Rubah fanak
Rubah fanak (Arab: فَنَكْ, rumi: fanak , bahasa-bahasa Perancis dan Inggeris: fennec; nama saintifik: Vulpes zerda) ialah sejenis rubah malaman kecil yang dijumpai di kawasan-kawasan gurun dari Sahara dan Semenanjung Sinai utara benua Afrika sampai ke kawasan Arabah dan Naqab rebutan Palestin-Israel di Timur Tengah.[2][3][4][1] Ia spesies kanid terkecil di dunia dengan ciri paling tersendiri bertelinga besar.
Rubah fanak | |
---|---|
Sepasang fanak | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | V. zerda
|
Nama binomial | |
Vulpes zerda (Zimmermann, 1780)
| |
Wilayah fennec |
Ciri fizikal
suntingUkuran spesies ini sangat kecil jika dibandingkan dengan jenis rubah lain yang ada: fanak betina berukuran badan 34.5 to 39.5 sentimeter dengan ekor sepanjang 23–25 sm dan telinga 9–9.5 sm serta berat timbangan antara 1–1.9 kilogram, fanak jantan lebih besar berukuran badan 39 to 39.5 sm, ekor sama panjang yang betina serta telinga 10 sm panjang dengan berat timbangan sekurang-kurangnya 1.3 kg.[5]
Telinga fanak yang begitu panjang ini berguna untuk melesapkan haba serta membantu pendengaran yang cukup peka untuk mendengar mangsa bergerak di bawah tanah. Bulunya, telinganya, dan fungsi ginjalnya telah tersesuai terhadap persekitaran gurun suhu tinggi dan kekurangan air. Sebagai tambahan, telapak kaki dilitupi bulu tebal agar memudahkan berjalan pada tanah gurun berpasir dan panas terik.[5]
Tabiat
suntingFanak bersarang dalam gumuk atau tanah berpasir yang agak tandus kurang pokok;[6][7] sarang-sarang yang dibina ini boleh meluas sebesar 120 m2 (1,292 ka2) dan bersambung dengan sarang keluarga lain.
Pemakanan
suntingIa omnivor terutamanya memakan serangga, mamalia kecil, burung serta buah dan umbi tumbuhan; ia sering mendapatkan sumber air dari daging haiwan yang dimangsakan.[6]
Pembiakan
suntingMusim mengawan fanak berlaku pada bulan-bulan Januari dan April.[8][9] Fanak betina membunting dalam tempoh antara 50 and 52 hari bahkan selama 63 hari;[10][11] sebanyak 1 hingga 4 ekor anak yang dilahirkan dengan mata tertutup sehingga 8-11 hari kemudian.[11][9] Pada ketika ini juga fanak jantan setia mengawasi pasangan dan anak-anaknya sambil memburu menampung sekeluarga.[12]
Seekor fanak mempunyai jangka hayat sehingga 14 tahun dalam kurungan.
Hubungan dengan manusia
suntingBulu fanak dihargai oleh orang peribumi Afrika Utara.
Haiwan ini adakala didapatkan sebagai suatu haiwan peliharaan eksotik[6] seperti yang disenaraikan oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat.[13] Malah, ada pembekal yang membiakkan fanak-fanak ini secara diasuh dari muda agar lebih mudah menjinak.
Rujukan
sunting- ^ a b Wacher, T.; Bauman, K. & Cuzin, F. (2015). "Vulpes zerda". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2015: e.T41588A46173447.
- ^ "Fennec Fox Facts Scientific Name: Vulpes zerda". ThoughtCo. Dicapai pada 6 July 2021.
- ^ "Fennec Fox Facts! A Q&A with the Tulsa Zoo". TulsaKids. 14 July 2020. Dicapai pada 6 July 2021.
- ^ "Fennec fox, (Vulpes zerda) near its burrow , Photographed in Israel". Alamy. Dicapai pada 6 Julai 2021.
- ^ a b Asa, C.S.; Valdespino, C. & Cuzin, F. (2004). "Fennec fox Vulpes zerda (Zimmermann, 1780)" (PDF). Dalam Sillero-Zubiri, C.; Hoffman, M. & Mech, D. (penyunting). Canids: Foxes, Wolves, Jackals and Dogs: Status Survey and Conservation Action Plan. Gland, Switzerland: IUCN/SSC Canid Specialist Group. m/s. 205–209. ISBN 2-8317-0786-2.
- ^ a b c Asa, C.S. & Cuzin, F.A. (2013). "Vulpes zerda Fennec Fox". Dalam Kingdon, J.; Happold, D.; Hoffmann, M.; Butynski, T.; Happold, M. & Kalina, J. (penyunting). Mammals of Africa. Vol. V: Carnivores, Pangolins, Equids and Rhinoceroses. London, New Delhi, New York, Sydney: Bloomsbury. m/s. 74–77. ISBN 978-1-4081-8994-8.
|volume=
has extra text (bantuan) - ^ Karssene, Y.; Chammem, M.; Li, F.; Eddine, A.; Hermann, A. & Nouira, S. (2019). "Spatial and temporal variability in the distribution, daily activity and diet of fennec fox (Vulpes zerda), red fox (Vulpes vulpes) and African golden wolf (Canis anthus) in southern Tunisia". Mammalian Biology. 95 (1): 41–50. doi:10.1016/j.mambio.2019.02.001. S2CID 91615641.
- ^ Gauthier-Pilters, H. (1967). "The Fennec". African Wildlife. 21: 117–125.
- ^ a b Saint Girons, M.C. (1962). "Notes sur les dates de reproduction en captivite du fennec, Fennecus zerda (Zimmerman, 1780)" (PDF). Zeitschrift für Säugertierkunde. 27: 181–184.
- ^ Petter, F. (1957). "La reproduction du fennec". Mammalia. 21: 307–309.
- ^ a b Gangloff, L. (1972). "Breeding fennec foxes Fennecus zerda at Strasbourg Zoo". International Zoo Yearbook. 12 (1): 115–116. doi:10.1111/j.1748-1090.1972.tb02289.x.
- ^ Sowards, R.K. (1981). "Observation on breeding and rearing the fennec fox (Fennecus zerda) in captivity". Animal Keepers' Forum. 8: 175–177.
- ^ "Animal Inventory Sheet" (PDF). United States Department of Agriculture. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 5 Mac 2010. Dicapai pada 21 Disember 2009.
- ^ Hodges, K. "National Animals of African Countries". Howzit. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Februari 2014. Dicapai pada 19 Februari 2014.
Bibliografi
sunting- Alderton, David. Foxes, Wolves, and Wild Dogs of the World. London: Blandford, 1998. ISBN 081605715X.
Pautan luar
suntingWikispesies mempunyai maklumat berkaitan dengan Rubah fanak |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Vulpes zerda. |
- About.com Exotic Pets – Masukan tentang rubah fanak
- Rubah fanak di Encyclopedia of Life