Semenanjung Sinai
Semenanjung Sinai atau Sinai (Bahasa Kubti: sina ⲥⲓⲛⲁ; Arab Mesir: sina سينا; Bahasa Arab, sina'a سيناء; Sinin dalam kebanyakan Bahasa Semitik, Ibrani: סיני Si-nai) merupakan satu semenanjung berbentuk segitiga yang terletak di antara Laut Mediterranean (ke utara) dan Laut Merah (ke selatan), yang terletak di Mesir. Ia mempunyai keluasan sebanyak 60,000 kilometer persegi.
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/c/c4/Sinai_Peninsula_from_Southeastern_Mediterranean_panorama_STS040-152-180.jpg/220px-Sinai_Peninsula_from_Southeastern_Mediterranean_panorama_STS040-152-180.jpg)
Gunung Sinai terletak di sebelah selatan semenanjung ini.
Dalam Perang Enam Hari, Sinai telah dikuasai oleh Israel pada akhir perang. Pada 6 Oktober 1973, Mesir melancarkan Perang Yom Kippur, Untuk mengambil semula Semenanjung itu yang merupakan tempat pertempuran sengit antara pasukan Mesir dan Israel. Pada tahun 1982, hasil Perjanjian Perdamaian Israel-Mesir pada tahun 1979, Israel telah menarik diri daripada Semenanjung Sinai kecuali wilayah Taba yang perbalahan yang dikembalikan selepas keputusan yang dibuat oleh suatu komisi timbang tara pada tahun 1989.
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/6/6b/Katharinenkloster_Sinai_BW_2.jpg/250px-Katharinenkloster_Sinai_BW_2.jpg)