Schapendoes

baka anjing dari Belanda

Schapendoes Belanda[a] atau hanya schapendoes[b] ialah satu baka anjing gembala yang berasal dari Belanda.

Schapendoes Belanda
Seekor anjing ketangkasan baka schapendoes
Nama lainSchapendoes
Negara asalBelanda
Anjing (Canis lupus familiaris)

Sejarah

sunting

Schapendoes diturunkan daripada jenis anjing ladang dan anjing gembala umum yang popular di provinsi Drenthe di Belanda dan di Veluwe, iaitu kawasan hutan dan tanah paya. "Does" dalam namanya ialah perkataan dialek tempatan yang memaksudkan "paya", seperti dalam nama bandar Doesburg. Anjing di sana mempunyai banyak nama dan bukan spesifik tertentu seperti istilah yang digunakan kini. Anjing ini merupakan anjing pekerja tempatan yang tersesuai terhadap orang, persekitaran, dan jenis kerja yang diperlukan. Ia dipamerkan dalam pertunjukan anjing awal, pada tahun 1870-an, sebagai anjing gembala domestik.

Anjing ini hampir pupus semasa Perang Dunia Kedua dan baka zaman moden diturunkan daripada beberapa ekor anjing terselamat. Raad van Beheer (kelab kenel kebangsaan Belanda) pertama kali mengiktiraf baka ini pada tahun 1952 dan piawaian pertama telah pada tahun 1954. Baka-baka berkaitan merupakan collie berjanggut, puli, anjing gembala tanah pamah Poland, anjing gembala lama Inggeris, anjing gembala Brie, anjing gembala Bergamo, dan anjing gembala biri-biri lama Jerman (schafspudel), yang kesemuanya merupakan versi kecil bagi anjing gembala dan anjing penjaga haiwan ternakan "jenis gunung".[1]

Baka ini diiktiraf oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 1971 sebagai baka nombor 313 dalam Kumpulan 1, Seksyen 1: Anjing Gembala Biri-biri.[2] Setelah dieksport ke Amerika Utara, baka ini diiktiraf oleh Canadian Kennel Club (sebagai Dutch Sheepdog, "anjing [gembala] biri-biri Belanda")[3] dan United Kennel Club (Amerika Syarikat) dalam kumpulan Gembala masing-masing. American Kennel Club telah menyenaraikan schapendoes sebagai sebahagian daripada Khidmat Ternakan Asasi-nya, langkah pertama dalam pengiktirafan baka.[4]

Penampilan

sunting

Schapendoes ialah anjing bersaiz sederhana dengan bulu panjang dan tebal pada tubuh, tungkai, ekor, dan muka. Telinga kecilnya tergantung ke bawah dan dilitupi bulu panjang. Mukanya mempunyai misai dan janggut. Lapis bulunya terdiri daripada sebarang warna.

 

Ketinggiannya adalah sehingga 50 cm (20 in) pada paras kelasa dan beratnya ialah 12–20 kg (26–44 lb), sehingga 25 kg (55 lb) untuk jantan.

Catatan

sunting
  1. ^ Jawi: سکاڤندوس بلندا; Belanda: Nederlandse schapendoes; bahasa Inggeris: Dutch schapendoes
  2. ^ Jawi: سکاڤندوس, Sebutan bahasa Melayu: [skapəndus]; Belanda: schapendoes, pronounced [ˈsxaːpə(n)ˌdus] (  listen)

Rujukan

sunting
  1. ^ "FCI-Standard N° 313 NEDERLANDSE SCHAPENDOES (Dutch Schapendoes)" [Piawaian FCI No. 313 Schapendoes Belanda] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Seidler, Chris. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 14 April 1999. Dicapai pada 1 Februari 2024.
  2. ^ "FCI breeds nomenclature: Group 1 : Sheepdogs and Cattledogs (except Swiss Cattledogs)" [Tatanama baka FCI: Kumpulan 1: Anjing Gembala Biri-biri dan Anjing Lembu (kecuali Anjing Lembu Switzerland)] (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 13 Julai 2024.
  3. ^ "Schapendoes" [Schapendoes] (dalam bahasa Inggeris). Canadian Kennel Club. Dicapai pada 4 Januari 2025.
  4. ^ "Schapendoes" [Schapendoes] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 4 Januari 2025.

Pautan luar

sunting