Salvia hispanica adalah spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga Lamiaceae yang serumpun dengan sej, pudina dan lavender; tumbuhan ini berasal dari tengah dan selatan Mexico dan Guatemala.[2]

Salvia hispanica
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Genus:
Salvia
Spesies:
hispanica
Sinonim[1]
  • Kiosmina hispanica (L.) Raf.
  • Salvia chia Colla
  • Salvia chia Sessé & Moc. nom. illeg.
  • Salvia neohispanica Briq. nom. illeg.
  • Salvia prysmatica Cav.
  • Salvia schiedeana Stapf
  • Salvia tetragona Moench

Tumbuhan ini ditanam untuk mendapatkan biji-biji yang dimakan sebagai bijirin di beberapa negara Amerika Selatan sehingga sejauh barat Mexico dan barat daya Amerika Syarikat[3][4] diberi nama chia.

Botani

sunting

Tumbuhan ini jenis herba semusim yang tumbuh hingga 1.75 meter (5 kaki 9 inci) tinggi, dengan dedaun yang tumbuh setentang sepanjang 4–8 cm (1.6–3.1 in) dan selebar 3–5 cm (1.2–2.0 in) lebar. Bunganya berwarna ungu atau putih dan dihasilkan dalam banyak kelompok menjungkit di hujung setiap batang.[5]

 
Skala biji-biji chia

Biji benih yang dihasilkan dari persenyawaan bunga-bunga tumbuhan ini kecil membujur dengan warna keperangan atau kekelabuan. Biji ini berdiameter sekitar 1 mm (0.039 in) dengan berat purata sebanyak 1.3 mg (0.020 gr) sebutir.[6] Biji ini boleh meresap air sehingga 12 kali ganda berat dalam keadaan cair ketika direndam. Ia turut menghasilkan lendiran yang dirasa seakan gelatin.

Kegunaan

sunting

Sebagai makanan

sunting

Biji-biji chia boleh dimakan bersama bijirin, yogurt mahupun ditabur pada roti dan tortilla.[7] Ia antara bahan dijadikan minuman manis segar diminum di Amerika Latin iaitu agua fresca.[7]

Lendiran dihasilkan biji-biji chia direndam mampu menggantikan sebanyak 25% kandungan telur dan minyak yang digunakan dalam pembuatan kek.[8]

Tujuan lain

sunting

Suatu mainan turut dikembangkan di Amerika Syarikat semasa tahun 1980-an melibatkan biji chia yang pada patung-patung tertentu yang disirami agar dicambahkan menampakkan rambut mengembang disebut sebagai chia pet, kira-kira 500,000 buah mainan ini dijual di AS secara tahunan.[9]

Rujukan

sunting
  1. ^ "The Plant List: A Working List of All Plant Species". Dicapai pada 3 September 2014.
  2. ^ "Salvia hispanica". Rangkaian Maklumat Sumber Germplasma (GRIN). Perkhidmatan Penyelidikan Pertanian, Jabatan Pertanian Amerika Syarikat. Dicapai pada 21 March 2012.
  3. ^ Immel, Diana L (29 January 2003). "Chia, Salvia columbariae Benth.; Plant Symbol = SACO6" (PDF). Natural Resources Conservation Service, US Department of Agriculture. Dicapai pada 27 May 2017.
  4. ^ Dunn C (25 May 2015). "Is chia the next quinoa?". The Sydney Morning Herald. Dicapai pada 13 February 2016.
  5. ^ Anderson, A. J. O. and Dibble, C. E. "An Ethnobiography of the Nahuatl", The Florentine Codex, (translation of the work by Fr. Bernardino de Sahagún), Books 10–11, from the Period 1558–1569
  6. ^ Ixtaina, Vanesa Y.; Nolasco, Susana M.; Tomás, Mabel C. (November 2008). "Physical properties of chia (Salvia hispanica L.) seeds". Industrial Crops and Products. 28 (3): 286–293. doi:10.1016/j.indcrop.2008.03.009. ISSN 0926-6690.
  7. ^ a b "What are chia seeds and how do you cook with them?". Journal Sentinel. Milwaukee Journal Sentinel. May 30, 2017. Dicapai pada January 3, 2019.
  8. ^ Borneo R, Aguirre A, León AE (2010). "Chia (Salvia hispanica L) gel can be used as egg or oil replacer in cake formulations". J. Am. Diet. Assoc. 110 (6): 946–9. doi:10.1016/j.jada.2010.03.011. PMID 20497788.CS1 maint: uses authors parameter (link)
  9. ^ Edwards, Owen (Disember 2007). "Chia Pet". Smithsonian Magazine.