Segalanya (album Elyana)

album kedua Elyana

Segalanya ialah album studio kedua oleh penyanyi wanita Malaysia, Elyana, dikeluarkan pada 1 Ogos 2003 oleh FMC Music.[1]

Segalanya
Album studio oleh
Dilancarkan pada1 Ogos 2003 (2003-08-01)
Dirakamkan pada2003
GenrePop, Pop Rock
BahasaBahasa Melayu Sunting nilai ini di Wikidata
SyarikatFantasia Music City (FMC)
PenerbitPatrick Khamis
Aidit Alfian
Ajai
Aubrey Suwito
Kronologi Elyana
Satu
(2002)
Segalanya
(2003)
Bicara Mata Ini
(2005)
Single daripada Segalanya
  1. "Sandiwara"
    Dikeluarkan: 1 Ogos 2003
  2. "Cahaya Gelita"
    Dikeluarkan: 16 September 2003
  3. "Pulang Menjadi Milikku"
    Dikeluarkan: 22 Disember 2003
  4. "Ku Punya Waktu"
    Dikeluarkan: 20 Februari 2004
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Latar belakang

sunting

Album ini diterbitkan oleh Ajai dan Patrick Khamis. Nuansa album ini adalah gabungan pop balad dan pop rock sekaligus memberi peluang kepada Elyana untuk bekerjasama dengan ramai penerbit handalan seperti Aubrey Suwito dan Aidit Alfian. Elyana diberi ruang oleh FMC untuk menentukan arah tuju muziknya menerusi album ini yang mana beliau menggunakan sebaik mungkin peluang untuk meneroka muzik Pop Rock yang menjadi kegemarannya.

Ekoran seringkali mendendangkan lagu rancak Melly Goeslaw dalam beberapa persembahannya sebelum ini, Elyana yang baru berusia 16 tahun memilih untuk bekerjasama dengan Tam Mustafah (vokalis kumpulan Spider) dan penulis lirik Loloq. Dari sinilah corak muzik Elyana terbentuk apabila lagu Cahaya Gelita menjadi hits. Elyana juga memulakan kerjasama dengan Aidit Alfian menerusi lagu balada Pulang Menjadi Milikku namun kerjasama baik mereka diteruskan untuk album-album seterusnya kerana keserasian antara komposer dan artis ini. Sementara itu drama seram Seriau arahan Ellie Suriati menggunakan lagu Ku Punya Waktu yang beritma "emo gothic" sebagai lagu tema pada tahun 2004.

Secara keseluruhan album ini hanyalah persembahan sederhana kerana faktor kurang promosi dan campuran dua jenis muzik dalam album ini disifatkan agak bercelaru. Elyana juga terpaksa menghentikan seketika aktiviti seni pada tahun 2004 kerana penumpuan terhadap persekolahan dan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

Penulis lirik Loloq memenangi satu-satunya Anugerah Citrawangsa dalam karier penulisannya menerusi lagu Cahaya Gelita pada penanugerahan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2005. Lirik lagu itu memenangi kategori Hadiah Penulisan Lirik Bahasa Melayu.

Senarai runut

sunting
No.TajukPenulisKomposerMasa
1."Sandiwara"Patrick KamisPatrick Kamis4:41
2."Pulang Menjadi Milikku"Ad SamadAidit Alfian4:10
3."Ku Punya Waktu"210706Kiter4:15
4."Sanubari"Nur KhalinaAjai4:23
5."Cahaya Gelita"LoloqTam Spider3:59
6."Di Sisimu"Ireani YaacobAzlan Abu Hassan4:51
7."Sepi Bertandang Lagi"Amran OmarAubrey Suwito4:04
8."Pura-Pura"Mikeal EffendyAidit Alfian3:43
9."Bisikan Nurani"Afiqah MSIman Wan4:59
10."Keranamu"Amer MunawerHelen Yap3:43


Sejarah keluaran

sunting
Negara Tarikh Format Syarikat rakaman
Malaysia 1 Ogos 2003 Muat turun digital[2]
Penstriman digital
FMC Music

Rujukan

sunting
  1. ^ Gerbang Muzik Anda: Elyana - Segalanya Khazanah Muzik. Oktober 2013. Dicapai pada 12 Disember 2013.
  2. ^ Segalanya by Elyana iTunes (MY). Dicapai pada 12 Disember 2015.

Pautan luar

sunting