Datuk Ruby Lee merupakan bekas setiausaha agung Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM).Lee memegang jawatan setiausaha agung PBSM selama 32 tahun mulai 1965 hingga 1997.

Beliau menyertai pergerakan Palang Merah Antarabangsa pada tahun 1953 . Beliau merupakan salah seorang setiausaha agung pertubuhan kemanusiaan yang paling lama berkhidmat di dunia.

Lee telah dianugerahkan dengan pingat tertinggi pergerakan Palang Merah /Bulan Sabit Antarabangsa yang beribu pejabat di Geneva, Switzerland, Pingat Henry Dunant pada Mac 2009 di atas penglibatan, dedikasi dan pengorbanan beliau dalam PBSMM.

Keluarga

sunting

Suaminya Datuk Douglas K.K Lee dan anak, Michael, Kenny dan Janet, menantu Phyllis Chan, Noor Salasawati dan Sonny Lim serta empat orang cucu.

Meninggal dunia

sunting

Datuk Ruby Lee meninggal dunia pada 14 Jun 2009 di rumahnya di Seksyen 5, Petaling Jaya, Selangor dalam usia 82 tahun.Majlis pengkebumian diadakan di Gereja St. Mary's Anglican , Jalan Raja bersebelahan Dataran Merdeka,Kuala Lumpur

Akhir hayatnya beliau berkerusi roda setelah diserang penyakit angin ahmar dan kanser.[1]

Rujukan

sunting