River Jude Phoenix (23 Ogos 197031 Oktober 1993) merupakan pelakon filem Amerika Syarikat. Beliau pernah disenaraikan oleh John Willis's Screen World, Vol. 38 satu daripada dua belas orang pelakon harapan pada tahun 1986. Kerjayanya tamat apabila beliau ditemui mati kerana pengambilan heroin dan kokaina dalam dos yang banyak pada pagi Halloween dalam usia 23 tahun.

River Phoenix
Phoenix di anegerah Akademi ke-61, Governor's House, 29 Mac 1989
Kelahiran
River Jude Bottom

(1970-08-23)23 Ogos 1970
Meninggal dunia31 Oktober 1993(1993-10-31) (umur 23)
Tahun aktif1982 — 1993
AnugerahNational Board of Review Award for Best Supporting Actor untuk Best Supporting Actor
1988 Running on Empty
National Society of Film Critics Award untuk Best Actor
1991 My Own Private Idaho

Beliau merupakan abang kepada Joaquin Phoenix yang juga seorang pelakon.

Biografi

sunting

Early life

sunting

Phoenix atau River Jude Bottom dilahirkan di Metolius, Oregon. Ibunya, Arlyn Phoenix dilahirkan di the Bronx, New York dalam keluarga Yahudi dari Hungary dan Rusia.[1][2][3][4] Bapa beliau, John Lee Bottom, seorang Katholik dari Fontana, California.[1] Pada 1968, ibu Phoenix meninggalkan keluarganya dan berpindah ke California dan di sanalah kedua ibu bapanya bertemu. Mereka berkahwin pada tahun 1969. Phoenix mempunyai empat orang adik-beradik: seorang adik lelaki, Joaquin, dan tiga orang adik perempuan, Rain, Summer, dan Liberty. Beliau juga mempunya seorang kakak tiri hasil hubungan bapanya dengan hubungan terdahulu, Jodene (yang kemudian menukar namanya kepada 'Trust').


Kerjaya

sunting

Kerjaya beliau mendapat dorongan kedua ibu bapanya. Beliau dikenali menerusi beberapa filem seperti Explorers (1985); Stand By Me (1986); The Mosquito Coast (1986) sebagai anak kepada Harrison Ford dan Helen Mirren; A Night in the Life of Jimmy Reardon (1988); dan Little Nikita (1988) bersama Sidney Poitier.

Pada tahun 1989, ketika berusia 18, Phoenix dicalonkan oleh Anugerah Akademi dan Golden Globe untuk Pelakon Lelaki Pembantu Terbaik, beliau turut mendapat penghargaan (untuk Pelakon Lelaki Pembantu Terbaik) oleh National Board of Review untuk peranan beliau di dalam Running on Empty (1988).

Atas cadangan Harrison Ford, Phoenix dipilih sebagai Indiana Jones (remaja) dalam Indiana Jones and the Last Crusade (1989) dan ditawarkan sebagai Indiana Jones (muda) di dalam siri TV, yang mana beliau menolaknya. Phoenix bertemu pelakon Keanu Reeves ketika Reeves sedang berlakon dalam filem Parenthood bersama dengan adik Phoenix, Joaquin. River kemudiannya berlakon bersama Reeves (turut disertai oleh Kevin Kline dan Tracy Ullman) pada tahun 1990-an menerusi I Love You To Death; dan My Own Private Idaho juga bersama Reeves. My Own Private Idaho membolehkan Phoenix mendapat penghargaan Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Venice, National Society of Film Critics dan Independent Spirit Awards. At a press screening for My Own Private Idaho at the New York Film Festival. Persahabatannya dengan Reeves dan Van Sant berterusan sehinggalah beliau ditemui mati.

Walaupun kerjaya dalam bidang lakonan yang rancak, namun ramai yang percaya minat Pheonix adalah dalam bidang muzik. Phoenix merupakan penyanyi, penulis lagu dan pemain gitar. Beliau menubuhkan kugirannya sendiri, Aleka's Attic, yang turut disertai oleh adiknya, Rain, dan Michael "Flea" Balzary (dari Red Hot Chili Peppers) pada tahun 1988. Lagu pertama mereka, 'Across the Way', ditulis bersama Josh McKay, dan dilancarkan pada tahun 1989 untuk album kebajikan oleh PETA berjudul "Tame Yourself". Semasa berlakon dalam A Night in the Life of Jimmy Reardon pada tahun 1986, Phoenix menulis dan merakam lagu, "Heart to Get" untuk lagu penutup filem terbabit. Namun, 20th Century Fox telah memotongnya dalam filem yang siap dan pengarah William Richert telah meletakkan semula beberapa tahun kemudian ke dalam suntingan beliau. Pada tahun 1991 River menulis dan merakam "Curi Curi" dari album Milton Nascimento, TXAI. Pada tahun 1992 River bekerja dengan penerbit dan rakan T-Bone Burnett untuk The Thing Called Love. Pada tahun 1996, lagu kedua Aleka's Attic, "Note to a Friend" dilancarkan dan dimuatkan dalam album kompilasi PETA In Defense of Animals Volume II. Beliau muncul dalam album pemain gitar Red Hot Chili Peppers dan rakan baiknya John Frusciante yang berjudul Smile from the Streets You Hold] menerusi lagu "Height Down" dan"Well, I've Been". Phoenix juga rakan karib kepada Michael Stipe dari kugiran R.E.M.


Filemografi

sunting
Tahun Tajuk Watak Catatan
1985 Explorers Wolfgang Müller
1986 Stand by Me Chris Chambers
The Mosquito Coast Charlie Fox
1988 A Night in the Life of Jimmy Reardon Jimmy Reardon Judul lain: Aren't You Even Gonna Kiss Me Goodbye?
Little Nikita Jeff Grant Alternative title: The Sleepers
Running on Empty Danny Pope/Michael Manfield
1989 Indiana Jones and the Last Crusade Young Indy
1990 I Love You to Death Devo Nod
1991 My Own Private Idaho Mike Waters
Dogfight Eddie Birdlace
1992 Sneakers Carl Arbegast
1993 Dark Blood Boy Tidak siap (terbengkalai)
The Thing Called Love James Wright
Even Cowgirls Get the Blues Pilgrim Tidak dikreditkan
1994 Silent Tongue Talbot Roe

Televisyen

sunting
Tahun Tajuk Watak Catatan
1982-1983 Seven Brides for Seven Brothers Guthrie McFadden 21 episod
1984 Celebrity Jeffie (age 11) Siri pendek
After school special Brian Ellsworth 1 episod, "Backwards: The Riddle Of Dyslexia"
It's Your Move Brian 1 episod
Hotel Kevin 1 episod
1985 Robert Kennedy & His Times Robert Kennedy, Jr. Siri pendek
Surviving Philip Brogan
Family Ties Eugene Forbes Episod: "My Tutor"
1986 Circle of Violence: A Family Drama Chris Benfield

Pencapaian

sunting
Tahun Anugerah Keputusan Kategori Siri atay filem
1983 Young Artist Award Pencalonan Best Young Actor in a New Television Series Seven Brides for Seven Brothers
1984 Menang Best Young Actor in a New Television Series Seven Brides for Seven Brothers
1985 Pencalonan Best Young Actor in a Family Film Made for Television ABC Afterschool Specials: "Backwards: The Riddle Of Dyslexia" (Berkongsi dengan Joaquin Phoenix)
1986 Menang Exceptional Performance by a Young Actor - Motion Picture Explorers
Best Young Actor Starring in a Television Special or Mini-Series Surviving
1987 Menang Jackie Coogan Award Stand by Me (Berkongsi dengan Corey Feldman, Jerry O'Connell, dan Wil Wheaton)
1988 Menang Best Young Male Superstar in Motion Pictures The Mosquito Coast
1988 National Board of Review Awards Menang Best Supporting Actor Running on Empty
1989 Anugerah Akademi Pencalonan Best Actor in a Supporting Role Running on Empty
Golden Globe Award Pencalonan Best Performance by an Actor in a Supporting Role in a Motion Picture Running on Empty
1991 Venice Film Festival Menang Best Actor My Own Private Idaho
1992 Independent Spirit Award Menang Best Male Lead My Own Private Idaho
National Society of Film Critics Awards Menang Best Actor My Own Private Idaho

Bahan bacaan

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ a b JewishJournal.com
  2. ^ "Summer Phoenix : articles (part 1)". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-07-15. Dicapai pada 2008-12-04.
  3. ^ FOXNews.com - 'Walk the Line' Star Won't Campaign for Oscar - Celebrity Gossip | Entertainment News | Arts And Entertainment
  4. ^ Ten American showbiz celebrities of Russian descent - Pravda.Ru

Pautan luar

sunting