Kumpulan Tentera Darat Selatan
Kumpulan Tentera Darat Selatan (Jerman: Heeresgruppe Süd ) adalah nama beberapa kumpulan tentera darat Jerman semasa Perang Dunia II.
Kempen Poland
suntingJerman menggunakan dua kumpulan tentera darat untuk menceroboh Poland pada tahun 1939: Kumpulan Tentera Darat Utara dan Kumpulan Tentera Darat Selatan. Di dalam kempen ini Kumpulan Tentera Darat Selatan telah dipimpin oleh Gerd von Rundstedt dan ketua stafnya Erich von Manstein.
Barisan Timur
suntingKumpulan Tentera Darat Selatan merupakan salah sebuah daripada tiga kumpulan tentera darat yang mana pihak Jerman menyusun bala tentera mereka untuk Operasi Barbarossa. Objektif utama Kumpulan Tentera Darat Selatan ialah untuk menawan Ukraine dan ibu negaranya Kiev. Ukraine adalah pusat utama industri dan perlombongan Soviet serta memiliki tanah kebun yang baik sesuai dengan rancangan Hitler untuk Lebensraum ('ruang kehidupan').
Kumpulan Tentera Darat Selatan kemudian mara ke Sungai Volga, mengalahkan bahagian-bahagian Tentera Merah dan dengan itu membuka laluan untuk Kumpulan Tentera Darat Utara dan Kumpulan Tentera Darat Tengah mara kearah Leningrad dan Moscow.
Untuk melaksanakan tugas-tugas awal ini, senarai tempur termasuklah Kumpulan Pertama Panzer dan Tentera Darat Ke-6, Tentera Darat Ke-17 dan Tentera Darat Ke-11 Jerman, dan Tentera Darat Ke-3 dan Tentera Darat Ke-4 Romania.
Tentera Darat Ke-6 Jerman, yang berjuang dalam Pertempuran Stalingrad yang membinasakan itu, telah dibentuk semula dan kemudian menjadi sebahagian daripada Kumpulan Tentera Darat Selatan.
Sebagai persediaan untuk Operasi Blue, kempen tahun 1942 di selatan Rusia dan Caucasus, Kumpulan Tentera Darat Selatan telah dipecahkan kepada dua: Kumpulan Tentera Darat A dan Kumpulan Tentera Darat B.
Pada Februari 1943, Kumpulan Tentera Darat Don dan tinggalan Kumpulan Tentera Darat B telah digabungkan dan direka semula Kumpulan Tentera Darat Selatan. Kumpulan Tentera Darat B yang baru menjadi sebuah formasi di tempat lain.
Pada 4 April 1944, Kumpulan Tentera Darat Selatan telah direka semula sebagai Kumpulan Tentera Darat Ukraine Utara. Kumpulan Tentera Darat Ukraine Utara wujud dari 4 April hingga 28 September.
Pada September 1944, Kumpulan Tentera Darat Ukraine Selatan telah direka semula sekali lagi sebagai Kumpulan Tentera Darat Selatan.
Senarai Tempur Kumpulan Tentera Darat Selatan, Oktober 1944
suntingKumpulan Tentera Darat | Ketumbukan darat | Kor | Divisyen | Catatan | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
South Gen Friessner |
Jerman Tentera Darat Ke-6 Gen Fretter-Pico |
Kor IV Panzer LtGen Kleeman |
Divisyen Ke-24 Panzer |
||||||||||
Kor LXXII LtGen Schmidt |
Divisyen Ke-76 Infantri |
||||||||||||
Hungarian Kor VII MajGen Vörös |
Hungary Divisyen Ke-8 Simpanan |
||||||||||||
Hungary Divisyen Ke-12 Simpanan |
|||||||||||||
Kor III Panzer LtGen Breith |
Divisyen 1 Panzer |
||||||||||||
Divisyen Ke-13 Panzer |
|||||||||||||
Divisyen Ke-23 Panzer |
|||||||||||||
Feldherrnhalle Divisyen Panzergrenadier |
|||||||||||||
Divisyen Ke-22 Kavalri SS Maria Theresa |
|||||||||||||
Divisyen Ke-46 Infantri |
|||||||||||||
Batalion Ke-503 Kereta Kebal Berat |
|||||||||||||
Jerman Tentera Darat Ke-8 Gen Wöhler |
Jerman Kor XVII LtGen Kreysing |
Jerman Divisyen Ke-8 Jäger |
|||||||||||
Hungary Divisyen Ke-27 Infantri |
|||||||||||||
Hungary Briged Ke-9 Sempadan |
|||||||||||||
Hungary Kor IX BrigGen Kovács |
Jerman Divisyen Ke-3 Gunung |
||||||||||||
Hungary Divisyen Ke-2 Gantian |
|||||||||||||
Jerman Kor XXIX LtGen Röpke |
Jerman Divisyen Ke-8 Kavalri SS Florian Geyer |
||||||||||||
Jerman Divisyen Ke-4 Gunung |
|||||||||||||
Hungary Tentera Darat Kedua LtGen von Dalnoki (Diserapkan ke Jerman Tentera Darat Ke-6) |
Hungary Kor II MajGen Kiss |
Hungary Divisyen Ke-2 Armor |
|||||||||||
Hungary Divisyen Ke-25 Infantri |
|||||||||||||
Jerman Divisyen Ke-15 Infantri |
|||||||||||||
Hungary Grup Finta BrigGen Finta |
Hungary Divisyen Ke-7 Gantian |
||||||||||||
Hungary 1 Gantian Briged Gunung |
|||||||||||||
Hungary 2 Gantian Briged Gunung |
|||||||||||||
Tentera Darat Simpanan LtGen von Dalnoki |
Hungary Divisyen Ke-9 Gantian |
||||||||||||
Hungary Tentera Darat Ketiga LtGen Heszlényi |
Hungary Kor VIII MajGen Lengyel |
Hungary Divisyen Ke-23 Simpanan |
|||||||||||
Hungary Divisyen Ke-5 Gantian |
|||||||||||||
Hungary Divisyen Ke-8 Gantian |
|||||||||||||
Hungary Divisyen 1 Armor |
|||||||||||||
Jerman Kor LVII Panzer LtGen Kirchner |
Divisyen Ke-4 Panzergrenadier SS |
||||||||||||
Hungary Divisyen Ke-20 Infantri |
|||||||||||||
Hungary Divisyen 1 Kavalri |
|||||||||||||
Tentera Darat Simpanan LtGen Heszlényi |
Hungary Szent László Divisyen Infantri |
Pada penghujung Perang Dunia II di Eropah, Kumpulan Tentera Darat Selatan sekali lagi dinamakan semula. Sebagai Kumpulan Tentera Darat Ostmark, saki baki Kumpulan Tentera Darat Selatan mengakhiri perang dengan pertempuran di Austria dan Czechoslovakia. Kumpulan Tentera Darat Ostmark merupakan salah sebuah formasi besar terakhir tentera Jerman yang menyerah kalah kepada pihak Bersekutu.