Richard Ruoff
Richard Ruoff (18 Ogos 1883 – 30 Mac 1967) adalah seorang Jeneral dalam Wehrmacht Jerman Nazi semasa Perang Dunia II. Beliau memerintah Tentera Darat Ke-4 Panzer dan Tentera Darat Ke-17 di Perbatasan Timur.
Richard Ruoff | |
---|---|
Kelahiran | Meßbach, Empayar Jerman | 18 Ogos 1883
Meninggal dunia | 30 Mac 1967 Tübingen, Jerman Barat | (umur 83)
Kesetiaan | Empayar Jerman Republik Weimar Jerman Nazi |
Perkhidmatan | Tentera Darat |
Pangkat | Generaloberst |
Unit | Infantri |
Arahan | Tentera Darat Ke-4 Panzer Tentera Darat Ke-17 |
Pertempuran | Perang Dunia I Perang Dunia II |
Anugerah | Knight Cross of the Iron Cross |
Perang Dunia II
suntingRuoff mengambil alih pemerintahan Kor V pada 1 Mei 1939, dan memimpin unit ini dalam Perang Dunia II. Beliau juga pada masa yang sama memerintah Wehrkreis V di Stuttgart.[1] Ruoff kemudian diberi memerintah Tentera Darat Ke-4 Panzer dari 8 Januari 1942 hingga 31 Mei 1942. Tentera Darat Ke-4 Panzer adalah sebahagian daripada Kumpulan Tentera Darat A yang baru dibentuk apabila Kumpulan Tentera Darat Selatan dipecahkan kepada dua formasi untuk penyerangan musim panas 1942.
Ruoff memerintah Tentera Darat Ke-17 dari 1 Jun 1942 hingga 24 Jun 1943. Tentera Darat Ke-17 juga adalah sebahagian daripada Kumpulan Tentera Darat A. Ruoff adalah Panglima Tentera Darat Ke-17 apabila, pada 3 Jun 1942, Kor Ekspedisi Itali di Rusia (CSIR) diletakkan sementara dibawahnya. Dari Jun hingga Julai, Tentera Darat Ke-17 Jerman, CSIR, dan Tentera Darat Ke-3 Romania telah disusun sebagai "Kumpulan Tentera Darat Ruoff". Pada Julai 1942, Ruoff kehilangan unit Itali itu. CSIR telah diserap oleh Tentera Darat Itali di Rusia (Armata Italiana in Russia, atau ARMIR) yang lebih besar dan dipindahkan ke Kumpulan Tentera Darat B (Heeresgruppe B).
Semasa hujung musim panas, sebagai sebahagian daripada Kumpulan Tentera Darat A, Ruoff dan Tentera Darat Ke-17 menyerang ke arah medan minyak Caucasus. Menjelang Disember, tentera Soviet telah memusnahkan ketumbukan-ketumbukan yang mempertahankan bahagian rusuk (termasuk ARMIR) dan telah mengepung Tentera Darat Ke-6 Jerman di Stalingrad. Kumpulan Tentera Darat B telah diundurkan dari selatan Rusia tetapi Ruoff dan Tentera Darat Ke-17 diarah mempertahankan "Pangkalan terdepan Kuban." Pada Jun 1943, beliau telah ditukarkan ke pasukan simpanan, dan tidak lagi dilihat bertugas sehingga perang berakhir.
Tuduhan-tuduhan serius jenayah perang telah dikenakan keatas Tentera Darat Ke-17 dibawah pemerintahan Ruoff pada tahun 1943 dalam Perbicaraan Krasnodar yang dijalankan oleh tribunal tentera Barisan Caucasia Utara Soviet.[2] Walaubagaimanapun, selepas perang, pihak Soviet Union tidak memohon ekstradisi Ruoff.[3]
Tarikh kenaikkan pangkat
sunting- Fahnenjunker - 15 April 1903
- Leutnant - 18 Ogos 1904 (dengan senioriti dari 19 Ogos 1903)
- Oberleutnant - 18 Ogos 1912
- Hauptmann - 28 November 1914
- Major - 1 Julai 1926
- Oberstleutnant - 1 Februari 1931
- Oberst - 1 Julai 1933
- Generalmajor - 1 April 1936
- Generalleutnant - 1 Mac 1938
- General der Infanterie - 1 Mei 1939
- Generaloberst - 1 April 1942
Anugerah kebesaran
sunting- Iron Cross (1914) Kelas 2 dan Kelas 1[4]
- Knight Cross Military Merit Order (Württemberg)[4]
- Knight Cross, Friedrich Order Kelas 1 (Württemberg)[4]
- Pingat Semat Iron Cross (1939)
- Kelas 2
- Kelas 1
- Knight Cross of the Iron Cross pada 30 Jun 1941 selaku General der Infanterie dan Panglima V. Armeekorps[5]
Rujukan
suntingPetikan
sunting- ^ , Glantz & House 2009, m/s. 23.
- ^ Smelser & Davies 2008, m/s. 39.
- ^ Parrish 1996, m/s. 128.
- ^ a b c Rangliste des Deutschen Reichsheeres, m/s. 120.
- ^ Scherzer 2007, m/s. 646.
Bibliografi
sunting- Glantz, David M.; House, Jonathan (2009). To the Gates of Stalingrad: Soviet-German Combat Operations, April-August 1942. Lawrence, Kansas: University Press of Kansas. ISBN 978-0-7006-1630-5.CS1 maint: ref=harv (link)
- Parrish, Michael (1996). The Lesser Terror: Soviet State Security, 1939–1953. Praeger Press. ISBN 978-0-275-95113-9.CS1 maint: ref=harv (link)
- Reichswehrministerium, penyunting (1930). Rangliste des Deutschen Reichsheeres (dalam bahasa German). Berlin, Germany: Mittler & Sohn Verlag. OCLC 10573418.CS1 maint: unrecognized language (link)
- Scherzer, Veit (2007). Die Ritterkreuzträger 1939–1945 Die Inhaber des Ritterkreuzes des Eisernen Kreuzes 1939 von Heer, Luftwaffe, Kriegsmarine, Waffen-SS, Volkssturm sowie mit Deutschland verbündeter Streitkräfte nach den Unterlagen des Bundesarchives [The Knight's Cross Bearers 1939–1945 The Holders of the Knight's Cross of the Iron Cross 1939 by Army, Air Force, Navy, Waffen-SS, Volkssturm and Allied Forces with Germany According to the Documents of the Federal Archives] (dalam bahasa German). Jena, Germany: Scherzers Militaer-Verlag. ISBN 978-3-938845-17-2.CS1 maint: unrecognized language (link) CS1 maint: ref=harv (link)
- Smelser, Ronald; Davies, Edward J. (2008). The Myth of the Eastern Front: the Nazi-Soviet war in American popular culture. New York: Cambridge University Press. ISBN 9780521833653.CS1 maint: ref=harv (link)
Pegawai tentera | ||
---|---|---|
Didahului oleh General der Infanterie Hermann Geyer |
Panglima V. Armeekorps 1 Mei 1939 – 12 Januari 1942 |
Diikuti oleh: General der Infanterie Wilhelm Wetzel |
Didahului oleh Generaloberst Erich Höpner |
Panglima 4. Panzer-Armee 8 Januari 1942 – 31 Mei 1942 |
Diikuti oleh: Generaloberst Hermann Hoth |
Didahului oleh Generaloberst Hans von Salmuth |
Panglima 17. Armee 1 Jun 1942 – 24 Jun 1943 |
Diikuti oleh: Generaloberst Erwin Jaenecke |