Saksang atau sangsang adalah makanan khas etnik Batak[2] yang terbuat dari daging babi, daging anjing atau kerbau[3] yang dicincang kecil dan dibubuhi dengan rempah-rempah dan santan, serta dimasak baik dengan menggunakan darah hasil sembelihan haiwan tersebut (margota) ataupun rempah biasa tanpa darah (na so margota).[4] Rempah yang ada dalam saksang antaranya limau purut, daun salam, ketumbar, bawang merah, bawang putih, cili, lada hitam, serai, halia, lengkuas, kunyit dan andaliman.[3]
Saksang |
---|
Saksang |
Jenis | Santapan |
---|
Jenis sajian | Lauk |
---|
Tempat asal | Indonesia |
---|
Kawasan/rantau | Sumatera Utara |
---|
Dicipta oleh | Etnik Batak[1] |
---|
Suhu penghidangan | Disajikan bersama sayur daun ubi kayu ditumbuk. (Daun ubi tumbuk) |
---|
Bahan utama | Daging babi (atau kerbau, anjing) dimasak dalam darah. |
---|
Bahan yang biasa digunakan | Daging babi, garam, flavour enhancer, coriander seed, kelapa parut, red onion, Cili, bawang putih, Serai makan, ginger, Alpinia officinarum, Daun salam, Limau nipis, kunyit, Andaliman |
---|
sunting · sunting di Wikidata |
Makanan ini mengandungi daging babi atau daging anjing serta darah, maka hidangan ini tidak halal dalam ajaran Islam atau ajaran agama yang tidak memperbolehkan memakan daging babi, daging anjing serta darah.[5][6] Biasanya dalam majlis akad nikah adat Batak, tetamu undangan yang beragama Islam akan dipisahkan sajian hidangan dan bufet hidangan khas etnik Batak ini.
Wikibuku mempunyai maklumat lanjut berkenaan topik: Saksang |