Fenotip adalah suatu ciri-ciri (baik struktural, biokimia, fisiologi, dan perilaku) yang dapat diamati dari suatu organisme yang diatur oleh genotip dan lingkungan serta interaksi keduanya.

Pengertian fenotip meliputi pelbagai tingkat dalam ekspresi gen dari suatu organisme. Pada tingkat organisme, fenotip adalah sesuatu yang dapat dilihat/diamati/diukur, sesuatu sifat atau karakter. Dalam tingkatan ini, contoh fenotip tamsilnya warna mata, berat badan, atau ketahanan terhadap suatu penyakit tertentu. Pada tingkat biokimia, fenotip dapat berupa kandungan substansi kimia tertentu di dalam tubuh. Sebagai tamsil, kadar gula darah atau kandungan protein dalam beras. Pada taraf molekular, fenotip dapat berupa jumlah RNA yang diproduksi atau terdeteksinya pita DNA atau RNA pada elektroforesis.

Fenotip ditentukan sebahagian oleh genotip individu, sebahagian oleh lingkungan tempat individu itu hidup, waktu, dan, pada sejumlah sifat, interaksi antara genotip dan lingkungan. Waktu biasanya digolongkan sebagai aspek lingkungan (hidup) pula. Ide ini biasa ditulis sebagai

P = G + E + GE,

dengan P bermaksud fenotip, G berarti genotip, E bemaksud lingkungan, dan GE bermaksud interaksi antara genotip dan lingkungan bersama-sama (yang berbeza dari pengaruh G dan E sendiri-sendiri.

Pengamatan fenotipe dapat sederhana (masalnya warna bunga) atau sangat rumit hingga memerlukan alat dan method khusus. Namun demikian, kerana ekspresi genetik suatu genotip bertahap dari tingkat molekular hingga tingkat individu, seringkali ditemukan keterkaitan antara sejumlah fenotip dalam pelbagai tingkat yang berbeza-beza.

Fenotip, khhususnya yang bersifat kuantitatif, seringkali diatur oleh banyak gen. Cabang genetik yang membahas sifat-sifat dengan tabiat seperti ini dikenal sebagai genetika kuantitatif.

Lihat juga

sunting

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.