Sarek (pokok)

spesies tumbuhan

Sarek, ubi sarek, ubi kekek, ubi ular, lokai, loki, atau disebut lekir di utara Semenanjung dan suweg di Indonesia,[a][5][6][7] dengan nama saintifik Amorphophallus paeoniifolius (sin. A. campanulatus) ialah spesies tumbuhan dalam genus Amorphophallus. Ia terkenal dengan bunganya yang mengeluarkan bau seakan bangkai yang menarik perhatian serangga untuk mendebunga.

Sarek
Ubi kekek
Sarek liar di Filipina.
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Monokot
Order: Alismatales
Keluarga: Araceae
Genus: Amorphophallus
Spesies:
A. paeoniifolius
Nama binomial
Amorphophallus paeoniifolius
Sinonim[2]
  • Amorphophallus campanulatus (Roxb.) Blume ex Decne
  • Amorphophallus chatty Andrews
  • Amorphophallus decurrens (Blanco) Kunth.
  • Amorphophallus dixenii K.Larsen & S.S.Larsen
  • Amorphophallus dubius Blume
  • Amorphophallus gigantiflorus Hayata
  • Amorphophallus malaccensis Ridl.
  • Amorphophallus microappendiculatus Engl.
  • Amorphophallus rex Prain
  • Amorphophallus sativus Blume
  • Amorphophallus virosus N.E.Br.
  • Arum decurrens Blanco
  • Arum phalliferum Oken
  • Arum rumphii Oken
  • Conophallus sativus (Blume) Schott
  • Dracontium paeoniifolium Dennst.
  • Dracontium polyphyllum G.Forst.
  • Hydrosme gigantiflora (Hayata) S.S.Ying
  • Plesmonium nobile Schott
  • Pythion campanulatum Mart.

Asal asul

sunting

Ubi ini bertaburan asal di Asia Tenggara, namun ada juga yang tersebar dibawa oleh orang-orang Austronesia sejauh Madagaskar di barat, dan ke New Guinea dan Oceania di bahagian timur.[8][9][10]

Penerangan

sunting
Perbungaan.
Buah.

Umbisinya berwarna putih, selalunya bercalit warna merah jambu atau ungu. Tangkai daun tunggal utama yang tumbuh dari umbisi ini tumbuh mencapai 1.5 meter. Tangkai ini bersifat lembut dan menegak, berwarna hijau berbelang putih dan menggelap apabila matang; permukaan tangkai daun kasar apabila disentuh.

Bunganya muncul apabila simpanan tenaga dalam umbi sudah mencukupi di mana seluruh daun termasuk tangkainya akan melayu. Bunga ini tumbuh menjambak pada tongkol yang dilindungi seludang mirip keladi di mana kuntum bunga tidak sempurna, berumah satu dan berkumpul di sisi tongkol dengan bunga jantan terletak di bahagian lebih tinggi daripada bunga betina. Struktur generatif ini pada saat mekar mengeluarkan bau bangkai yang memikat lalat untuk membantu menyebarkan debunga dari satu bunga kepada satu bunga lain.

Ubinya mempunyai kandungan kalsium oksalat yang mampu menyebabkan kerengsaan.[11] Bahan kimia ini dapat dibuang dengan membasuh ubi yang telah direbus sebelum dimasak sekali lagi.[6]

Kegunaan

sunting

Dalam makanan

sunting

Masyarakat di negeri Kelantan, Malaysia menggunakan ubi ini sebagai bahan makanan, tidak hanya dimakan terus selepas direbus malah untuk masakan seperti bubur Asyura dan pengat. Batang pokok boleh dijadikan sayur masak lemak.[6]

Dalam perubatan

sunting

Orang Asli di Malaysia menggunakan cecair pati ubi kekek liar sebagai sebahagian campuran racun sumpit buruan mereka.[6]

Catatan

sunting
  1. ^ Kata sarek dan suweg masing-masing dibaca /sɑːrɪʔ, sɑːrɛʔ/ dan /suwəɡ/;[4] jika diselaraskan mengikut bentuk Ejaan yang Disempurnakan, "sarek" boleh dieja "sarik".

Rujukan

sunting
  1. ^ Romand-Monnier, F (2013). "Amorphophallus paeoniifolius". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2013: e.T44393336A44531586. doi:10.2305/IUCN.UK.2013-2.RLTS.T44393336A44531586.en.
  2. ^ a b "Amorphophallus paeoniifolius". World Checklist of Selected Plant Families. Taman Botani Diraja, Kew. Dicapai pada 5 Februari 2017.
  3. ^ Nicolson, Dan Henry (1977). "Nomina conservanda proposita - Amorphophallus (Proposal to change the typification of 723 Amorphophallus, nom. cons. (Araceae))". Taxon. 26 (2/3): 337–338. doi:10.2307/1220579. JSTOR 1220579.
  4. ^ suweg. Kamus Budaya Jawa. Kemdikbud. Dicapai pada 2022-07-30.
  5. ^ Dato' Mohd Anim Hosnan (12 Ogos 2020). "UBI SAREK - APA DIA?". Anim Agro Technology. Dicapai pada 2022-07-18.
  6. ^ a b c d Noraida Arifin (2021). "Ubi sarek". Melur.com. Dicapai pada 30 Jun 2021.
  7. ^ "Amorphophallus paeoniifolius". Sistem Maklumat Biokepelbagaian Malaysia (MyBIS). Dicapai pada 2022-07-18.
  8. ^ Santosa, Edi; Lian, Chun Lan; Sugiyama, Nobuo; Misra, Raj Shekhar; Boonkorkaew, Patchareeya; Thanomchit, Kanokwan; Chiang, Tzen-Yuh (28 June 2017). "Population structure of elephant foot yams (Amorphophallus paeoniifolius (Dennst.) Nicolson) in Asia". PLOS ONE. 12 (6): e0180000. Bibcode:2017PLoSO..1280000S. doi:10.1371/journal.pone.0180000. PMC 5489206. PMID 28658282.
  9. ^ McClatchey, Will C. (2012). "Wild food plants of Remote Oceania". Acta Societatis Botanicorum Poloniae. 81 (4): 371–380. doi:10.5586/asbp.2012.034.
  10. ^ Horrocks, M; Nieuwoudt, MK; Kinaston, R; Buckley, H; Bedford, S (13 November 2013). "Microfossil and Fourier Transform InfraRed analyses of Lapita and post-Lapita human dental calculus from Vanuatu, Southwest Pacific". Journal of the Royal Society of New Zealand. 44 (1): 17–33. doi:10.1080/03036758.2013.842177. S2CID 128880569.
  11. ^ Nurul Chairiyah; Nunung Harijati; Retno Mastuti (Februari 2016). "Variation of Calcium Oxalate (CaOx) Crystals in Porang Corms (Amorphophallus muelleri Blume) at Different Harvest Time". American Journal of Plant Sciences (dalam bahasa Inggeris). 7 (2). doi:10.4236/ajps.2016.72030. ISSN 2158-2750.

Pautan luar

sunting