Kapal pengangkut pesawat kelas Kuznetsov
Kapal pengangkut pesawat kelas-Kuznetsov adalah sebuah kelas kapal pengangkut pesawat yang digunakan oleh tentera laut Rusia dan China. Ia asalnya direka untuk Tentera Laut Soviet. Kapal dalam kelas Kuznetsov menggunakan sebuah lompatan ski untuk melancarkan pesawat daripada kapal dalam konfigurasi STOBAR. Rekabentuknya mewakili kemajuan penting operasi penerbangan dalam armada Soviet berbanding kapal pengangkut pesawat kelas-Kiev, yang mana hanya mampu melancarkan pesawat VSTOL. Pada awalnya, dua buah kapal dibaringkan di Limbungan Selatan Nikolayev yang terletak di Ukraine, diikuti dengan kapal pengangkut pesawat super pertama berkuasa nuklear iaitu kelas-Ulyanovsk.
Kuznetsov pada Januari 1996
| |
Ringkasan kelas | |
---|---|
Nama: | Kelas Kuznetsov |
Pembina: | Dalian Shipbuilding Industry |
Pengguna: | |
Didahului oleh: | kelas Kiev |
Diganti oleh: |
|
Sub-kelas: | |
Dibina: | 1 April 1982–kini |
Ditauliahkan: | 25 Disember 1990–kini |
Disiapkan: | 2 |
Aktif: | 1 (+1 dalam proses pemasangan semula) |
Ciri-ciri umum | |
Kelas dan jenis: | Kruiser pembawa pesawat berat |
Sesaran: | |
Panjang: | 305 m (1,001 ka) |
Lunas: | 72 m (236 ka) |
Draught: | 11 m (36 ka) |
Jana kuasa: | |
Halaju: | 29 kn (54 km/j; 33 mph) |
Jarak: | 8,500 nmi (15,700 km; 9,800 bt) @ 18 kn (33 km/j; 21 mph) 3,800 nmi (7,000 km; 4,400 bt) @ 29 kn (54 km/j; 33 mph) |
Anak kapal: | 1,500 |
Persenjataan: |
|
Pesawat yang dibawa: |
|
Kemudahan penerbangan: |
|
Rancangan ini terganggu ekoran pembubaran Kesatuan Soviet pada tahun 1991. Hanya kapal pertama Admiral Kuznetsov telah ditauliahkan apabila Soviet dibubarkan pada tahun 1991, dan kapal ini kini dioperasikan oleh Tentera Laut Rusia. Kapal kedua iaitu Varyag kekal berada di Ukraine tanpa disiapkan dan diselenggarakan untuk sedekad sebelum dijual dan ditunda ke China untuk digunakan sebagai sebuah kasino terapung. Sebaliknya, kapal ini akhirnya disiapkan dan ditauliahkan pada tahun 2012 sebagai kapal pengangkut pesawat pertama yang dioperasikan oleh Angkatan Laut Tentera Pembebasan Rakyat dengan nama kapal pengangkut pesawat Type 001 Liaoning. Kapal ketiga yang sedang dibina dengan rekabentuk diubahsuai Type 001A dan dijangka akan ditauliahkan pada tahun 2019. Ia memulakan ujian laut pada 13 Mei 2018.[5][6][7]
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ a b c "Admiral Flota Sovetskogo Soyuza Kuznetsov". Rusnavy.com. Dicapai pada 22 Disember 2014.
- ^ a b c "Kuznetsov Class – Project 1143.5". Globalsecurity.org. 7 September 2011. Dicapai pada 22 Disember 2014.
- ^ a b Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaReferenceA
- ^ a b c "俄羅斯航母戰鬥群取消停靠西班牙港口補給". BBC 中文网 (dalam bahasa Cina). 26 Oktober 2016. Dicapai pada 27 November 2017.
- ^ http://www.scmp.com/news/china/diplomacy-defence/article/2087064/10-things-you-should-know-about-chinas-first-home-built
- ^ https://www.wsj.com/articles/china-launches-first-home-built-aircraft-carrier-boosting-naval-power-1493182896
- ^ https://www.nytimes.com/2017/04/25/world/asia/china-aircraft-carrier.html
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Kapal pengangkut pesawat kelas Kuznetsov |
- "'Kreml' class aircraft carrier". GlobalSecurity.org.
- "The Sukhoi Su-25 "Frogfoot"". FAQs.org.
- Lee, Robin J. (9 Januari 1996). "A Brief Look at Russian Aircraft Carrier Development".