Republik Taiwan (1895)
- Republik bersejarah ini haruslah tidak dikelirukan dengan cadangan negara "Republik Taiwan."
Republik Taiwan (Cina Tradisional: 臺灣民主國 , Cina Ringkas: 台湾民主国 , pinyin: Táiwān Mínzhǔguó; har. "Negeri Demokratik Taiwan"; juga dikenali sebagai Republik Formosa) ialah sebuah negeri republik pendek hayat yang pernah wujud di Pulau Taiwan pada tahun 1895, antara peristiwa penyerahan Taiwan secara rasmi oleh kerajaan China Dinasti Qing kepada Empayar Jepun melalui Perjanjian Shimonoseki dan kedatangan tentera Jepun dan pengisytiharan kedaulatan Jepun. Walaupun diakui oleh sesetengah ahli sejarah dan politik sebagai republik Asia terulung pernah diisytiharkan, namun Republik Taiwan ini didahului Republik Lanfang yang diasaskan pada tahun 1777.
Republik Formosa 台灣民主國 | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1895–1895 | |||||||||
| |||||||||
Status | Negeri tidak diiktiraf | ||||||||
Ibu negara | Taipei (berpindah ke Tainan) | ||||||||
Bahasa yang umum digunakan | Mandarin, Hoklo, Hakka | ||||||||
Kerajaan | Republik | ||||||||
Presiden | |||||||||
• Mei 1895 - Jun 1895 | Tang Ching-sung | ||||||||
• Jun - Oktober 1895 | Liu Yung-fu (de facto) | ||||||||
Era Sejarah | Imperialisme Baru | ||||||||
24 Mei 1895 | |||||||||
• Ditawan | 23 Oktober 1895 | ||||||||
Populasi | |||||||||
• 1895 | 2,980,000 | ||||||||
Mata wang | Tahil Qing | ||||||||
|
Republik ini diisytiharkan oleh sekumpulan pegawai tinggi dan ahli-ahli ningrat tempatan yang menyokong kerajaan Qing dengan harapan menghalang pengambilan Taiwan oleh Jepun setelah diserahkan oleh China di bawah Perjanjian Shimonoseki. Kebanyakan pegawai ini melarikan diri dari pulau itu selepas kemasukan Jepun. Pada 24 Mei 1895, terjemahan bahasa Inggeris bagi perisytiharan kemerdekaan dihantar ke semua kedutaan di pulau, diikuti satu upcara pada hari berikutnya. Kerajaan republik itu mampu mengeluarkan setem di bawah naungan republik. Sejak itu, para pengasas republik menegaskan bahawa tindakan mereka menunjukkan rasa taat mereka kepada kerajaan Qing dan mengakui diri sebagai negara ufti kepada negara Qing.
Meskipun sama namanya, penyokong "Republik Taiwan" zaman sekarang (sebagai sebahagian pergerakan kemerdekaan Taiwan) kelihatan menafikan sebarang hubungan antara dua republik berkenaan, oleh itu tidak mengakui kebangkitan entiti lama tersebut dan tidak juga menganggap dirinya sebagai hasil politik pergerakan lama tersebut. Sebabnya ialah Republik Taiwan yang terawal diasaskan sebagai tanda ketaatan kepada kerajaan China sementara penyokong Republik Taiwan moden hendak memisahkan pulau berkenaan dari China.
- Tang Ching-sung (May 25, 1895 – June 5, 1895)
- Liu Yung-fu (June 5, 1895 – October 21, 1895)
Lihat juga
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Republik Taiwan (1895). |