Revolusi Daratan Silur-Devon

Revolusi Daratan Silur-Devon, juga dikenali sebagai Revolusi Terestrial Silur-Devon, Letupan Tumbuhan Devon (DePE)[1] dan letupan Devon, merupakan sebuah tempoh masa bercirikan pengkolonian pesat, pempelbagaian dan penyebaran tumbuhan darat dan kulat di tanah kering yang berlak padau 428 hingga 359 juta tahun dahulu (jtd) semasa tempoh Silur dan tempoh Devon,[2][3][4] dengan fasa paling kritikal berlaku semasa tempoh Silur Akhir dan tempoh Devon Awal.[5]

Tafsiran pelukis tentang pemandangan paya bakau pada tempoh Devon. Karya seni oleh Eduard Riou dari The World Before the Deluge 1872

Kepelbagaian flora fotosintesis daratan ini mempunyai kesan yang besar terhadap komposisi biota permukaan Bumi, terutamanya pada atmosfera Bumi melalui pengoksigenan dan pengikatan karbon. Akar flora tersebut juga menghakis ke dalam batu, mewujudkan satu lapisan tanah yang mencengkam air serta diperkaya dengan bahan organik/mineral. Lapisan tanah subur itu pula menutupi lapisan kerak bumi yang dikenali sebagai pedosfera, dan mengubah sifat kimia litosfera dan hidrosfera Bumi dengan ketara. Aktiviti flora selepas revolusi tumbuhan Silur-Devon juga memberi pengaruh yang ketara ke atas perubahan dalam kitaran air dan iklim global. Hal ini berlaku melalui keupayaan flora daratan untuk membentuk biosfera dengan mencipta pelbagai lapisan tumbuh-tumbuhan yang menyediakan makanan dan tempat perlindungan untuk habitat tanah tinggi dan tanah lembap, dan perkara ini pula seterusnya menyediakan persekitaran yang baik untuk semua biom daratan dan akuatik lain yang bakal menyusul.[6]

Dengan adanya persaingan sengit sesama flora untuk merebut cahaya matahari, nutrien tanah dan ruang tanah yang tersedia, kepelbagaian fenotip tumbuhan meningkat dengan pesat semasa tempoh-tempoh Silur dan Devon, memberi indikasi bahawa letupan biota ini setanding dengan letupan Kambria dari segi skala dan kepelbagaian hidupan haiwan,[7] terutamanya dari segi tumbuhan pembuluh yang tumbuh secara menegak, yang membenarkan pengembangan kanopi luas, dan selama-lamanya mengubah evolusi tumbuhan yang berikutannya. Apabila tumbuh-tumbuhan berevolusi dan bercambahan spesies, perkara sama juga berlaku pada haiwan artropod (yakni haiwan daratan pertama yang mendarat) dan terdapat di antara haiwan tersebut membentuk evolusi simbiosis bersama tumbuhan.[8] Haiwan-haiwan seperti herbivor, pemakan bijian serta detritivor kemudiannya berkembang secara bebas di kalangan artropoda daratan (terutamanya haiwan heksapoda seperti serangga, dan juga termasud haiwan miriapoda), moluska (siput darat dan lintah) dan vertebrata bertetrapod, menyebabkan tumbuhan seterusnya membangunkan sistem pertahanan untuk mengelak dirinya dimakan oleh haiwan.

Flora daratan pada tempoh Silur dan tempoh Devon sebahagian besarnya adalah tumbuhan berspora (paku-pakis) dan berbeza secara ketara dari segi rupa, anatomi dan strategi pembiakan berbanding kebanyakan flora moden, yang didominasi oleh angiosperma yang mengandungi biji berbuah yang berkembang jauh kemudian semasa tempoh Kapur Awal. Kebanyakan flora Silur-Devon ini telah mati dalam peristiwa kepupusan termasuk peristiwa Kellwasser, peristiwa Hangenberg, keruntuhan hutan hujan tempoh Karbon dan kepupusan Perm Akhir.[9][10]

Rujukan

sunting
  1. ^ Pawlik, Łukasz; Buma, Brian; Šamonil, Pavel; Kvaček, Jiří; Gałązka, Anna; Kohout, Petr; Malik, Ireneusz (June 2020). "Impact of trees and forests on the Devonian landscape and weathering processes with implications to the global Earth's system properties - A critical review". Earth-Science Reviews. 205: 103200. Bibcode:2020ESRv..20503200P. doi:10.1016/j.earscirev.2020.103200. |hdl-access= requires |hdl= (bantuan)
  2. ^ Capel, Elliot; Cleal, Christopher J.; Xue, Jinzhuang; Monnet, Claude; Servais, Thomas; Cascales-Miñana, Borja (August 2022). "The Silurian–Devonian terrestrial revolution: Diversity patterns and sampling bias of the vascular plant macrofossil record". Earth-Science Reviews. 231: 104085. Bibcode:2022ESRv..23104085C. doi:10.1016/j.earscirev.2022.104085. |hdl-access= requires |hdl= (bantuan)
  3. ^ Xue, Jinzhuang; Huang, Pu; Wang, Deming; Xiong, Conghui; Liu, Le; Basinger, James F. (May 2018). "Silurian-Devonian terrestrial revolution in South China: Taxonomy, diversity, and character evolution of vascular plants in a paleogeographically isolated, low-latitude region". Earth-Science Reviews. 180: 92–125. Bibcode:2018ESRv..180...92X. doi:10.1016/j.earscirev.2018.03.004. Dicapai pada 8 November 2022.
  4. ^ Capel, Elliot; Cleal, Christopher J.; Gerrienne, P.; Servais, Thomas; Cascales-Miñana, Borja (15 March 2021). "A factor analysis approach to modelling the early diversification of terrestrial vegetation". Palaeogeography, Palaeoclimatology, Palaeoecology. 566: 110170. Bibcode:2021PPP...56610170C. doi:10.1016/j.palaeo.2020.110170. Dicapai pada 8 November 2022. |hdl-access= requires |hdl= (bantuan)
  5. ^ Hao, Shougang; Xue, Jinzhuang; Liu, Zhenfeng; Wang, Deming (May 2007). "Zosterophyllum Penhallow around the Silurian-Devonian Boundary of Northeastern Yunnan, China". International Journal of Plant Sciences. 168 (4): 477–489. doi:10.1086/511011. Dicapai pada 12 November 2022.
  6. ^ Pawlik, Łukasz; Buma, Brian; Šamonil, Pavel; Kvaček, Jiří; Gałązka, Anna; Kohout, Petr; Malik, Ireneusz (June 2020). "Impact of trees and forests on the Devonian landscape and weathering processes with implications to the global Earth's system properties - A critical review". Earth-Science Reviews (dalam bahasa Inggeris). 205: 103200. Bibcode:2020ESRv..20503200P. doi:10.1016/j.earscirev.2020.103200. |hdl-access= requires |hdl= (bantuan)
  7. ^ Bateman, Richard M.; Crane, Peter R.; DiMichele, William A.; Kenrick, Paul R.; Rowe, Nick P.; Speck, Thomas; Stein, William E. (November 1998). "Early Evolution of Land Plants: Phylogeny, Physiology, and Ecology of the Primary Terrestrial Radiation". Annual Review of Ecology and Systematics. 29: 263–292. doi:10.1146/annurev.ecolsys.29.1.263. Dicapai pada 26 December 2022.
  8. ^ Labandeira, Conrad (30 October 2006). "Silurian to Triassic Plant and Hexapod Clades and their Associations: New Data, a Review, and Interpretations" (PDF). Arthropod Systematics & Phylogeny. 63 (1): 53–94. doi:10.3897/asp.64.e31644. Dicapai pada 23 January 2023.
  9. ^ Cruzan, Mitchell (2018). Evolutionary Biology A Plant Perspective. New York: Oxford University Press. m/s. 37–39. ISBN 978-0-19-088267-9.
  10. ^ Cascales-Miñana, B.; Cleal, C. J. (2011). "Plant fossil record and survival analyses". Lethaia. 45: 71–82. doi:10.1111/j.1502-3931.2011.00262.x.