S.O.L.O merupakan album solo kedua oleh M. Nasir, dikeluarkan pada 13 November 1989 oleh PMC/BMG. Ia merupakan album M. Nasir yang paling terkesan pada waktu itu. Antara lagu-lagu popular album ini ialah "Mustika" dan "Falsafah Cinta". Berkonsepkan balada nusantara, ini merupakan album pertama M. Nasir yang berkonsep sedemikian.[1][2][3]

S.O.L.O
Album studio oleh
Dilancarkan pada13 November 1989
TempatMalaysia Sunting nilai ini di Wikidata
GenreBalada/Nusantara
Panjang59:44
BahasaBahasa Melayu Malaysia Sunting nilai ini di Wikidata
SyarikatPMC/BMG
Kronologi Dato' M.Nasir
Irama
(1982)
S.O.L.O
(1989)
Saudagar Mimpi
(1992)
Single daripada S.O.L.O
  1. "Tari Cinta Rimba Mistikal"
    Dikeluarkan: 1988
  2. "Rajawali Terbang Tinggi"
    Dikeluarkan: 1989
  3. "Falsafah Cinta
    duet bersama Rahim Maarof"

    Dikeluarkan: 1989
  4. "Yang Bertakhta Akhirnya"
    Dikeluarkan: 1989
  5. "Mustika"
    Dikeluarkan: 1989
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Penerbitan

sunting

Untuk album ini, M. Nasir menggunakan khidmat pemuzik berpengalaman seperti pemain dram Search, Yazit Ahmad dan bekas pemain dram Ariwatan, Amry. Bunyian keyboard pula dihasilkan oleh Zulkifli Mahat, bekas pemain gitar Flybaits, Eddie Marzuki bermain gitar akustik manakala Maniam bermain bongo dan Benny Arjuna memainkan harmonika.[4][5] Sebanyak 20 alat muzik digunakan bagi mencipta citarasa muzik Nusantara sebenar.[6]

Keluaran

sunting

S.O.L.O pada asalnya dijadualkan untuk dilancarkan pada Julai 1989,[7] bagaimanapun ia dikeluarkan secara rasmi pada 13 November 1989 dalam bentuk kaset, kemudian dalam bentuk CD pada 1994. Ia menjadi album pertamanya yang didaftarkan atas nama M. Nasir. Lima lagu di dalam album ini telah dikeluarkan sebagai single, termasuk "Falsafah Cinta" menampilkan duet bersama Rahim Maarof.[4] Album ini menjadi kejayaan komersial apabila ia berjaya terjual sebanyak 50,000 unit sekaligus melayakkan M. Nasir menerima dua anugerah khas daripada BMG Music setahun kemudian.[8]

Fatimah Hassan dari URTV berpendapat S.O.L.O masih mempunyai unsur-unsur Melayu meskipun terdapat unsur barat namun tetap mengutamakan budaya Melayu Nusantara.[9] Dalam ulasan retrospektif untuk Harian Metro mengenai album ini, Riadz Radzi menyifatkan S.O.L.O sebagai "album terbaik yang pernah dihasilkan oleh M. Nasir".[4]

Senarai runut

sunting
No.TajukPenulisMasa
1."Tari Cinta Rimba Mistikal"M. Nasir/Dr. Wan Zawawi6:08
2."Mustika"M. Nasir6:01
3."Rajawali Terbang Tinggi"M. Nasir5:38
4."Yang Bertakhta Akhirnya"M. Nasir5:48
5."Demi Masa"M. Nasir6:40
6."Semakin Nyata"M. Nasir4:34
7."Seloka Jengela Melayu"M. Nasir/Loloq5:10
8."Padang Lalang"M. Nasir/Bob Lokman5:28
9."Sayembara Hidup"M. Nasir4:30
10."Biarkan Luncai Terjun"M. Nasir5:42
11."Falsafah Cinta" (Duet bersama Rahim Maarof) M. Nasir/Bob Lokman5:16
Jumlah masa: 44:59


Sejarah keluaran

sunting
Negara Tarikh keluaran Format Label
Malaysia 13 November 1989 CD, kaset, muat turun digital,[10] media penstriman,[11] BMG Music Malaysia, PMC

Rujukan

sunting
  1. ^ Kamsah Sirat (26 Oktober 1989). "Nasir utama kesan lagu dalam album barunya". Berita Harian Singapura. m/s. 5.
  2. ^ "Album solo Nasir unik?". Berita Minggu. 5 November 1989. m/s. 8. Dicapai pada 7 Disember 2015.
  3. ^ Mumtaj Begum (31 Disember 2019). "Even at 62, M. Nasir is far from done". The Star Online. Dicapai pada 25 April 2020. In 1989, M. Nasir went solo again with the aptly-titled album S.O.L.O.
  4. ^ a b c Riadz Radzi (10 Januari 2021). "Penuh mesej tersurat, tersirat". Harian Metro. Dicapai pada 12 April 2021.
  5. ^ "M. Nasir rakam solo". Berita Harian. 25 Jun 1989. Dicapai pada 22 April 2011 – melalui Prahara Seni.
  6. ^ A. Kadir Pandi (23 November 1989). "M. Nasir memburu muzik Nusantara". Berita Harian Singapura. m/s. 5. Dicapai pada 7 Disember 2015.
  7. ^ "'SOLO' M. Nasir ditunda pengedarannya". 14. PESTA. 20 Ogos 1989. Dicapai pada 25 April 2018 – melalui Prahara Seni.
  8. ^ "Menilai kejujuran M. Nasir dalam karya". URTV. 1 Jun 1990. Dicapai pada 14 April 2020 – melalui Prahara Seni.
  9. ^ Fatimah Hassan (15 November 1989). "M. Nasir punya peminat tersendiri". URTV. Dicapai pada 25 April 2018 – melalui Prahara Seni.
  10. ^ "S.O.L.O, album by M. Nasir". iTunes Store (MY). Apple. Dicapai pada 10 Mei 2018.
  11. ^ "S.O.L.O by M. Nasir". Spotify. Dicapai pada 11 Mei 2018.

Pautan luar

sunting