kepada mana-mana satu kamus atau rujukan tertentu.[7][8] Ia bergantung juga kepada konteks.

Perkembangan utama sepintas lalu (2000-2024)

sunting

Usaha untuk mengembangkan konsep sejahtera secara bersungguh dan bersistem sudah melangkau dua dekad[1] bermula pada tahun 2002 apabila Universiti Sains Malaysia (USM) mengorak langkah untuk melakukan satu transformasi pendidikan dengan memulakan konsep Kampus Sejahtera sebagai langkah perintis.[3] Ia merangkumkan lima prinsip yang dijadikan rangka kerja Program Kampus Sejahtara dalam menampung kegiatan kampus melalui para pelajar dan stafnya. Pertama, mencipta pemikiran setiap warga USM untuk mengambil tanggungjawab terhadap kampus. Kedua, berupaya mencipta suasana secara fizikal dan sosial yang kondusif untuk bekerja dan belajar. Ketiga, segala aktiviti di kampus harus menyumbang ke arah pembangunan berterusan yang mesra alam dan seterusnya menghasilkan gaya hidup sihat. Keempat, penyediaan gaya hidup sihat yang berkualiti dan rawatan gigi untuk pelajar dan staf. Dan yang kelima, Kampus Sejahtera sentiasa menyokong setiap aktiviti atau projek yang bermatlamatkan untuk menjadikan USM sebagai kampus yang lestari.[9]

Kelima-lima rangka kerja tersebut disesuaikan pula dengan lima cara dan penyelenggaraan sesuatu aktiviti yang rangcang, termasuk amalan berbentuk kesukarelaan (volunteerism), kerja berpasukan (teamwork), berdikari, termasuk menggunakan kepakaran dalam USM (self-sufficiency, including in-sourcing), berasas data & maklumat (data & Information-based) dan berdokumentasi lengkap (complete documentation), berturut-turut. Ini memberi disiplin berkerja dalam mencara penyelesaian yang lestari serta berkesinambungan.                   

Umumnya, program ini menekankan hidup gaya sihat yang seimbang sebagai kunci kepada penguasaan ilmu pengetahuan dan kehidupan. Sumber maklumat diutamakan dalam penyediaan perkhidmatan yang berintegrasi. Sehubungan ini, sebuah portal dibangunkan, dinamakan sebagai Portal Kampus Sejahtera (http://healthycampus.usm.my) yang mengutamakan capaian umum kepada maklumat aktiviti dan dokumentasi berkaitan dengan kesejahteraan. Maklumat yang berkaitan disediakan dan dapat dibaca atau dimuat turun pada bila-bila masa. Selaras itu, mengujudkan sebuah Universiti Dalam Taman, satu metafora yang diadun khas untuk menunjukkan hubungan akrab di antara peranan dan fungsinya sebagai institusi pengajian tinggi dalam persekitaran taman yang segar dan semulajadi. Unsur flora, fauna, air dan ciptaan-ciptaan lain merupakan hubungan yang dinamik dalam penerokaan kehidupan selanjutnya. Dan setaip warga USM, bagaikan pekebun bertanggungjawab menyubur dan memulihara ciptaan Ilahi ini seperti seadanya.[9]

Kefahaman serta konsep baharu ini mengajak warga USM mengekalkan kehijauan kampus sebagai sebahagian daripada usaha membangunkan dunia intelek yang berkait rapat dengan kemanusiaan. Ini perlu disemarakkan melalui semangat dan amalan dalam menjaga persekitaran kampus, malah terus menyayangi dan menghargai alam semulajadi dan ekologi yang dianugerahkan Tuhan di hati dan pemikiran pada setiap warga kampus.

 
Menerima watikah RCE daripada Rektor UNU, Prof van Ginkel, di Tokyo, 2005. Sumber: Dzulkifli Abdul Razak

Pada tahun 2005, usaha ini menjangkau keperingkat antarabangsa apabila USM dipilih sebagai salah satu antara tujuh institusi pengajian tinggi seluruh dunia mempelopori badan yang dikenali sebagai Regional Centre of Expertise (RCE)[10] dalam membangunkan pendidikan untuk pembangunan lestari (ESD) dibawah naungan United Nations University (UNU)[11] di Tokyo. USM adalah satu-satu universiti dari wilayah ASEAN. Pada tahun 2006, USM lagi sekali menyerlah dibawah aktiviti "Keranda Putih" (White Coffin)[12][13] apabila usaha pengharaman penggunaan bungkusan polistiren mendapat pengiktirafan badan dunia, GUNi, sebagai aktivisme alam sekitar yang berjaya oleh para pelajar di Malaysia pada ketika itu. Dan susul oleh banyak lagi pertubuhan dan agensi kerajaan.

Pada 2008, September 3, pula melalui projek APEX,[14] satu pengikitrafan berprestij dalam pengembaraan mentransformasi USM sebagai sebuah universiti berpaksi kelestarian dan kesejahteraan bersempena cogan "Transforming Higher Education for a Sustainable Tomorrow." Ini amat bersesuaian dengan ulangtahun ke-40 USM pada 2009. Status APEX ini kekal satu-satunya bagi USM sehinggalah hari ini.

Perjalanan USM kearah sebuah universiti berkait rapat dengan dunia luar berasaskan kesejahteraan diteruskan lagi. Pada Julai 2011, ia melancarkan inisiatif dikenali sebagai APUCEN (Asia-Pacific University-Community Engagement Network)[15] dengan tujuan mempromosi and mendalami konsep libatsama masyarakat serta nilai kepada staf dan pelajar institusi pengajian tinggi memupuk daya untuk universiti dan masyarakat berkerjasama; menyebar dan berkongsi maklumat, ilmu pengetahuan, sumber serta amalan baik; membangunkan persada untuk bergabung dalam mengusahakan projek 'flagship'.

Pada tahun 2015 pula, satu lagi langkah bersejarah dialami apabila sebuah Pusat dan Rimba Sejahtera dibuka di luar Malaysia yakni di Korea seperti tercatat dibawah subtema Sejahtera di Pentas Dunia, khasnya di Korea Selatan.[16] Ini merupakan pengikitirafan global paling tinggi akan kesesuaian konsep bukan sahaja di Malaysia serta Nusantara, malah di luar rantau tersebut sepertimana yang akan diterangkan kelak.

Setahun lepas itu, pada 2006, satu projek tentang "mizan" (bermaksud, seimbang) dimulakan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk mengkaji sejauh manakah aspek "seimbang" - sepertimana sejahtera berlaku dalam masyarakat setempat. Dibawah naungan Mizan Research Centre (MRC), berbagai aktiviti dijalankan[17] untuk menyemarakkan lagi kefahaman keseimbangan/kesejahteraan dalam berbagai aspek. Kejayaan MRC sebahagian besarnya dibolehkan oleh Bank Rakyat yang pertama kali menyokong aktiviti penyelidikan seumpama ini sebagai fardhu kifayah.[18]

Ekoran perkembangan seperti ini, konsep sejahtera didalami lagi berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK,1996) yang mengandungi istilah tersebut, tetapi dicicirkan sebegitu lama. Melalui satu persidangan ilmiah pada 2018, pentafsiran FPK diperbaharui dan disusun semula. Sebuah buku berjudul Pentafsiran baharu Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelaksanaannya Pasca 2020[19] dicetak dan diedarkan. Buku ini memenangi Anugerah Buku Perdana (2021).

MRC mencipta sejarah pada 2019 apabila ditingkat statusnya kepada hab Ilmu untuk Perubahan (Knowledge for Change, K4C) oleh Kursi UNESCO (Chair in Community Based Research and Social Responsibility in Higher Education) bertapak di Universiti Victoria (UVic), Canada dan Society for Participatory Research in Asia (PRIA) di India. Ini termasuk mengadakan latihan serta jaringan diperingkat antarabangsa.[20] Selari dengan usaha ini mulai tahun 2020, Dialog Sejahtera pula dimulakan dalam bentuk webinar bersiri agar kefahaman serta amalan sejahtera dapat diarusperdanakan dalam sistem pendidikan negara. Termasuk aplikasinya pada sektor lain seperti sumber manusia, serta transformasi masyarakat dan negara, malah dunia. Semasa pandemik Covid-19 berlangsung,[21] lebih daripada 40 siri diselenggarakan mencegah rebakan Covid-19. Dikendalikan oleh Pusat Sejahtera untuk Kelestarian dan Kemanusian (SC4SH), sekali gus, membuka ruang perbincangan akan betapa sejahtera dan kesejahteraan diri begitu penting untuk masa hadapan dunia dan kemanusiaan serentak, yang selama ini diabaikan[22].

Fail:Connuniversity logo.jpg
Logo rasmi KomuniversitiR. Sumber: Dzulkifli Abdul Razak

Lanjutan ini, ijazah sarjana tentang Kepemimpinan Sejahtera diperkenalkan buat kali pertamanya untuk 11 pelajar perintis yang lulus dengan cemerlangnya. Ini memberi lebih banyak kesan kepada initiasif Kepemimpinan Sejahtera (SLI) yang dibicarakan dibawah.[23] Satu lagi kemajuan kearah ini adalah pelancaran Kerangka Akademik Sejahtera (SAF)[4] pada tahun 2022 sebagai tindakan untuk mentransformasi pendidikan untuk Rahmatan Lil 'Alamin (RLA) dan merentasi abad ke-21. Dengan terlahirnya satu kurikulum yang tersusun disebuah universiti tempatan yang akhirnya menzahirkan satu model baharu bagi universiti hari muka bergelar Komuniversiti (Communiversity) di Malaysia seperti dalam perbincangan seterusnya.[24][25]

Sementara itu, MRC yang dinamakan sebagai Mizan K4C diakui sebagai penyelaras aktiviti meliputi kawasan Asia Pasific pada 2023 yakni fungsi sebagai Asia Pacific Regional K4C Coordinator melalui persefahaman selama 3 tahun antara Mizan K4C, USIM and the Kursi UNESCO berkenaan, dibantu oleh para mentor bertauliah serta jaringan di Malaysia, Asia dan seantero.[26][27]

Konsep awal mengikut Sejarah

sunting

Asal usul konsep istilah sejahtera, agak sukar dijejaki dengan tepat dan pasti. Namun, kefahaman istilah tersebut dapat dikesan dalam budaya tempatan sejak lama kerana ia merupakan satu gambaran hidup yang tenang lagi sempurna. Selalunya tidak juga bergantung kepada kekayaan harta benda, dan seolah-olah untuk boleh dinikmati oleh sebahagian besar anggota masyarakat dipelosok dunia. Maksudnya, kekayaan tidak menentukan dengan tepat akan rasa sejahtera. Malah sebaliknya! Sejahtera ekonomi atau harta benda bukanlah sejahtera sebenarnya yang diimpikan sepertimana yang sering di tunjuk-tunjukkan.

 
"Bersabarlah. Sesuatu itu akan tiba pada ketika yang sesuai." Sumber: Dzulkifli Abdul Razak

Dengan kata lain, sebagaimana yang dikatakan diatas, sejahtera mempunyai maksud yang berkait lagi berlapis-lapis sebelum sejahtera hakiki dapat dijelmakan dengan jelas dan yakin. Ia mesti dianuti keseluruhannya, dan bukan dipecah-pecahkan kepada bahagian-bahagian yang terpisah![14] Sejahtera pada mana-mana satu aspek - ekonomi, sosial, politik, persekitaran dan lain-lain - belum mencukupi[6]. Bahkan tidak memberi apa-apa pengertian sempurna kerana kaitan serta rangkainya belum lengkap. Perjalanan dalam proses melengkapkan sejahteralah yang membuat hidup lebih mencabar dan berhemah. Atau sebaliknya. Ini menuntut berbagai kesabaran. Ia jugalah antara sebab mengapa hidup seseorang itu terasa kosong dan tidak sempurna tanpa adunan sejahtera. Sebaliknya, sengsara[28], tidak sejahtera.[6]

Konsep dalam Pendidikan

sunting
 
Ekosistem Pendidikan Inovatif di Moscow, 2023. Sumber: Dzulkifli Abdul Razak.

Secara lebih khusus, sejahtera boleh dikatakan bertitik tolak dari sektor pendidikan memandangkan perkataan tersebut ternukil pada Falsafah Pendidikan Negara (1988)[29] dan dikekalkan pada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK, 1996)[8][30]. Namun perlu berhati-hati apabila digabungkan dengan konsep lain seperti "modal insan" kerana kedua-dua ini mempunyai asas serta kecenderungan yang berbeza, malah bertentangan sama sekali[31]. Juga perkembangan teknologi yang pesat menukar kefahaman manusia itu sendiri dan juga faktor yang mensejahterakannya.[32] Oleh itu, maksud sebenar sejahtera boleh disalah tafsir kepada aspek "ekonomi" atau "teknologi" semata-mata, dan hilang penekanan tertentu khasnya untuk membentuk insan seimbang dan harmonis ("ïnsan sejahtera"), yakni mencapai "kesejahteraan diri" bagaimana jelas tercatat dalam FPK (1996). Apatah lagi istilah "modal insan" tidak termaktub langsung dalam FPK tersebut. Tambahan, mempunyai kecederungan fahaman neoliberal melalui Teori Modal Insan sepertimana dihujah oleh Fitzsimons, antara banyak kesongsangan yang lain.[30]. Walaupun konsep modal insan ada digunakan dalam pendidikan, ia lebih menekankan pada soal pekerjaan dan kebolehpasaran[33] berbandingkan "memanusiawikan insan" atau kemenjadian "ïnsan sejahtera"[34] sebagai hasrat utama FPK, tidak ketinggalan juga desakan pengaruh arus teknologi tinggi terkini.[35]

Tambahan daripada itu, konsep sejahtera FPK mempunyai kemiripan dengan kerangka Four Pillars of Education (FPE) yang dianjurkan oleh UNESCO[36][37] pada tahun 1996 juga, sesuai untuk Pendidikan Abad Ke-21. Seiring dengan matlamat "insan sejahtera" dalam FPK, FPE UNESCO berhasrat untuk menggalakkan pembangunan bersepadu dan menyeluruh para pelajar, tidak sekadar hanya membentuk manusia bersifat automatik, lagi patuh bagi tujuan penghasilan, penjualan dan kepenggunaan semata-mata (“Education aims to promote the integral development of students, rather than forming automatized, obedient beings that only produce, sell and consume” - Claudio Naranjo) seperti mana keadaannya hari ini. Keempat-empat tiang FPE yang dimaksudkan adalah: pendidikan untuk tahu menahu, pendidikan untuk membuat, pendidikan untuk hidup bersama, dan pendidikan untuk kendiri. Masing-masing boleh dipadankan dengan empat aspek FPK: pendidikan intelek (aqal), jasmani, (sosial-)emosi serta rohani (IJER). Kedua-dua kerangka ini cukup mirip dan menyokong satu sama lain bagi pendidikan abad ke-21, tidak seperti kerangka modal insan neoliberal tadi. Atau secara tidak langsung berbaur penjajahan yang diserapi tanpa disedari melalui akronim WEIRD misalnya.[38]

Konsep dalam Pembangunan

sunting
 
Bunga hiasan alam sekitar seimbang. Sumber: Dzulkifli Abdul Razak

Rata-rata seperti dalam petikan Naranjo (tersebut diatas) berkaitan FPE UNESCO, pendidikan ditujukan untuk "pembangunan" menyeluruh lagi bersepadu, malah berterusan bagaimana ternukil dalam ayat-ayat awal FPK. Maksudnya, mencakupi pembangunan diri dan masyarakat keseluruhan. Sedangkan pembangunan diri membawa gagasan dalaman bagi "memanusiawikan insan" kepada insan sejahtera, pembangunan luaran (masyarakat) menekankan kepada hal persekitaran yang juga sewajarnya sejahtera. Kedua-duanya dalam kedudukan keseimbangan dan harmonis satu sama lain - dalaman-luaran, insan-alam sekitar, yakni amnya, mikrokosmos-makrokosmos![1][8]

Aspek makrokosmos ini berkait rapat dengan kefahaman terkini dibawah program Agenda 2030 oleh Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang dipekenalkan melalui Laporan Brundtland pada tahun 1987.[39] Yakni, aspek luaran juga mesti berada dalam keseimbangan pada tiga aspek sekurang-kurangnya - sosial, ekologi dan ekonomi, yang menyorot kepada perihal kemanusiaan, planet dan juga kekayaan harta benda, berturut-turut. Ada pun pada satu peringkat lain, ia termasuk juga aspek keamanan dan kerakanan. Sekali gus, ini dikenali sebagai 5P dalam bahasa Inggeris, masing-masing mewakili People, Planet, Prosperity (dahulunya Profit), Peace dan Partnership. Kesemuanya perlu mengimbangi satu sama lain untuk memelihara alam sekitar luaran berlandaskan sejahtera.[40]

People (Manusia): Fokus kepada peningkatan kualiti kehidupan manusia diseluruh dunia. Ini termasuk matlamat seperti membasmi kemiskinan, kelaparan, dan penyakit yang boleh dielakkan; menyediakan pendidikan dan penjagaan kesihatan berkualiti. Persamaan pencapaian bagi semua kelompok.

Planet (Planet): Fokus kepada memelihara alam sekitar. Ini termasuk mengurangkan perubahan iklim, dan pencemaran, serta mengekalkan biokepelbagaian.

Prosperity (Kemewahan): Fokus memewahkan dunia untuk semua. Ini termasuk pertumbuhan perkongsian ekonomi, mengurangkan ketidak samarataan, serta menghasil perkerjaan bermaruah.

Peace (Keamanan): Fokus kepada keperluan untuk pembangunan luar dan dalam. In termasuk menghalang tercetusnya ketegangan, membantu masyarakat menjadi lebih adil dan terangkum. Mematuhi hak asasi manusia.

Partnerships (Kerakanan): Fokus mencapai kerakanan untuk libatsama global. Ini termasuk hubungan antara kerajaan, perniagaan, persatuan rakyat (termasuk universiti) dan PBB.

Sayugia diingatkan bahawa aspek makrokosmos ini mesti mencerminkan keseimbangan yang sama dengan aspek mikrokosmos - luaran dan dalaman, untuk mendapatkan kesejahteraan berkekalan. Ini juga ada kaitannya dengan konsep imbangan kerja-hidup secara umumnya.

Konsep dalam Kelestarian

sunting
 
Simbol seimbangan dalam-luar di kota Bangkok, 2024. Sumber: Dzulkifli Abdul Razak

Kedua-dua aspek diatas jelas membawa kita kepada satu kerangka yang mirip kepada kelestarian terutamanya Education for Sustainanable Development (ESD), atau Pendidikan untuk Pembangunan Lestari sebagai agenda besar dunia dibawah seliaan dan anjuran PBB jajaran formula 5Pnya. Maka kesesuaian sejahtera menepati konsep dalam kelestarian amat menarik sekali bagi memanusiawi pendidikan atas desakan teknologi terkini.[41][42] Apatah lagi kelestarian mengikut definisi yang merujuk kepada kepelbagaian cabang ilmu seperti 5P[43] serta kupasan dalam bab Epilogue: Sustainability, ‘Sejahtera’ and the South-East Asian Continuum. Hatta, pelbagai bidang dan disiplin direntas sehingga sejahtera dapat digambarkan mempunyai sekurangnya 10 lapisan berkaitan yang disingkatkan dalam akronim SPICES untuk mencetuskan matlamat kesejahteraan diri ungkapan FPK.[8][44] Walhal, sejahtera atas sifatnya yang seimbang serta harmonis melalui SPICES lebih menerapi nilai dan amalan kesejahateraan melalui kepemimpinan yang sesuai. SPICES merangkumi pelbagai maksud bermula dengan kerohanian (spirituality) dan berakhir dengan kemasyarakatan (societal) - dari dalam ke luar.[8]

Sepuluh lapisan ini mengaitkan aspek dalaman IJER termasuk etika dan kognitif - psikologikal, selain dari aspek luaran ekologi, ekonomi, sosio-budaya serta kemasyarakatan. Bermaksud enam diantaranya mewakil mikrokosmos dan empat makrokosmos. Enam bagi mikrokosmos terbahagi tiga kepada ruang lingkup "hati" (qalbu) dan tiga lagi "otak" (minda) - kedua-dua ruang lingkup ini saling mengimbangi dan harmonis. Ia juga menetapkan ruang lingkup nilai serta had garis etika yang memberi rujukan kepada pandangan alam sejahtera.[4]

Malah mengikut logik ini, sejahtera lebih bermakna digunakan untuk mengambarkan apa itu kelestarian selain daripada terjemahan istilah Inggeris "sustainability" atau "'sustainable development." Walhal, sejahtera atas sifatnya yang seimbang serta harmonis melalui SPICES lebih sesuai dalam menerapkan nilai dan amalan kesejahateraan sesama manusia, alam sekitar (luaran), dan diri sendiri serta Tuhan (dalaman). Lebih baik jika sejahtera di gunakan untuk membawa maksud yang lebih tepat berbanding lestari atau mampan/mapan - suatu terjemahan dan bukan berakar umbi kearifan tempatan, umpama sejahtera. Ia bukan sembarangan.[45]

Konsep dalam Kepemimpinan

sunting

Berkaitan rapat dengan beberapa aspek diatas tentunya cara pencapaian lebih adalah baik melalui tertib tadbir urus rapi dan telus. Pendek kata, aspek kepemimpinan merupakan teras penting dalam mengamal dan menyelengarakan sejahtera. Dan mengelakkan sengsara. Yakni menjadikan gaya hidup dan kehidupan lebih positif dan merancakkan lagi proses mensejahterakan diri masing-masing sebagai satu cabaran kepemimpinan semasa.[46][47] Hakikatnya, para pemimpin sebagini jarang kelihatan sejak dahulu lagi. Yang dilantik masih yang tidak menunjukkan kecekapan yang menyakinkan.[48] Kearah ini satu program bernama Sejahtera Leadership Initiative (SLI) dipelopori[8]. Tujuannya adalah untuk menentukan konsep serta prinsip asas sejahtera seperti yang dibincangkan tidak tercicir mengekori model kepimpinan yang ada khasnya dari Barat yang tidak memberi pemberatan kepada kesejahteraan diri. Ataupun dari sudut budaya Barat, bukan Timur apa lagi Melayu dan Malaysia dengan makna serta maksudnya tersendiri. Tidak juga dari bahasa asalnya, Sanskrit.

SLI dalam hal ini, membawa satu lagi dimensi yang agak baru apabila membuka ruang mikrokosmos lebih luas daripada pendekatan konvensional. Yakni mengenali diri atau dalaman secara lebih dekat dan rapi. Dalam kerangka FPE UNESCO merujuk kepada pendidikan untuk kendiri, dan dari sudut FPK mengimbangi aspek kerohanian - satu dimensi jarang sekali disentuh dalam model Barat. Ternyata oleh itu, SLI sebagai satu usaha inisiaif rakyat terbanyak mengingatkan kita bahawa sebagai umat manusia akan tujuan yang sama dalam mencari kesejahteraan yang wujud dalam budaya dan masyarakat masing-masing; walaupun dikenali dengan istilah berbeza (ikigai atau kizuna Jepun; ubuntu Africa; yin-yang China dsb). Namun, aspek ini tidak mendapat pendedahan yang secukupnya untuk membawa sejahtera ketengah sebagai satu imbangan yang penting untuk kepemimpinan memupuk sejahtera.[44]

Apa yang ketara, ini juga menuntut satu lagi penerokaan pendidikan, paksi kepemimpinan sejahtera perlu dibangunkan mengikut acuan budaya dan tamadun sendiri dan bukan ekoran retentan penjajah yang belah dan perintah. Atas dasar ini, aspek kepemimpinan sejahtera dianggap pokok kepada konsep asas supaya amal sejahtera bertambah kukuh serta mantap, sambil mengambil peduli akan perkembangan lain yang sejajar[49], termasuk Revolusi Industri Keempat.[50][51][41].

Konsep dalam fahaman budaya-agama umumnya

sunting

Dalam setiap agama khususnya sebagai satu cara hidup dan kefahaman untuk mencari kerukunan sesama manusia, landasan sejahtara semestinya penting.[52] Apa lagi agama berbekalkan ilmu keTuhanan sebagai landasan tindakan kearah kebaikan, kesempurnaan serta kemesraan. Dengan lain kata, kata seumpama ini merupakan warisan dikalangan manusia sejak dahulu lagi. Seperti yang dinyatakan diatas hampir setiap masyarakat serta tamadun mempunyai konsep yang selari dengan sejahtera berasas nilai keseimbangan, keharmonian serta kehidupan bersama sekurang-kurangnya. Yang jelas banyak tamadun dan agama mengakui serta mendakap tiga nilai ini. Perkataan Jepun kizuna (絆) mempunyai makna "pertalian" atau ïkatan" yang semesti berkaitan dengan tiga nilai tadi sama ada secara langsung atau tidak.

 
Keluarga besar yang perlu dilindungi. Sumber: Dzulkifli Abdul Razak

Memupuk pertalian antara manusia dan juga persekitarannya, terutama sekali dalam keadaan tidak menentu dan bencana, amat mencabar sekali. Ini sekali gus menekankan kepada rasa saling menghormati, mempercayai dan juga bantu-membantu untuk meredakan, kalau tidak pun menyelesaikan, masalah supaya kembali sejahtera bagi semua. Termasuk memupuk rasa berkasih sayang dalam sesebuah keluarga umumnya. Pada tahun 2011, semasa tsunami akibat gempa bumi di Fukushima, perkataan kizuna ini dipilih sebagai penggerak utama kepada ahli masyarakat yang ditimpa bahana teresebut. Perkataan ini dikatakan wujud sejak tahun 938 lagi dalam amalan budaya Jepun. TIdak hairanlah, oleh itu, kegunaan begitu meluas bukannya dipinjam atau diterjemahkan dari bahasa asing! Sebaliknya, mengikut satu pengalaman kizuna adalah ikatan untuk berkerjasama dalam menghadapi keperitan (“Kizuna in Japan makes a very strong team, both for collaboration and to face challenges. In Japan there have been many natural disasters that break our cities and our hearts, and every time there is a need to rebuild together. For this reason, for us Japanese, kizuna is a very important thing.” – Sho Hirano, Satoyama Experience).

Projek Kampung Mizan[53] yang dipelopori oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merupakan satu lagi contoh terkini dalam memupuk kebersamaan antara universiti dengan masyarakat awam, khasnya diperkampungan dan desa. Ditubuh pada tahun 2016, ia bertujuan menyebarkan maklumat mengenai keseimbangan (mizan) dalam semua aspek kehidupan manusia khususnya dari perspective Islam. Projek yang diselia of Pusat Penyelidikan Mizan (MRC) meraikan nilai-nilai sejagat yang asas bagi kehidupan serta perlindungan manusia. Ia mengam bil berat tentang imbangan hidup manusia dengan pembangunan alam sekitar, kepemimpinan, dan merapatkan jurang berbezaan dalam kehidupan soal dengan mempertahankan bibit kemanusiaan untuk kesejahteraan semua pihak. Dan mengelakkan krisis dari semua segi - manusia, persekitaran, politik, sosial dan ekonomi.

Sejahtera dalam Islam

sunting

Dalam Islam, sejahtera dikatakan sejajar dengan matlamat terakhir seseorang penganut yang menekankan nilai seperti taqwa, ihsan dan kecintaan terhadap Allah (hubbú'llah, mahabba'tullah). Ia juga berpusatkan pada qalbu yang menurut Islam merupakan penumpuan roh manusia serta perwatakannya berlandaskan pandangan alam al-Quran[54]. Aspek ini mendapat perhatian khas ekoran pandemik yang mendedahkan lebih banyak jurang kefahaman dari sudut pandang yang ada sehingga menyukarkan lagi kehidupan semasa pandemik. Maka, sejahtera wajar difahami dengan terperinci setanding dengan tuntutan agama mengikut hujah Kamal Hassan. Setelah mengambil kira perkara berkenaan, sejahtera dikata lebih mirip dengan konsep al-falah yang merangkumi dunia dan akhirat.

Umumnya, walau bagaimana sejahtera boleh dikatakan mempunyai kemiripan dengan agama Islam dari segi penggunaannya dalam amal seharian terutama mengucapkan assalamu'alaikum (ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ) bermaksud “keselamatan sejahtera atas kamu” atau “salam sejahtera ke atas kamu” [55] yang sering diterjemahkan sebagai Salam Sejahtera kepada semua hadirin tidak mengira bangsa dan agama.[34]

Dalam hal ini, proses memperjelaskan lagi maksud sejahtera penting dilakukan agar tidak terpalit pengaruh penjajahan. Pada 2008, sebuah terbitan United Nations University[56] memuatkan bab berjudul Decolonising the Paradigm of Sustainable Development through the Traditional Concept of Sejahtera untuk mencerahkan aspek etimologi-antropologi (dalam kes ini, konsep sejahtera) dan kaitannya dengan jaringan budaya untuk memahami ESD sebagai satu konsep 'hidup' melewati kefahaman penjajahan bagi perlaksanaannya. Juga mengenepikan ciri-ciri birokrasi serta teknikal yang memesongkan makna sejahtera seadanya. Jelas, konteks budaya dan sejarah mesti sesuai untuk mendapat kefahaman yang tepat lagi betul. Seterusnya, penerimaan yang lebih mudah dan pantas bukan sebagai konsep asing, dimana sejahtera menggantikan lestari, mampan atau mapan dan sebagainya. Sekali gus, menentukan yang intipati sejahtera tidak berselisih dengan al-falah seperti yang dicatat diatas.

Ini akan membenarkan transformasi sosial berlaku dengan baik dan tuntas meliputi aspek 5P malah terkait terus dengan lima matlamat syariah (maqasid as-syariah) dalam kerangka RLA mengatasi 17 matlamat SDG. Cara ini membawa sikap dan kefahaman yang lebih positif dalam menyelengarakan sumber-sumber untuk memulihara alam sekitar. Melalui pendekatan menyeluruh SPICES imbangan serta harmonis, dan kehidupan bersama jelas menekankan nilai taqwa, ihsan dalam mendekati Tuhan yang Maha Esa.

 
Laporan tentang keluasan jurang jantina (WEF, 2021). Sumber: Ivana Milojevic

Dari segi pembinaan institusi pula, meningkatkan kesedaran serta kefahaman tentang sejahtera memudahkan lagi pengalaman RLA dan 17 matlamat SDG kerana kaitan nilai dan budaya beragama bertambah mirip sepertimana sebelum penjajah memasuki ambang Nusantara. Oleh sebab kini semakin banyak dilupai jurangnya bertambah luas dari generasi demi generasi serta jantina. Kaedah pembinaan bersama serentak belajar bersama (co-creation dan co-learning) dalam masyarakat sebenarnya akan mezahirkan interaksi yang menyatukan, mengimbangi untuk hidup bersama dengan harmonis, lantas kesejahteraan diri dan masyarakat terserlah sebagai kemenjadian "insan sejahtera" yang disasarkan. Penyah-penjajahan adalah proses yang mutlak supaya budaya setempat serta pendekatan menyeluruh menjadi hasil transformasi yang kekal bagi pemupukan "insan sejahtera." Malangnya, selepas lebih enam dekad merdeka Malaysia belum dapat melepaskan maruahnya dari kongkongan penjajahan[57] sedangkan sejahtera dianggap penting dalam membangunkan kehidupan berteraskan kearifan tempatan budaya Melayu dan Malaysia kearah menepati kemenjadiaan "insan sejahtera."

Insan Sejahtera[29][58]

sunting

Istilah "kesejahteraan diri" dalam FPK dengan jelas meletakkan "insan yang sejahtera" sebagai penyudah proses pendidikan Malaysia. Sifatnya bergantung kepada nilai-nilai seimbang, harmonis, dengan intelek, jasmani, rohani, emosi taat akan Tuhan, agar akhlak yang etikal. Susunan semula kata kunci ini: seimbang, emosi, jasmani, akal(intelek), harmonis, Tuhan, etika, rohani, akhlak, memberi dengan tepat unsur-unsur nilai "sejahtera" sebenarnya, khasnya dalam memantapkan nilai manusiawi bukan sahaja tempatan tetapi seantero. Ini diakui ramai selepas kejadian pandemik yang dahsyat tatkala manusia kehilangan erti dan maksud insan yang sejahtera serata dunia. Kini diasak pula dengan kecerdasan buatan (AI), serta ChatGPT bersama-sama serentak. Apapun kefahaman dan nilai sejahtera masih kekal hak insan sejahtera selagi manusia tidak mengadai sifat kemanusiaannya kepada arts AI yang tidak sejahtera sama sekali.[6]

Insan sejahtera, juga dapat dirasai melalui lirik lagu Sejahtera Malaysia[59] terutama sekali "berkorban untuk negara" dalam mengecapi sejahtera, yang kini hampir tidak terkesan dan luput.

Puji dan syukur pada Ilahi

Anugerahnya tiada terhingga

Kedamaian kemakmuran

Malaysiaku bahagia

Dengan tekad untuk berjaya

Berbakti pada nusa dan bangsa

Kami junjung cita-cita luhur

Perpaduan seluruh negeri

(Korus)

Seia sekata sehati sejiwa

Menghadapi cabaran

Kami sedia kami setia

Berkorban untuk negara

Bersemarak Malaysia tercinta

Kibarkan panji kebesarannya

Kami rela menjaga namamu

Sejahtera Malaysia

Sejahtera di Pentas Dunia

sunting
 
Pusat Sejahtera RCE Tongyeong di Korea, 2023. Sumber: Dzulkifli Abdul Razak

Semenjak awal tahun 2000, apabila konsep sejahtera dan SPICES - seperti yang diterangkan sebelum ini, mula dianjur di USM beberapa perkembangan besar berlaku secara bersengaja tanpa apa-apa rancangan rasmi dibuat. Satu antaranya adalah penubuhan sebuah Pusat Sejahtara dan Rimba Sejahtera Korea Selatan.[16] Ia bertindak sebagai rujukan tentang serba-serbi pembangunan lestari sepertimana di USM[29] tetapi terletak di Tongyeong, selatan Korea. Tujuannya untuk membangunkan konsep sejahtera di satu kawasan khas sebagai tapak pendidikan bersepadu lagi seimbang untuk memupuk kehidupan bersama. Ia menelan belanja anggaran USD 20 juta meliputi kawasan seluas 200,000 meter per segi[16]. Ia juga menjaringkan 15 negara dan 23 bandar raya di rantau Asia-Pasifik dalam satu usahasama dengan sokongan Kementerian Alam Sekitar, kerajaan Korea.

 
ASEAN 2040 di Pasar Seni KL, 2024. Sumber: Dzulkifli Abdul Razak

Dalam pada itu, banyak negara ASEAN mendapat manfaat daripada rangkaian sejahtera ini, khasnaya Malaysia, Indonesia, Thailand serta Filipina - masing-masing mempunyai tradisi serta kefahaman sejahtera yang seakan-akan. Indonesia, paling dekat sekali dengan istilah kesejahteraan.[60] Namun begitu ada beberapa perbezaan yang menunjukkan kearifan tempat serta kefahaman[61] yang sesuai dengan nilai tempat tanpa merosakkan hubungan dan rangkaian yang ada. Kepelbagaian seumpana inilah yang memperkuatkan makna sejahtera dari segi keseimbangan, keharmonian serta aspek kehidupan bersama. Petikan dari rujukan tersebut menjelaskannya "sebagai nilai berhemat atau kualiti hidup, merujuk kepada perkara yang secara intrinsik bernilai pada seseorang." Ia boleh juga dipecah-pecahkan kepada beberapa aspek seperti dalam ekonomi, sejahtera dihubungkan dengan keuntungan benda. Sejahtera memliki erti khusus, resmi atau teknikal (lihat ekonomi kesejahteraan), mengikut istilah fungsi kesejahteraan sosial. Atau dalam kebijakan sosial, kesejahteraan sosial menunjuk ke jangkauan pelayanan untuk memenuhi keperluan masyarakat. Ini adalah istilah yang digunakan dalam ide negara sejahtera.[62] Rumusannya, kesejahteraan memainkan peranan penting dalam etika kerana apa yang patut dilakukan bergantung, sekurang-kurangnya pada tahap tertentu, pada apa yang akan menjadikan kehidupan seseorang itu lebih baik atau lebih teruk. Bagi negara seperti Bhutan, soal kesejahteraan sosial mendapat lebih banyak penekanan berbanding kecerdasan buatan.[63]

Model Komuniversiti

sunting

Pada masa yang sama, sejahtera diperkembangkan melalui berbagai usaha.[64][65] Apapun pendidikan mengikut FPK (1996) dengan mengambil kira yang kaitannya bermula dari masyarakat setempat, kemudian seantero, merupakan paksi yang kental dan kekal. Untuk tujuan ini gabungan masyarakat ataupun komuniti serta universiti dilangsung sebagai "komuniversiti" tanpa apa-apa pemisahan antara satu sama lain. Ini agak berbeda dengan konsep awal umpama "multiversiti"[66] mahupun "pluriversiti" - masing-masing menyanggah konsep "universiti" (Latin, universitas) yang berputik pada tahun 1088, di Bologna melalui satu persefahaman dikenali sebagai Magna Charta Universitatum (MCU)[67] (ada juga versi dalam bahasa Indonesia). Asalnya, pada tahun 1988, 900 tahun ulangtahun MCU, kefahaman asas berpaksi kepada apa yang dicatat sebagai “the trustee of the European humanist tradition”, yakni pemegang amanah tradisi kemanusiaan Eropah - tidak lagi mengambarkan pandangan semasa yang menidakkan pandangan sempit, khasnya bagi mereka diluar gagasan negara Eropah.

 
RCE Greater Gombak di UIAM, 2020. Sumber: Dzulkifli Abdul Razak

Bagi khalayak ramai, ini merupakan satu bentuk penjajahan yang halus yang ditularkan kepada dunia dan sebarkan meluas melalui program penarafan (ranking) serta berbagai cara lain yang menolak konsep sejahtera sama sekali. Maksudnya, satu lagi pelantar seakan-akan multiversiti dan pluriversiti diperlukan. Mengikut, University World News (UWN, 2 Dis 2023)[68], komuniversiti yang dirintis di Malaysia melalui Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada awal tahun 2000an berasas RCE dan kerangka SAF[4] menekankan kehidupan bersama (coexistence) dan pembinaan bersama (co-creation) ilmu antara universiti dan masyarakat sekitarnya. Sejahtera dipelajari dan dimajukan oleh para pelajar semasa penglibatan bersama yang menguntungkan kedua-dua pihak. Ia satu pengembaraan untuk mencari ilmu dan amalan sejahtera yang masih wujud dikalangan masyarakat yang telah dilupakan oleh pengaruh penjajahan. Namun, walaupun penggunaannya masih meluas, pengisiaan agak kosong dan tidak berkesan. Hasrat komuniversiti adalah untuk mengembalikan sejahtera semula kepangkuan masyarakat secara menyeluruh melalui pendidikan bersifat manusiawi. [68]

Satu lagi manfaat besar dari konsep ini kepada sejahtera, bukan sahaja bentuk ilmunya yang kukuh, tetapi keupayaan menterjemahkan kepada keuntungan langsung dalam memupuk kehidupan seimbang dan harmonis berlandaskan nilai tempatan dan sejagat. Kaedah ini penting dalam pembentukan akhlak serta kesejahteraan diri sebagai matlamat terakhir FPK. Begitu bagi mendapatkan pendidikan yang berterusan, penyeluruh dan bersepadu kearah kesejahteraan diri.[69]

Selain itu, Universiti Okayama di Jepun, memulakan konsep 'kominkan'[70] atau pusat pembelajaran komuniti setelah merangkumkan tradisi wilayah Okayama sebagai suatu model ESD Okayama. Fokusnya, adalah untuk mengalakkan rakyat bersama-sama dalam projek gabungan berbentuk tidak formal atau pendidikan sosial secara kerjasama dan usahasama dengan pelbagai pemegang taruh untuk sejahtera dan kelestarian. Ia tidak ada berkaitan dengan persaingan, pertumbuhan ekonomi dan penarafan berasas susunan darajat mengikut selera penajanya. Universiti Okayama membangunkan wawasan ESD ini sebagai usaha transformasi bagi pengajian tinggi.

Dalam hal ini, pengalamannya dengan UIAM mempunyai kemiripan yang hampir serupa walaupun berusaha secara berasingan dalam banyak hal. Seperti Okayama, UIAM juga adalah RCE[10] seperti yang isytihar oleh Universiti PBB[11] di Tokyo. Kedua-dua mengambil pendekatan institusi menyeluruh, dan seterusnya komuniti menyeluruh membawa kepada negara menyeluruh!

Sengsara

sunting
 
Gelandangan di kota. Sumber: Dzulkifli Abdul Razak
 
Khusyuk bersama AI (kecerdasan buatan). Sumber: Dzulkifli Abdul Razak

Ada yang mengatakan bahawa berlawanan dengan sejahtera adalah sengsara[54] (seng.sa.ra /sêngsara, ejaan jawi - سڠسارا). Ia sinonim dengan susah payah, menderita, melarat, seksa, sangsai, dan sengsai.[71] Pendek kata tidak sejahtera, atau tiada memperolehi kesejahteraan diri. Di Indonesia, ia juga membawa makna kesulitan dan kesukaran: hidupnya akan sengsara apabila ia mengikuti suami yang menganggur dan suka mabuk itu.[72]

Juga didapati asalnya dari bahasa Sanskrit, samsara (संसार saṃsāra "mengembara", "dunia", "penjelmaan; perputaran keberadaan mengelilingi dunia"; juga sengsara). Ini berkait dengan kefahaman dalam agama-agama berasaskan dharma iaitu Hinduisme dan Buddhisme yang menerangkan keberadaan kehidupan seseorang seolah-olah dalam suatu kitaran kematian dan kelahiran semula secara berterusan. Ia dijangka sehingga mencapai pembebasan menemui hakikat tuhan sama ada melalui muksa, nirwana, mukti atau kaivalya. Hal ini sangat terkait dengan teori karma agama Hindu, dan pembebasan dari saṃsāra telah menjadi inti pencarian keharmonian tradisi dirantau subbenua India.[28]

Dengan tercetusnya teknologi baharu seperti ChatGTP and kcerdasan buatan (AI), pelbagai bentuk kesengsaraan lain akan menyusul apabila kecerdasan asal manusiawi terabai dan tidak terusus dengan baik.[73]

Iktibar Sejahtera dari Pandemik Covid-19

sunting

Istilah sejahtera semasa pandemik di Malaysia dipopularkan[74] oleh peranti MySejahtera[75] yang dianggap sebagai alat penentuan berlakunya jangkitan Covid-19 atau tidak.[76] Ia suatu ciptaan penting dalam merangcang untuk mengurus dan meredakan rebakan virus berkenaan. Masalah mengesan jenis virus dipermudahkannya dewasa itu. Apapun globalisation mendapat satu lagi jendela bagi semua sudut baik tahap tempatan sekalipun. Satu-satunya pengajaran[77] dan iktibar yang diperolehi dari konsep sejahtera teserlah dengan jelas semasa serangan Covid-19 mulai 2019, tarikh yang dikatakan rasmi bagi dunia.[78] Sebuah peristiwa yang dahsyat dan mengejutkan terjadi tiba-tiba tanpa sebarang persediaan, malah tiada ilmu pengetahuan mendalam pun. Manusia diseluruh dunia terpingga-pingga dari semua lapangan dan kedudukan dari sudut baharu. Tidak seorang pun terkecuali, miskin kaya, maju mundur, timur barat, dewasa kanak-kanak, lelaki wanita dan sebagainya. Globalisasi bak terhenti!

 
Penyuci tangan Covid-19. Sumber: Dzulkifli Abdul Razak

Semuanya tidak selamat melainkan mereka yang pandai mengawal keadaan dengan mengawal diri dan setempat! Ini yang di ajukan keseluruh dunia, yakni menjaga jarak termasuk 'berkurung' atau memakai pelitup muka, tidak bergaul dengan rapi terutama dengan mereka yang tidak dikenali dan disyaki. Mencuci tangan dengan sabun atau bahan pencuci khas; dan tidak membuat sentuhan rambang dan menyentuh rongga muka (mata, hidung terutama sekali). Semua ini mempunyai satu dasar asas - untuk mengekalkan imbangan diri supaya tidak terjangkit virus berkaitan untuk bermaharajalela. Dengan kata lain, menjaga dengan teliti kesejahteraan diri agar tidak dikuasa virus Covid-19. Hatta, mereka yang penuh berdisiplin dapat mengekalkan imbangan diri akan lebih terselamat berbanding dengan yang tidak patuh akan peraturan yang sama. Ini ternyata disaksikan disekitar dunia apabila kes mereka yang tidak patuh berleluasa - lebih ramai pula yang maut sehingga berjuta-juta dinegara paling maju seperti Amerika Syarikat[79] dan juga Eropah. Sedang negara sebelah Timur (Jepun,[80] Korea,[81] Taiwan misalnya) tidak begitu. Bahkan sebaliknya! [82] Walaupun dalam suntikan belum lagi dicipta.

Tambahan itu, kepada mereka yang pandai mensejahterakan diri tidak terjebak dengan isu-isu emosi dan kesihatan mental kerana pintar mengawal perasaan serta kecelaruan emosi. Jadi ramai diantara mereka cenderung untuk membunuh diri[83] atau mengalami kemurungan ataupun rasa tertekan akibat kedudukan kurang sejahtera, kalau tidak pun sengsara semasa mengalami jangkitan tersebut! Ini turut menyebabkan beberapa tindakan yang boleh meningkatkan lagi kesengsaraan seperti keganasan rumah tangga, gangguan seksual, ketegangan tingkah lalu, termasuk buli, kususnya para pelarian dan tidak bernegara. Dilaporkan lebih ramai kaum wanita terainaya dalam apa yang panggil sebagai Pandemik Bayangan (The Shadow Pandemic).[84]

 
Poster Komuniversiti terentang di UIAM 2024. Sumber: Dzulkifli Abdul Razak.

Kesimpulannya dalam banyak hal soal hidup dan mati, sejahtera dan imbangan memainkan peranan penting, sama ada disedari atau tidak. Maka kefahaman apa itu "sejahtera" menjadi pokok merentasi amalan lama dan tradisi, bertokok tambah dengan pengalaman serta soal tadbir urus termasuk model terkini buat masa hadapan. Akarnya adalah sejahtera sebagai satu-satunya faktor tegar yang tidak boleh diabaikan lagi sepertimana laungan dalam FPK[19].

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c d TEDx Talks (2016-07-25), Sejahtera: The Context of Balancing | Dzulkifli Abdul Razak | TEDxUSMNibongTebal, dicapai pada 2024-09-11
  2. ^ "Carian Umum". prpm.dbp.gov.my. Dicapai pada 2024-09-18.
  3. ^ a b "Home". Sejahtera Malaysia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-09-18.
  4. ^ a b c d Borhan, Lihanna; Razak, Dzulkifli Abdul (2023), Sejahtera Academic Framework as Values-Based Platform for IIUM Post-Pandemic Education, Springer International Publishing, m/s. 611–624, ISBN 978-3-031-24419-3, dicapai pada 2024-09-11
  5. ^ Dzulkifli, Abdul Razak (2021-10-20). "'Sejahtera' goes beyond 'happiness'". NST Online (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-09-14.
  6. ^ a b c d Dzulkifli, Abdul Razak (2018-11-11). "What is 'sejahtera'? | New Straits Times". NST Online (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-09-14.
  7. ^ Sanusi, Zainal Abidin; Wan Zulkifle, Wan Zahidah; Abdul Razak, Dzulkifli (2023), Sejahtera, Springer International Publishing, m/s. 911–916, ISBN 978-3-031-25909-8, dicapai pada 2024-09-11
  8. ^ a b c d e f Dzulkifl, Abdul Razak. "Essay on Sejahtera: Concept, Principle and Practice - Flip eBook Pages 1-50 | AnyFlip". anyflip.com. Dicapai pada 2024-09-11.
  9. ^ a b "KAMPUS SEJAHTERA : Simbol Keunikan USM". Pro Mahasiswa USM. 2008-10-10. Dicapai pada 2024-09-18.
  10. ^ a b Regional Centres of Expertise (dalam bahasa Inggeris), 2024-08-15, dicapai pada 2024-09-17
  11. ^ a b "UNU | United Nations University". unu.edu (dalam bahasa Inggeris). 2024-09-20. Dicapai pada 2024-09-17.
  12. ^ "The White Coffin: Student Environmental Activism at Universiti Sains Malaysia | PDF | Sustainability | University". Scribd (dalam bahasa Inggeris). 2012. Dicapai pada 2024-09-18.
  13. ^ "The White Coffin".
  14. ^ a b Dzulkifli, Abdul Razak (2022-05-30). "'Sejahtera' must be internalised, it is the fountainhead of good values | New Straits Times". NST Online (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-09-14.
  15. ^ "Asia-Pacific University - Community Engagement Network | UIA Yearbook Profile | Union of International Associations". uia.org. Dicapai pada 2024-09-18.
  16. ^ a b c Dzulkifli, Abdul Razak (2015-05-26). "My View - Sejahtera comes alive in Korea". thesun.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-09-14.
  17. ^ "Simposium of Kampung Mizan Research". Flickr (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-09-20.
  18. ^ Rahim, Raja Noraina Raja (2016-09-25). "Model Kampung Mizan". HM Online. Dicapai pada 2024-09-20.
  19. ^ a b Dzulkifli Abdul Razak, & Rosnani Hashim (Penyunting) (2020). Pentafsiran baharu Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelaksanaannya Pasca 2020 (Edisi Semakan). Kuala Lumpur: IIUM Press. ISBN 9789674910570.
  20. ^ Suriani, Dzulkifli. "K4C MTP Residency Report 2022 (Full size).pdf". Google Docs. Dicapai pada 2024-09-20.
  21. ^ Dialektika TV (2020-06-03), [Dialog Sejahtera] Siri 1 - Falsafah Pendidikan Kebangsaan ~ Kerangka Yang Terabai ~, dicapai pada 2024-09-18
  22. ^ "Dialog Sejahtera – Sejahtera Centre" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-09-18.
  23. ^ Abdul Razak, Arbaiah; Sanusi, Zainal Abidin (2023-06-26). "Sejahtera leadership: An Indigenous Malay Concept in Higher Education for Sustainable Development". Journal of Islam in Asia (E-ISSN 2289-8077). 20 (2): 345–371. doi:10.31436/jia.v20i2.1171. ISSN 2289-8077.
  24. ^ "International Islamic University Malaysia, Malaysia | Green Gown Awards". www.greengownawards.org. Dicapai pada 2024-09-19.
  25. ^ Ender, Kenneth. "We Need a 'Communiversity' Model of Public Education". Inside Higher Ed (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-09-19.
  26. ^ "Unescochair | UNESCO Chair in Community Based Research and Social Responsibility in Higher Education" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-09-20.
  27. ^ "USIM is now UNESCO KNOWLEDGE FOR CHANGE (K4C) Regional Training Centre (RTC) for Asia 2024 – 2027". BacalahMalaysia.my (dalam bahasa Inggeris). 2024-09-24. Dicapai pada 2024-09-28.
  28. ^ a b Samsara, 2021-10-03, dicapai pada 2024-09-18
  29. ^ a b c Dzulkifli, Abdul Razak (2019-05-31). "Introduce 'sejahtera' values in education | New Straits Times". NST Online (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-09-14.
  30. ^ a b Syahirah, Rosli; Siti Fairuz, Mahmud; & Mohd Edyazuan Azni (2022). "Mengintegrasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Dalam Membangunkan Modal Insan Bersepadu". Jurnal Dunia Pendidikan: 86–103. Check date values in: |year= (bantuan)CS1 maint: date and year (link)
  31. ^ Fitzsimons, Patrick (2015), Peters, Michael (penyunting), Human Capital Theory and Education (dalam bahasa Inggeris), Springer Singapore, m/s. 1–4, doi:10.1007/978-981-287-532-7_331-1, ISBN 978-981-287-532-7, dicapai pada 2024-09-12
  32. ^ Abu Kassim, Noor Lide (2023-06-30). "4IR, 5IR, Society 5.0, and Values in Education". IIUM Journal of Educational Studies. 11 (1): 1–2. doi:10.31436/ijes.v11i1.486. ISSN 2289-8085.
  33. ^ "What Is the Human Capital Theory and How Is It Used?". Investopedia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-09-12.
  34. ^ a b Dzulkifli, Abdul Razak (2019-05-31). "Introduce 'sejahtera' values in education". NST Online (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-09-14.
  35. ^ Quayum, Mohammad A. (2018-01-01). "Review of Fourth Industrial Revolution: The Leadership Dilemma". Asiatic.CS1 maint: date and year (link)
  36. ^ "The 4 Pillars of Education by UNESCO". You are Mom (dalam bahasa Inggeris). 2021-01-28. Dicapai pada 2024-09-12.
  37. ^ Musliman, Dita Anggraini Nurjannah (2019). "Educational Governance Innovation through Implementation of Four UNESCO Education Pillars". Proceedings of the 3rd International Conference on Education Innovation (ICEI 2019). Paris, France: Atlantis Press. doi:10.2991/icei-19.2019.50.
  38. ^ "Time To Decolonise The 'WEIRD' Ranking Construct!". BacalahMalaysia.my (dalam bahasa Inggeris). 2023-07-10. Dicapai pada 2024-09-18.
  39. ^ Brundtland Report, SAGE Publications, Inc., 2007, ISBN 978-1-4129-2761-1, dicapai pada 2024-09-12
  40. ^ "Work-Life Balance: What It Is and 5 Ways to Improve Yours". Coursera (dalam bahasa Inggeris). 2024-02-13. Dicapai pada 2024-09-12.
  41. ^ a b Dzulkifli, Abdul Razak & Abdul Rashid Moten. "The Fourth Industrial Revolution Shaping A Humane World? Dzulkifli Abdul Razak, Abdul Rashid Moten | PDF". Scribd (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-09-14.
  42. ^ Editor, RSOG. "Fourth Industrial Revolution: The Leadership Dilemma" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-09-14.CS1 maint: extra text: authors list (link)
  43. ^ Dzulkifli, Abdul Razak (2023), in, Jahn Kassim, Shireen; Abdul Majid, Noor Hanita (penyunting), Epilogue: Sustainability, ‘Sejahtera’ and the South East Asian Continuum (dalam bahasa Inggeris), Springer Nature Singapore, m/s. 395–405, doi:10.1007/978-981-19-1637-3_19, ISBN 978-981-19-1636-6, dicapai pada 2024-09-15
  44. ^ a b Dzulkifli, Abdul Razak (2023-04-10). "Integration of Knowledge: Connecting the Dots". International Journal on Integration of Knowledge. 1 (1): 1–11. doi:10.31436/ijiok.v1i1.10. ISSN 2990-9392.
  45. ^ Dzulkifli, Abdul Razak (2022-04-07). "Faham sejahtera bukan sembarangan". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2024-09-19.
  46. ^ Dzulkifli, Abdul Razak. "Nurturing A Balanced Person : The Leadership Challenge". Goodreads (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-09-14.
  47. ^ Dzulkifli, Abdul Razak. "A New Expanded Edition - NURTURING A BALANCED PERSON THE LEADERSHIP CHALLENGE". mybookstore.usim.edu.my. Dicapai pada 2024-09-14.
  48. ^ Chamorro-Premuzic, Tomas (2019-03-12). "Why Are We Still Promoting Incompetent Men?". Harvard Business Review. ISSN 0017-8012. Dicapai pada 2024-09-21.
  49. ^ Hopkins, Charles A.; Kohl, Katrin; Didham, Robert J.; Abdul Razak, Dzulkifli; Sanusi, Zainal Abidin; Vilela, Mirian (2024-03-20). "Envisioning leadership for tomorrow's collective well-being". PROSPECTS. 54 (2): 383–392. doi:10.1007/s11125-024-09686-9. ISSN 0033-1538.
  50. ^ "Fourth Industrial Revolution, Dzulkifli Abdul Razak". Bing. Dicapai pada 2024-09-14.
  51. ^ Quayum, Mohammad A. (2018-12-30). "Dzulkifli Abdul Razak, Fourth Industrial Revolution: The Leadership Dilemma". Asiatic: IIUM Journal of English Language and Literature (dalam bahasa Inggeris). 12 (2): 201–205. doi:10.31436/asiatic.v12i2.1344. ISSN 1985-3106.
  52. ^ "NST Leader: A moral Malaysia". NST Online (dalam bahasa Inggeris). 2022-02-26. Dicapai pada 2024-09-14.
  53. ^ "KAMPUNG MIZAN" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-09-19.
  54. ^ a b Hassan, Mohd Kamal (2021). The Malay concept of sejahtera from an Islamic perspective (dalam bahasa Inggeris). Gombak: IIUM Press. ISBN 978-967-491-084-6.
  55. ^ Juhari, Hannani (2023-05-05). "Assalamualaikum ( ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ) : Maksud dan Kelebihan Ucapan". Taqwa (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-09-18.
  56. ^ Dzulkifli Abdul Razak; Nasha Rodziadi Khaw, Zulkifli Baharom; Mahazan Abdul Mutalib, Hood Mohd Salleh (2018) Chapter 14. Decolonising the Paradigm of Sustainable Development through the Traditional Concept of Sejahtera, in Fadeeva, Z., Galkute, L. & Kiran C (Eds.), Academia and Communities: Engaging for Change. (2018-08-01). "Innovation in the Local and Global Learning Systems for Sustainability,". https://centre.iium.edu.my/sejahtera/wp-content/uploads/2019/12/Chapter14.pdf. Learning Contributions of Regional Centres of Expertise for Sustainable Development, United Nations University, Institute for the Advanced Study of Sustainability,Tokyo, pp. 210-219. External link in |journal= (bantuan)CS1 maint: date and year (link)
  57. ^ Ab Razak, Ratna Roshida; Mohd Isa, Nur Ayuni; Zakaria, Muhammad Hafeez (2023-05-31). "Paradigma Sejahtera sebagai Acuan Pemeribumian Agenda Matlamat Pembangunan Lestari (SDG)". Sains Insani. 8 (1): 87–93. doi:10.33102/sainsinsani.vol8no1.514. ISSN 0127-7871.
  58. ^ Dzulkifli, Abdul Razak (2022-10-29). "A model of 'insan sejahtera' | New Straits Times". NST Online (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-09-14.
  59. ^ "Sejahtera Malaysia - Gelintar Video". www.bing.com. Dicapai pada 2024-09-18.
  60. ^ Kesejahteraan (Wikipedia), 2024-08-17, dicapai pada 2024-09-16
  61. ^ "Kamus Besar Indonesia". https://www.kompas.com/skola/read/2021/01/20/164114169/upaya-mewujudkan-kesejahteraan-masyarakat#:~:text=Dalam%20buku%20Indonesia%20Macroeconomic%20Outlook%20%282009%29%2C%20masyarakat%20sejahtera,mampu%20mengimplementasikan%20kesetaraan%20gender%2C%20dan%20merasakan%20fasilitas%20kesehatan. Dicapai pada 2024-09-19. External link in |website= (bantuan)
  62. ^ Kesejahteraan (dalam bahasa Indonesia), 2023-06-18, dicapai pada 2024-09-16
  63. ^ Bhutan Times (2024-06-09). "Socio-emotional intelligence is more important than Artificial intelligence. p.12".
  64. ^ Dzulkifli, Abdul Razak (2021-10-28). "Selangkah ke masyarakat sejahtera". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2024-09-19.
  65. ^ Dzulkifli, Abdul Razak (2021-10-14). "Mengakari sejahtera di IPT". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2024-09-19.
  66. ^ Dzulkifli, Abdul Razak. "Mengharungi Pelbagai Cabaran dari Universiti ke Multiversiti dan Kini Komuniversiti – Persatuan Pengguna Penang". consumer.org.my. Dicapai pada 2024-09-20.
  67. ^ Magna Charta Universitatum (dalam bahasa Inggeris), 2024-06-20, dicapai pada 2024-09-16
  68. ^ a b MacGregor, Karen (2023-12-02). "The 'Communiversity' – Rediscovering education for sustainability". University World News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-09-16.
  69. ^ Mohamad Johdi, Salleh (2022-04-01). "Falsafah Pendidikan Kebangsaan Paradigma J.E.R.I.S.A.H Membina Insan Sejahtera Bertaqwa: Perspektif Kepimpinan Pendidikan Dan Guru-Guru". Jurnal Dunia Pendidikan. doi:10.55057/jdpd.2022.4.1.15. ISSN 2682-826X.
  70. ^ "The Okayama ESD model, embedded in tradition and 'kominkan'". University World News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-09-17.
  71. ^ "Carian Umum". prpm.dbp.gov.my. Dicapai pada 2024-09-18.
  72. ^ "KBBI VI Daring Indonesia Sengsara". https://kbbi.kemdikbud.go.id/entri/sengsara. Dicapai pada 2024-09-18. External link in |website= (bantuan)
  73. ^ Wong, Matteo (2024). "AI is triggering a child-sex-abuse crisis. Altantic Intelligence, The Atlantic". https://www.theatlantic.com/newsletters/archive/2024/09/ai-is-triggering-a-child-sex-abuse-crisis/680053/. Dicapai pada 2024-09-28. External link in |website= (bantuan)
  74. ^ MySejahtera: Pengiktirafan tertinggi sistem pengurusan vaksin negara (2021-04-05). "https://www.utusan.com.my/berita/2022/04/mysejahtera-pengiktirafan-tertinggi-sistem-pengurusan-vaksin-negara/". Utusan Malaysia. External link in |title= (bantuan)
  75. ^ "MySejahtera". MySejahtera Ministry of Health Malaysia. 2022-12-28.
  76. ^ Masuk kampung imbas MySejahtera. https://www.utusan.com.my/terkini/2021/06/masuk-kampung-kami-imbas-dulu-mysejahtera/#google_vignette. Missing or empty |title= (bantuan)
  77. ^ "8 Lessons We Can Learn From the COVID-19 Pandemic". Yale Medicine (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-09-19.
  78. ^ Origin of SARS-CoV-2 (Wikipedia) (dalam bahasa Inggeris), 2024-08-29, dicapai pada 2024-09-19
  79. ^ Statistics of the COVID-19 pandemic in the United States (Wikipedia) (dalam bahasa Inggeris), 2024-08-19, dicapai pada 2024-09-19
  80. ^ Matsuyama, Kanoko; Mayger, James (2022-06-18). "How Japan achieved one of the world's lowest COVID-19 death rates". The Japan Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-09-19.
  81. ^ "Coronavirus (COVID-19) in South Korea". Statista (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-09-19.
  82. ^ "Covid-19 Origin - Gelintar Video". www.bing.com. Dicapai pada 2024-09-19.
  83. ^ Pathirathna, Malshani L.; Nandasena, Hapugahapitiye Mohottalage Renu Kalhari Geethani; Atapattu, Atapattu Mudiyanselage Muditha Piumali; Weerasekara, Ishanka (2022-07-28). "Impact of the COVID-19 pandemic on suicidal attempts and death rates: a systematic review". BMC Psychiatry. 22 (1): 506. doi:10.1186/s12888-022-04158-w. ISSN 1471-244X. PMC PMC9331016 Check |pmc= value (bantuan). PMID 35902951 Check |pmid= value (bantuan).CS1 maint: PMC format (link)
  84. ^ "The Shadow Pandemic: Violence against women during COVID-19". UN Women – Headquarters (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-09-19.