Pengat ialah masakan manisan berkuah yang didapati di Malaysia. Ia diperbuat daripada pelbagai jenis bahan utama yang dimasak dengan gula dan santan. Pengat dipanggil menurut bahan utama yang digunakan dalam pembuatannya. Antara bahan yang sering menjadi bahan utama pengat ialah labu[1], pisang[2], nangka, durian dan ubi kayu. Di beberapa tempat di Malaysia, ia turut dipanggil serawa.[3][4]

Pengat labu, salah satu hidangan pengat

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Nazeera, Lily (2022-06-17). "Anda Peminat Labu? Ini 5 Resepi Pencuci Mulut Berasaskan Labu Yang Boleh Anda Cuba". SAYS (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-03-07.
  2. ^ adib (2023-10-31). "Pengat Pisang: Pencuci Mulut yang Terkenal di Malaysia". Purple Durian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-03-07.
  3. ^ "MAKANAN TRADISI MASYARAKAT PETANI". www.perlislib.gov.my. Dicapai pada 2025-03-07.
  4. ^ Eriandi (2017-06-09). "Di Indonesia Buka Puasa dengan Kolak, di Malaysia Namanya Serawa". Harian Singgalang (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2025-03-07.