Sam Carling (lahir April 2002) ialah ahli politik British yang berkhidmat sebagai ahli Parlimen Cambridgeshire Barat Laut sejak 2024.[1] Seorang ahli Parti Buruh, beliau telah mewakili Chesterton Barat di Dewan Bandaraya Cambridge sejak 2022, memegang jawatan Exco untuk kawasan lapang dan perkhidmatan bandar.[2]

Sam Carling

Ahli Parlimen
Cambridgeshire Barat Laut
Memegang jawatan
4 Julai 2024
Didahului olehShailesh Vara
Majoriti39 (0.09%)
Butiran peribadi
LahirApril 2002 (umur 22)
England Timur Laut
KerakyatanBritish
Parti politikBuruh
Alma materKolej Kristus, Cambridge

Carling bersekolah di Sekolah Barnard Castle, sebuah sekolah berasrama penuh di Daerah Durham, dan mencapai 5 gred A* A-Level dan EPQ. Carling kemudian menuntut dalam bidang sains semula jadi di Kolej Kristus, Cambridge, menamatkan pengajian dengan kepujian kelas pertama pada 2023.[3]

Carling menewaskan penyandang ahli parlimen Shailesh Vara pada pilihan raya umum 2024 dengan margin hanya 39 undi, menjadi ahli parlimen Parti Buruh pertama untuk Cambridgeshire Barat Laut. Pada usia 22 tahun, dia digelar "Baby of the House" sekarang.[4] dan merupakan ahli parlimen pertama yang dilahirkan pada abad ke-21.

Rujukan

sunting
  1. ^ "General Election results announced". Peterborough City Council. Dicapai pada 2024-07-05.
  2. ^ "Councillor details". democracy.cambridge.gov.uk. 2024-07-05. Dicapai pada 2024-07-05.
  3. ^ Carling, Sam. "Sam Carling - LinkedIn Profile". LinkedIn. Dicapai pada 3 July 2024.
  4. ^ Burnett, Tom; Findlay, Cait (2024-07-05). "North West Cambs General Election results as 22-year-old Labour MP voted in". Cambridgeshire Live. Dicapai pada 2024-07-05.

Pautan luar

sunting
Kerusi dewan
Didahului oleh
Shailesh Vara
Ahli Parlimen
Cambridgeshire Barat Laut

2024 – kini
Pemegang jawatan kini