STOBAR
STOBAR (Short Take-Off But Arrested Recovery) adalah sebuah sistem yang digunakan untuk melancarkan dan mendaratkan pesawat di dek penerbangan sebuah kapal pengangkut pesawat, yang mana menggabungkan kedua-dua unsur pelepasan pendek dan pendaratan menegak (STOVL) dengan pelepasan dan pendaratan terbantu manjanik (CATOBAR).
Pesawat berlepas dengan menggunakan kuasanya sendiri menggunakan sebuah lompatan ski (bukannya menggunakan sebuah manjanik sepertimana kebanyakan kapal pengangkut pesawat). Sistem konvesional ini banyak menggunakan pesawat STOVL, dan memerlukan kabel penangkap untuk mendaratkannya di kapal. Sistem STOBAR adalah lebih ringkas untuk dibina berbanding CATOBAR — tetapi hanya boleh digunakan dengan pesawat yang memiliki kadar tujahan kepada berat yang tinggi. Setakat tahun 2015, ia biasanya hanya digunakan pada kapal pengangkut pesawat milik Rusia, India, dan China.
Kelebihan
suntingBerbanding dengan sistem CATOBAR, STOBAR lebih murah untuk dibangunkan. Ia lebih mudah untuk dioperasikan berbanding sebuah tatarajah CATOBAR yang mana memerlukan lebih ramai operator untuk melancarkan pesawat. Bahagian bergerak yang lebih rendah dalam struktur lompatan ski menjadikan kos penyelenggaraannya lebih murah.[1][2] Ia tidak memerlukan sistem tambahan untuk menghasilkan daya yang diperlukan untuk melancarkan pesawat sepertimana sistem CATOBAR di mana daya luar perlu dihasilkan samada daripada manjanik stim[3] atau Sistem Pelancaran Pesawat Elektromagnetik (EMALS)[4] untuk melancarkan pesawat.
Pengguna
suntingSetakat November 2024, tiga buah negara kini menggunakan kapal pengangkut pesawat dari jenis STOBAR; Rusia merupakan satu-satunya negara yang membina kapal STOBAR untuk dioperasikan, sementara India dan China membeli kapal-kapal STOBAR yang dibina oleh Rusia dan mengubahsuainya untuk kegunaan mereka. Bagaimanapun, kedua-dua India dan China kini sedang dalam proses membina kapal pengangkut pesawat STOBAR mereka sendiri.
Kapal pengangkut pesawat STOBAR aktif
suntingKelas | Imej | Asal | Jumlah kapal | Pendorongan | Sesaran | Operator | Pesawat yang dibawa | Nota |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Admiral Kuznetsov | Soviet Union | 1 | Turbin stim | 58,000 tan | Tentera Laut Rusia | |||
1 | Angkatan Laut Tentera Pembebasan Rakyat | |||||||
Kiev | Soviet Union | 1 | Turbin stim | 45,500 tan | Tentera Laut India | Dibina sebagai pengangkut STOVL kemudian diubah menjadi STOBAR | ||
Type 001A | China | 1 | Turbin stim | 55,000 tan | Angkatan Laut Tentera Pembebasan Rakyat |
Sedang menjalani ujian laut[5] |
Rekabentuk jenis Kuznetsov yang diubahsuai | |
Sedang dibina | ||||||||
Vikrant | India | 1 | Turbin gas | 40,000 tan | Tentera Laut India |
Rujukan
sunting- ^ "What are carriers ?".
- ^ "CHINA'S AIRCRAFT CARRIER AMBITIONS (page 20)".
- ^ "STEAM-POWERED CATAPULTS" (PDF).
- ^ "EMALS: Next Gen Catapult".
- ^ "China's first home-grown carrier begins maiden sea trial". South China Morning Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-06-12.