Satu (album Elyana)

album pertama Elyana


Satu ialah album studio pertama oleh penyanyi wanita Malaysia, Elyana, dikeluarkan pada 7 Februari 2002 oleh FMC Music.[1]

Satu
Album studio oleh
Dilancarkan pada7 Februari 2002 (2002-02-07)
Dirakamkan pada2001-2002
GenrePop, balada
BahasaBahasa Melayu Sunting nilai ini di Wikidata
SyarikatFantasia Music City (FMC)
PenerbitAjai
Patrick Kamis
Kronologi Elyana
Satu
(2002)
Segalanya
(2003)
Single daripada Satu
  1. "Rela"
    Dikeluarkan: 1 Februari 2002
  2. "Ironi"
    Dikeluarkan: 14 April 2002
  3. "Suka"
    Dikeluarkan: 1 Jun 2002
  4. "Hasrat"
    Dikeluarkan: 30 Julai 2002
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Latar belakang

sunting

Satu diterbitkan oleh FMC setelah kejayaan Elyana menempa nama dalam tempoh singkat menerusi single pengenalan berjudul "Niat" pada tahun 2001. Memandangkan usia Elyana ketika ini baru 15 tahun, konsep album ini menjurus kepada pop dan balada sahaja biarpun Elyana sendiri mempunyai perancangan hala tuju karier muziknya sendiri. Album ini diterbitkan bersama oleh Patrick Kamis dan Ajai. Menariknya mengenai album ini adalah semua judul lagunya adalah dalam satu patah perkataan sebagai lambang percubaan pertama Elyana di persada seni.

Album ini terjual sebanyak 30,000 unit di mana dua single utama mendapat tempat di stesen radio tempatan. Elyana memenangi anugerah Artis Baru Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2002 dan dicalonkan di Anugerah Era.

Senarai runut

sunting
No.TajukPenulisKomposerMasa
1."Suka"Chossy PratamaChossy Pratama3:35
2."Rela"NurulAjai4:04
3."Ironi"Patrick KamisPatrick Kamis4:19
4."Hasrat"Haslan HussainHelen Yap4:10
5."Simpati"Habsah HassanIkhtiman4:17
6."Seiringan"Azam DungunLan Laga5:50
7."Penantian"Mahzan B.Ajai4:15
8."Sungguh"Afiqah MSEddie Hamid5:21
9."Rayuan"Adinda AmiroChossy Pratama4:01
10."Katakan"Patrick KamisPatrick Kamis4:00


Sejarah keluaran

sunting
Negara Tarikh Format Syarikat rakaman
Malaysia 7 Februari 2002 Muat turun digital
Penstriman digital[2]
FMC Music

Rujukan

sunting
  1. ^ Gerbang Muzik Anda: Elyana - Satu Khazanah Muzik. Oktober 2013. Dicapai pada 12 Disember 2013.
  2. ^ Satu, album by Elyana Spotify. Dicapai pada 12 Disember 2015.