Rozaimi Abdul Rahman

Pemain bola sepak Malaysia

Rozaimi Rahman (Nama samaran: Sabahan Neymar, Lahir pada 6 Oktober 1992 di Bongawan, Sabah, Malaysia), ialah seorang pemain bola sepak professional Malaysia yang bermain sebagai pemain senior untuk Sabah FC umur bawah 23 di dalam Liga Malaysia sebagai Pemain tengah dan Penyerang utama.

Rozaimi Rahman
-
-
Maklumat peribadi
Nama penuh Rozaimi Bin Rahman
Tarikh lahir (1992-10-06) 6 Oktober 1992 (umur 32)
Tempat lahir Bongawan, Sabah, Malaysia
Ketinggian 1.75 m (5 ka ​8 78 in)
Posisi permainan Pemain Sayap, Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
-
Nombor 11 [1]
Kerjaya remaja
2010–2012 Piala Presiden Sabah
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2010 Sarawak FA 1 (0)
2011– 2015 Sabah FA 48 (22)
2012 Selangor FA 8 (6)
2012–2013 Harimau Muda A 15 (7)
2016–2020 Johor Darul Ta'zim FC 0 (0)
2021 Kedah Darul Aman 9 (0)
2024– Sabah U23 (Pemain Senior) 0 (0)
Pasukan kebangsaan
2012– Malaysia B-23 15 (15)
2012– Malaysia 4 (1)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 05 November 2015
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 05 November 2015

Kerjaya

sunting

Rozaimi memulakan kerjayanya dengan Sarawak pada tahun 2010.[2][3] Beliau kembali ke Sabah pada tahun 2011 dan beliau menyertai Liga Super buat pertama kalinya penampilan 2-1 kekalahan terhadap Terengganu. Dia menjaringkan gol pertama beliau di Liga Super Jaringan gol di luar kelabnya dalam keputusan seri dengan jaringan 1-1 terhadap Perak.


Rozaimi, bersama-sama dengan skuad Piala Presiden Sabah, juga skuad Sabah B-23, juga bermain di dalam kejohanan Sukan Sukma 2012 di Pahang, yang mana beliau dan pasukan berjaya mencapai pingat emas apabila mereka menewaskan Perak 3-0 pada perlawanan akir selepas tambahan masa. Rozaimi sendiri telah menjaringkan gol pada perlawanan akhir, dan juga membantu mencipa 2 gol lagi.[4]

Beliau juga bersetuju untuk menyertai Selangor FA bagi pinjaman 3 bulan bagi kempen Piala Malaysia 2012 pada bulan Ogos 2012, kerana pada masa itu Sabah gagal melayakkan diri ke kejohanan itu.[5] Pada 4 September 2012, beliau telah menjaringkan gol pertamanya bagi Selangor menentang Pahang.

Rozaimi telah menyertai Harimau Muda A bagi pinjaman untuk musim 2013.

Antarabangsa

sunting

Pada bulan Julai 2011, Rozaimi menerima panggilan pertama untuk mewakili negara dari Ong Kim Swee bagi perlawanan persahabatan menentng Chelsea.[6] Beliau menerima panggilan keduanya bagi perlawanan kelayakan Olimpik menentang Syria.[7] Beliau membuat penampilan sebagai pemain gantian.[8] Pada 28 April 2012, beliau membuat penampilan sulung penuh untuk perlawanan antarabangsa dalam perlawanan persahabatan menentang Sri Lanka.[9] Rozaimi telah dimasukkan ke dalam skuad untuk Kelayakan Piala Asia B-22 AFC 2013. Dia menjaringkan empat gol dalam kemenangan 7-0 ke atas Filipina pada 25 Jun.[10].Beliau juga menjaringkan dua gol menentang Taipei Cina. Pada 30 Jun merupakan perlawanan antara Malaysia dan Vietnam, yang menakjubkan dia menjadi seorang wira hatrick justeru menjadikan beliau bintang baru yang bersinar untuk Harimau Muda. Malaysia memenangi perlawanan itu dengan jaringan 3-0.

Statistik

sunting

Penampilan antarabangsa

sunting

Anugerah

sunting

Kasut emas pesta bola Merdeka 2013-(3 gol)


Individu

sunting


Gol antarabangsa

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Rozaimi Profile
  2. ^ Sarawak tambat tiga pemain baru The Borneo Post. (Melayu)
  3. ^ Sabah Teen Can Strike Hot For Sarawak
  4. ^ "FOOTBALL: Sabah clinch gold - Soccer - New Straits Times". Nst.com.my. 2012-07-15. Dicapai pada 2012-07-21.
  5. ^ Singh, Ajitpal (2012-07-13). "Rozaimi to don Selangor colours in Malaysia Cup". Nst.com.my. Dicapai pada 2012-07-21.
  6. ^ Golden opportunity for Sabah’s Rozaimi New Sabah Times.
  7. ^ East Malaysian duo get crack at big time New Straits Times.
  8. ^ FIFA OLYMPIC FOOTBALL TOURNAMENT 2012 MATCH SUMMARY the-afc.com
  9. ^ Critics silenced sportsnewsmalaysia.
  10. ^ AFC U-22 CHAMPIONSHIP 2013 MATCH SUMMARY the-afc.com

Pautan luar

sunting