Kemerdekaan Taiwan

Gerakan kemerdekaan Taiwan (Cina Ringkas: 台湾独立运动; Cina Tradisional: 臺灣獨立運動; pinyin: Táiwān dúlì yùndòng) adalah satu gerakan politik untuk menuntut kemerdekaan formal Taiwan.

Matlamat ini mula timbul hasil pertelingkahan dalan undang-undang antarabangsa akibat Perjanjian San Francisco 1952.[1][2][3][4] Para pendokongnya berpendapat bahawa Empayar Jepun tidak menyatakan negara pengganti secara jelasnya apabila melepaskan semua tuntutan ke atas pulau Taiwan dan Penghu dalam perjanjian tersebut, maka kedaulatan sebenar kedua-dua wilayah ini harus ditentukan oleh warga Taiwan melalui penentuan nasib sendiri dan referendum yang dibuat di negara tersebut.

Pihak yang terlibat

sunting

Matlamat ini disokong oleh Gabungan Sehijau Taiwan, iaitu suatu penggabungan politik yang wujud dalam Yuan Perundangan negara tersebut. Perkara ini dibangkang oleh Gabungan Sebiru Taiwan yang berhasrat sama ada mengekalkan status quo yang wujud dalam republik tersebut menurut konsensus atau bersatu semula dengan Tanah Besar China pada suatu tempoh tertentu.

Penyokong

sunting

Pendapat ini (yang didokong gerakan yang membentuk Parti Progresif Demokratik di Taiwan kini) asalnya berakar daripada tanggapan bahawa Pemerintah Republik China —yang bertapak di pulau tersebut setelah mengundurkan diri dari Tanah Besar China setelah dikalahkan pada Perang Saudara China— merupakan "rejim asing" yang memaksa kuasa pemerintahannya terhadap penduduk pulau Taiwan. Sentimen ini lama-kelamaan berubah pada tahun 1990-an di mana para pendokong kemerdekaan berkehendak berpisah daripada idea "China" sebagai suatu entiti yang berbeda dan tersendiri daripada Republik Rakyat China; perkara ini termasuklah perasmian nama "Taiwan" sebagai nama republik di pulau tersebut, pendidikan meluas mengenai Taiwan sebagai suatu entiti yang berasingan serta pengurangan hubungan ekonomi dengan Tanah Besar China. Kemerdekaan Taiwan turut disokong oleh negara-negara yang berjiran dengan pulau tersebut seperti Jepun dan Filipina.

Pengekalan status quo

sunting

Terdapat golongan yang berpendapat bahawa Taiwan sudahpun menjadi suatu negara yang bebas dengan nama “Republik China,” setelah berakhirnya Perang Saudara China yang merangkumi Taiwan (termasuk pulau-pulau Penghu), Kinmen, Kepulauan Matsu dan beberapa pulau kecil di Laut China Selatan. Kebanyakan rakyat serta partai politik Taiwan menyokong status quo ini yang dianggap sebagai suatu kebebasan de facto melalui swapemerintahan berdaulat, tambahan lagi dengan ancaman perang yang dikenakan oleh Republik Rakyat China.

Penentang

sunting

Pemerintah Republik Rakyat China serta golongan Nasionalis Kuomintang[perlu rujukan], berpendapat bahawa kemerdekaan Taiwan akan menyebabkan “pemisahan Taiwan daripada China lalu menyebabkan pecah belah bangsa dan rakyat [pulau tersebut]” - sesetengan puakpenyokong berfikir bahawa "China" ini merujuk khususnya kepada Republik Rakyat China manakala ada yang menganggap istilah tersebut merujuk kepada "China" sebagai suatu entit budaya dan geografi berterusan yang terpisah hasil Perang Saudara China.

Kepentingan

sunting

Pergerakan ini mempunyai kepentingan yang tersendiri dalam peringkat antarabangsa; di mana pihak Republik Rakyat China telah menyatakan secara tersiratnya bahawa mereka akan memaksa penyatuan dengan mengambil tindakan ketenteraan terhadap Taiwan di bawah salah satu dari lima syarat:

  1. Taiwan mengisytiharkan kemerdekaan secara rasmi,
  2. Taiwan mewujudkan kerjasama ketenteraan dengan kuasa-kuasa asing,
  3. pertelingkahan dalaman muncul di Taiwan,
  4. Taiwan memperolehi senjata pemusnah besar-besaran,
  5. Taiwan menunjukkan keengganan berunding atas dasar "satu China."

Tindakan sedemikian akan menimbulkan ancaman konflik kuasa besar di Asia Timur, kerana Amerika Syarikat akan diwajibkan memberikan bantuan ketenteraan kepada Taiwan bantuan menurut undang-undang yang termaktub, di bawah Akta Hubungan Taiwan. Tafsiran ini bagaimanapun dipertikaikan kerana undang-undang dalam perlembagaan memerlukan pengisytiharan perang dibuat Presiden Amerika Syarikat dalam sebuah akta Kongres ditandatangani oleh beliau.

Rujukan

sunting
  1. ^ Tkacik, John. "Taiwan's "Unsettled" International Status: Preserving U.S. Options in the Pacific". The Heritage Foundation.
  2. ^ http://ir.lawnet.fordham.edu/cgi/viewcontent.cgi?article=1950&context=ilj
  3. ^ http://www.fpri.org/docs/media/201107.delisle.taiwan.pdf
  4. ^ http://digital.law.washington.edu/dspace-law/bitstream/handle/1773.1/748/11PacRimLPolyJ063.pdf

Pautan luar

sunting