Reriang
Reriang (Jawi: ررياڠ ) atau riang-riang (Jawi: رياڠ-رياڠ atau رياڠ٢) ialah serangga dalam order Hemiptera, suborder Auchenorrhyncha, dalam superfamili Cicadoidea, dengan mata besar terbuka luas di kepala dan biasanya bersayap lutsinar. Terdapat kira-kira 2,500 spesies reriang di serata dunia, dan banyak lagi belum dikelaskan.
Reriang | |
---|---|
Reriang tahunan, Tibicen linnei | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Suborder: | |
Infraorder: | |
Superkeluarga: | Cicadoidea
|
Keluarga: | Cicadidae Westwood, 1840
|
Subfamili | |
Cicadettinae |
Anatomi
suntingPengawalan suhu
suntingReriang aktif pada suhu bawah 39°C, sebaliknya ia menunjukkan contoh unik di mana pengawalan suhu dilakukan melalui penyejukan sejat mirip berpeluh: lebihan cecair dari tumbuhan dimakan akan dirembeskan melalui liang tergum agar mudah disejat lalu mampu menurunkan suhu sehingga sekurang 5°C.[1][2] Banyak spesies riang-riang mampu memanaskan suhu diri setinggi 22 °C (40 °F) melebihi suhu persekitaran.[3]
Penghasilan bunyi
suntingBunyi yang dihasilkan reriang jantan adakala mampu mencapai desibel cukup tinggi merosakkan pendengaran manusia.[4]
Tabiat
suntingPemakanan
suntingRiang-riang dewasa menghisap cecair dalam tumbuhan menggunakan muncung.[5][6] Lebihan cecair ini adakala akan dikeluarkan melalui saluran pencernaan. Keadaan ini boleh diperhatikan dalam pokok-pokok tertentu dihinggapi kawanan reriang di kawasan tertentu seperti di Kota Bharu, Kelantan yang kelihatan "menangis" sehingga ada penduduk setempat yang menganggap ia air dipercayai mujarab penyakit tertentu.[7]
Pergerakan
suntingRiang-riang tidak mampu berjalan mahupun melompat baik tetapi sebaliknya mampu terbang untuk pergi dari satu titik ke suatu titik lain melebihi jarak beberapa sentimeter.[8]
Pembiakan
suntingTerdapat tiga tahap utama dalam kitaran hayat reriang iaitu telur, nimfa dan dewasa.[4]
Rujukan
sunting- ^ Hadley, Neil F.; Quinlan, Michael C.; Kennedy, Michael L. (1991). "Evaporative cooling in the desert cicada: thermal efficiency and water/metabolic costs". Journal of Experimental Biology. 159 (1): 269–283.
- ^ Toolson, Eric C. (1987). "Water Profligacy as an Adaptation to Hot Deserts: Water Loss Rates and Evaporative Cooling in the Sonoran Desert Cicada, Diceroprocta apache". Physiological Zoology. 60 (4): 379–385. doi:10.1086/physzool.60.4.30157899. S2CID 87904484.
- ^ Sanborn, Allen F.; Villet, Martin H.; Phillips, Polly K. (2003). "Hot-blooded singers: endothermy facilitates crepuscular signaling in African platypleurine cicadas (Homóptera: Cicadidae: Platypleura spp.)". Naturwissenschaften. 90 (7): 305–308. Bibcode:2003NW.....90..305S. doi:10.1007/s00114-003-0428-1. PMID 12883772. S2CID 9090814.
- ^ a b "Cicadas, facts and photos". National Geographic. Dicapai pada 15 July 2017.
- ^ Elliott, Lang, and Wil Hershberger. (2007). The Songs of Insects. Boston: Houghton Mifflin Co. pp. 184–185. ISBN 0618663975.
- ^ Periodical Cicadas – Genus Magicicada
- ^ Afiq Ariffin (29 Januari 2019). "Misteri pokok petai menangis terjawab, penduduk tadah air kencing serangga". Astro Awani. Dicapai pada 11 Jun 2021.
- ^ Resh, Vincent H.; Cardé, Ring T. (2009). Encyclopedia of Insects. Academic Press. m/s. 56–63. ISBN 978-0-08-092090-0.