Rolf Carl Wilhelm Hans Carls (29 Mei 1885 – 24 April 1945) adalah seorang Laksamana Jerman semasa Perang Dunia II. Beliau adalah penerima pingat Knight Cross of the Iron Cross Jerman Nazi.

Rolf Carls
Kelahiran(1885-05-29)29 Mei 1885
Rostock
Meninggal dunia24 April 1945(1945-04-24) (umur 59)
Bad Oldesloe
Kesetiaan Empayar Jerman (hingga 1919)
 Republik Weimar (hingga 1933)
 Jerman Nazi
PerkhidmatanBendera tentera laut Empayar Jerman Kaiserliche Marine
Bendera tentera laut Republik Weimar Reichsmarine
Kriegsmarine
Tahun perkhidmatan1903–43
PangkatGeneraladmiral
UnitSMS Stein
SMS Mars
SMS Fürst Bismarck
SMS Breslau
ArahanU-124
SMS Hessen
Panglima Armada Jerman
PertempuranPerang Dunia I
Perang Dunia II
AnugerahKnight Cross of the Iron Cross

Kerjaya tentera

sunting

Pada permulaan Perang Dunia I, Carls menjadi anak kapal kruiser Breslau. Beliau kemudian berkhidmat atas kapal tempur König dan kemudian memerintah dua u-boat, iaitu U-9 dan kemudian U-124. Selepas perang, Carls telah menjadi Ketua Bahagian Latihan di Markas Tentera Laut Reichsmarine dan kemudian diberi memerintah kapal tempur lama SMS Hessen. Pada tahun 1933, Carls dijadikan Ketua Staf Markas Armada, dan setahun kemudian Panglima Kapal Utama.

Carls adalah Panglima Armada Jerman, semasa Perang Saudara Sepanyol, dan selepas itu menjadi Panglima Laut Baltik. Pada masa yang sama beliau menyandang jawatan Panglima Markas Kumpulan Tentera Laut Timur (Oberbefehlshaber des Marinegruppenkommandos Ost). Kemudian beliau menjadi Panglima Markas Kumpulan Tentera Laut Utara (Oberbefehlshaber des Marinegruppenkommandos Nord) dari September 1940 hingga Mac 1943.[1][sumber lebih baik diperlukan] Pada 30 Januari 1943, Erich Raeder meletakkan jawatan sebagai Panglima Besar Kriegsmarine selepas berbalah dengan Hitler. Raeder mencalonkan Carls atau Karl Dönitz untuk menggantikannya, dan Hitler memilih Dönitz. Carls kemudian meletakkan jawatan, barangkali untuk mengelakkan pergeseran antara kepimpinan tentera laut.

 
Carls dan Laksamana Muda Theodor Burchardi melawat sebuah pelabuhan di Barisan Timur, Mei 1942
 
Carls bersama komander U-boat Siegfried Strelow (kanan) dan Herbert Schultze (ke-2 kiri), November 1942

Kematian

sunting

Laksamana Carls terbunuh dalam satu serangan udara Tentera Udara Diraja di Bad Oldesloe pada 24 April 1945.[Notes 1] Carls bersama dengan 49 orang yang lain[4] telah terbunuh di dalam bilik bawah tanah sekolah vokasional (Präparandeum) di Königstraße.[5] Hanya 2 minggu sebelum berakhirnya perang Bad Oldesloe telah hampir musnah, antara 700 dan 1000 rakyat Jerman hilang nyawa, terutamanya perempuan dan kanak-kanak.[6]

Tarikh kenaikkan pangkat

sunting

Anugerah kebesaran

sunting
  1. ^ Some sources claim that he was killed on 15 April 1945 while another source indicates that the aerial attack on Bad Oldesloe was on 24 April 1945.[2][3]
  2. ^ According to Scherzer as commander-in-chief of Marinegruppenkommando Ost.[3]

Rujukan

sunting

Petikan

sunting
  1. ^ http://www.feldgrau.com/kmsorg.html
  2. ^ "60 Jahre nach dem Feuersturm auf Hamburg: Kreisarchiv Stormarn erhält einmaligen Fotofund". Kreis Stormarn (dalam bahasa German). Dicapai pada 14 January 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ a b Scherzer 2007, p. 257.
  4. ^ Zeitreise in die Jahre des Schreckens, Stormarner Tageblatt, 23 April 2015
  5. ^ Hitler's Navy: The Ships, Men and Organisation of the Kriegsmarine 1935 - 1945
  6. ^ 24. April 1945 – Oldesloes schwarzer Tag, LN Online, 10 September 2014
  7. ^ a b c d Dörr 1995, p. 119.
  8. ^ a b Dörr 1995, p. 120.
  9. ^ Patzwall & Scherzer 2001, p. 72.
  10. ^ Fellgiebel 2000, p. 152.

Bibliografi

sunting
  • Dörr, Manfred (1995). Die Ritterkreuzträger der Überwasserstreitkräfte der Kriegsmarine—Band 1: A–K [The Knight's Cross Bearers of the Surface Forces of the Navy—Volume 1: A–K] (dalam bahasa German). Osnabrück, Germany: Biblio Verlag. ISBN 978-3-7648-2453-2.CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Fellgiebel, Walther-Peer (2000) [1986]. Die Träger des Ritterkreuzes des Eisernen Kreuzes 1939–1945 — Die Inhaber der höchsten Auszeichnung des Zweiten Weltkrieges aller Wehrmachtteile [The Bearers of the Knight's Cross of the Iron Cross 1939–1945 — The Owners of the Highest Award of the Second World War of all Wehrmacht Branches] (dalam bahasa German). Friedberg, Germany: Podzun-Pallas. ISBN 978-3-7909-0284-6.CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Patzwall, Klaus D.; Scherzer, Veit (2001). Das Deutsche Kreuz 1941 – 1945 Geschichte und Inhaber Band II [The German Cross 1941 – 1945 History and Recipients Volume 2] (dalam bahasa German). Norderstedt, Germany: Verlag Klaus D. Patzwall. ISBN 978-3-931533-45-8.CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Scherzer, Veit (2007). Die Ritterkreuzträger 1939–1945 Die Inhaber des Ritterkreuzes des Eisernen Kreuzes 1939 von Heer, Luftwaffe, Kriegsmarine, Waffen-SS, Volkssturm sowie mit Deutschland verbündeter Streitkräfte nach den Unterlagen des Bundesarchives [The Knight's Cross Bearers 1939–1945 The Holders of the Knight's Cross of the Iron Cross 1939 by Army, Air Force, Navy, Waffen-SS, Volkssturm and Allied Forces with Germany According to the Documents of the Federal Archives] (dalam bahasa German). Jena, Germany: Scherzers Militaer-Verlag. ISBN 978-3-938845-17-2.CS1 maint: unrecognized language (link)
Pegawai tentera
Didahului oleh
Admiral Richard Foerster
Panglima Armada
21 Disember 1936 – 31 Oktober 1938
Diikuti oleh:
Admiral Hermann Boehm